Rabu, 15 Mei 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Seni jalanan ala tentera

Posted:

Seni jalanan ala tentera

Seni jalanan ala tentera

Oleh ADLAN JAAFAR

PARA pelancong berpeluang memakai pakaian ala tentera pada harga RM3 sahaja.


JIKA anda bersiar-siar di Banda Hilir, Melaka pada malam hujung minggu, kemungkinan untuk bertembung dengan seorang lelaki yang unik sangat besar.

Gayanya seperti seorang tentera darat dengan warna hijau menyeliputi tubuh dan motosikalnya juga memiliki rona yang sama.

Jamil Salleh, 53, berpakaian seperti askar Jepun pada malam itu dengan topi dan kaca mata yang tersendiri, namun baju celoreng serta logo pula berlainan.

Gaya tentera lelaki yang berasal dari Lorong Pandan, Melaka itu ditambah dengan sebuah motosikal lama yang diubah suai melalui penambahan aksesori dan warna ditukar kepada hijau.

Bermula dengan hobi mahu memiliki motosikal lama dan sangat berminat menonton filem-filem bergenre perang, dia mula menambah aksesori pada motosikal jenama Yamaha keluaran tahun 60-an.

Kini, orang ramai yang mahukan kelainan dalam koleksi foto berlatar belakang bandar raya bersejarah itu mempunyai pilihan iaitu bergambar bersama Jamil dan motosikalnya.

Dengan bayaran sebanyak RM3 yang digunakan untuk penyelengaraan motosikal tersebut, orang ramai boleh memakai pakaian ala tentera seperti rompi, topi dan senapang olok-olok.

Berkongsi minat

Ketika bergambar, karakter Jamil pasti bertukar iaitu menjadi seorang askar yang tegas.

Dia hanya boleh dilihat pada hujung minggu kerana pada hari-hari biasa dia bekerja di kebun miliknya. Lebih penting, aktiviti yang dilakukan Jamil itu mendapat kebenaran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Yamaha YG5 itu bukan sahaja mempunyai cukai jalan malah masih berfungsi dengan baik. Penambahan aksesori pula bergantung pada minatnya dalam masa sama menepati aura tentera lama.


SELAIN pakaian dan motosikal, karakter dan personaliti Jamil juga kelihatan seperti seorang tentera.


Pada peringkat awal, dia hanya mahu berkongsi minatnya dengan orang ramai dan perasaan malu sememangnya ada.

Namun, lama-kelamaan rasa malu tersebut mulai hilang dan hari ini, matlamatnya adalah untuk membaiki penggunaan bahasa terutamanya bahasa Inggeris.

"Ramai pelancong dari luar negara seperti China, Iran dan Eropah turut bergambar dengan motosikal saya," katanya lagi.

Selain perlu meningkatkan kemahiran berkomunikasi, lelaki yang mempunyai enam orang anak itu turut mengakui perlu menambah ilmu mengenai sejarah Melaka.

Nama-nama bangunan utama di Banda Hilir termasuk sejarahnya perlu diketahui dan difahami dengan jelas. Kelak, apabila ditanya, dia boleh menerangkannya.

Jika dipandang cara kerja Jamil yang memerlukan dia mesra dengan semua orang tanpa mengira usia dan jantina, sudah pasti terdetik di hati kita mengenai perasaan isterinya.

"Dia memahami kerja saya," jawab Jamil ringkas sambil tersenyum. Dia dan isterinya, Cik Norlia, 54, sudah 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Sememangnya, motosikal dengan nombor pendaftaran kenderaan, BY 4995 itu masih boleh bergerak. Sekitar pukul 12 tengah malam, Jamil dan motosikalnya itu berada di hadapan Hard Rock Cafe, Melaka.

Pencarian Twisties Super Starz X

Posted:

Pencarian Twisties Super Starz X

Pencarian Twisties Super Starz X

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


DARI kiri: Joey, Diary of Us (Trish dan Scott), Kyle, Syah, Lina, dan Young bakal berentap di pentas akhir Twisties Super Starz X pada 25 Mei ini.


PENCARIAN penyanyi berbakat yang memiliki faktor X dalam program Twisties Super Starz X kini hampir sampai ke kemuncaknya.

Enam peserta berbakat akhirnya berjaya menempah slot ke final selepas mengenepikan kira-kira 300 peserta lain.

Kesemua peserta terpilih selepas menjalani sesi uji bakat yang dijalankan di seluruh negara dan melalui laman www.twisties.com.my.

Keenam-enam finalis telah dibahagikan kepada dua kumpulan diketuai dua mentor berbakat besar iaitu Prema Yin dan Altimet.

Anak didik Prema Yin terdiri daripada Tong Shyn Kae (Joey), 17, Tan Poh Young (Young), 17, dan penyanyi adik-beradik daripada kumpulan Diary of Us iaitu Trysha Gayle Hadjiril (Trish), 18, serta Scott Daryl Hadjiril (Scott), 19.

Pasukan Altimet terdiri daripada Aster Kyle Gunasekera (Kyle), 26, Rosalina Rahidi (Lina), 24, dan Syahiran Sukardi (Syah), 27.

Selepas melepasi kesemua empat cabaran yang disediakan sebelum ini, mereka terpaksa menempuh selangkah lagi cabaran sebelum dinobatkan menjadi juara sekali gus merealisasikan impian bergelar penyanyi.

Empat cabaran awal yang dimaksudkan ialah ujian suara, kreativiti menghasilkan irama, mencipta gaya dan seterusnya The Superstar.

Melalui cabaran pertama, finalis dikehendaki menyanyikan lagu yang berbeza dengan genre yang disukai mereka di tempat awam bagi mencabar kebolehan setiap peserta.

Cabaran kedua, setiap peserta diberikan peralatan khas contohnya kerusi lipat dan dikehendaki menghasilkan irama sesuai untuk didendangkan bersama jinggle rasmi Twisties.

Pada cabaran seterusnya, mereka diberikan masa selama 30 minit untuk menata rias diri masing-masing dengan memilih pakaian, aksesori dan alat solek yang disediakan di studio Zalora.

Pada cabaran terakhir, semua finalis akan mereka membuat persembahan di atas pentas untuk diadili oleh Prema Yin dan Altimet.

Siapakah yang akan membawa pulang hadiah tempat pertama berupa rakaman lagu dan muzik video bernilai RM25,000 daripada Twisties?

Semuanya akan terjawab pada pertandingan akhir Twisties Super Starz X yang akan berlangsung pada 25 Mei ini di Aquasonic, Sunway Pyramid.

Layari laman www.twisties.com my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan anda juga boleh menyaksikan rakaman video cabaran terdahulu yang dilalui oleh semua finalis.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved