Rabu, 15 Mei 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


12 pengikut Tuhan Harun dicari

Posted:

12 pengikut Tuhan Harun dicari

12 pengikut Tuhan Harun dicari

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

RAFLIE menunjukan gambar Azida yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kes ajaran sesat Tuhan Harun pada sidang akhbar di Kuantan semalam.


KUANTAN – Dua belas pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dicari pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin untuk sebutan kes.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah itu telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun untuk hadir ke pejabat JAIP bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Mereka yang diburu itu ialah isteri ketiga ketua kumpulan itu, Harun Mat Saad, 47, iaitu Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu, Terengganu dan empat anak Harun iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, dan Muhammad, 21 tahun.

Turut diburu ialah Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan; Mohd. Tirmizi Othman, 17, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, dari Shah Alam, Selangor; Norhairi Harun, 41, dari Skudai, Johor dan Norhafizah Mohd. Azam, 28, dari Shah Alam.

Dua lagi yang dicari ialah Farhaien Othman, 22, dari Sungai Petani dan Shuzliana Mokhtarudin, 29, dari Slim River, Perak.

Kelmarin, enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Remaja cedera dibelasah 5 lelaki akibat cemburu

Posted:

Remaja cedera dibelasah 5 lelaki akibat cemburu

Remaja cedera dibelasah 5 lelaki akibat cemburu


SEORANG remaja menunjukkan kecederaan yang dialaminya selepas dibelasah lima lelaki di Taman Dataran Kipas, Kuching Isnin lalu.


MIRI – Malang menimpa seorang remaja apabila dia cedera di kepala dan kaki selepas dibelasah dengan tali pinggang oleh lima lelaki dalam kejadian yang dipercayai bermotifkan cemburu di Taman Dataran Kipas di sini Isnin lalu.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila jurujual berusia 17 tahun tersebut didatangi seorang lelaki mengatakan seseorang ingin bertemunya di taman tersebut.

Difahamkan, mangsa dibelasah selepas didakwa keluar dengan teman wanita salah seorang suspek.

Sumber berkata, sebaik tiba di situ, mangsa terus dibelasah oleh lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

"Mangsa cuba lari namun gagal selepas dikepung oleh kumpulan samseng tersebut yang membelasahnya dengan tali pinggang.

"Suspek kemudian melarikan diri selepas perbuatan mereka disedari oleh orang ramai yang datang membantu apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perhilitan tangkap 8 ekor gajah

Posted:

Perhilitan tangkap 8 ekor gajah

Perhilitan tangkap 8 ekor gajah

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


SALAH seekor gajah yang berjaya ditangkap oleh petugas Perhilitan di Felda Lasah, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT – Lapan ekor gajah termasuk seekor yang baru dilahirkan berjaya ditangkap oleh kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di sebuah kawasan kebun getah di Felda Lasah di sini.

Pengarahnya, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kesemua gajah tersebut ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali sejak Sabtu lalu.

Katanya, tiga ekor gajah betina dan lima ekor gajah jantan itu dipercayai datang dari Hutan Simpan Piah, Lenggong kira-kira 30 kilometer dari sini.

"Pihak Perhilitan Perak telah menerima aduan daripada penduduk mengenai kulit pokok getah mereka dimakan oleh gajah pada 2 Mei lalu dan sejak itu kita mula memantau kawasan kebun getah di sini untuk mengesan binatang berkenaan.

"Kita mula menangkap gajah tersebut pada Sabtu lalu dan sehingga semalam, kita telah dapat menangkap lapan ekor gajah.

"Hasil operasi yang dijalankan, kita percaya telah dapat menamatkan ancaman haiwan liar itu terhadap tanaman dan penduduk di Felda Lasah," katanya ketika ditemui semasa operasi menangkap gajah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved