Khamis, 11 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


500,000 terputus bekalan air

Posted:

500,000 terputus bekalan air

500,000 terputus bekalan air

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my

BONGKAH penapis air yang roboh menimpa saluran paip air sehingga pecah di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu ekoran paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak dekat sini kelmarin.

Pengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji berkata, saluran paip berukur lilit 200 sentimeter yang mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.

"Hujan lebat malam tadi (kelmarin) menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut.

"Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah," kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian semalam.

Menurut Yusof, kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air hanya akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.

Paip itu membekalkan bekalan air kepada 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kos haji naik, tambang kekal

Posted:

Kos haji naik, tambang kekal

Kos haji naik, tambang kekal


GAMBAR menunjukkan jemaah haji berkumpul di Mina untuk melakukan ibadah melontar jamrah.


JEDDAH - Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dijangka meningkat.

Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 bagi seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 pada tahun lepas bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.

Ismee yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata, pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.

Katanya, selaras dengan pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah pada musim haji yang lalu sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan dan lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini pada Rabu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk Seri anggota Geng 36

Posted:

Datuk Seri anggota Geng 36

Datuk Seri anggota Geng 36

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my

GOMBAK – Penahanan ke atas seorang lelaki bergelar Datuk Seri pada 1 April lalu selepas disyaki menyalurkan dana kepada pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah membongkar satu lagi rahsia lelaki itu apabila dia dikatakan menjadi anggota kumpulan gengster bergelar Geng 36.

Perkara itu terbongkar selepas polis menyoal siasat tiga suspek kes bunuh di Selayang Baru, Selangor pada 23 Mac lalu. Mereka diberkas pada hari Datuk Seri itu ditahan di kawasan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Sumber berkata, walaupun berada dalam kumpulan yang sama, Datuk Seri tersebut mengetuai satu unit berlainan dengan tiga suspek tersebut.

Katanya, siasatan lanjut mendapati tiga suspek kes bunuh berusia antara 30 hingga 40 tahun itu tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan Datuk Seri tersebut dengan pengganas Sulu.

Ketiga-tiga suspek itu kini direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga Sabtu ini.

Difahamkan, mereka akan diserahkan kepada polis Sentul berkaitan kes bunuh yang berlainan di Jinjang, Kepong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved