Khamis, 7 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua komando polis terima rawatan susulan

Posted:

Dua komando polis terima rawatan susulan

Dua komando polis terima rawatan susulan

07/03/2013 11:08pm

IPOH – Dua perwira negara yang cedera akibat insiden tembakan dengan pengganas di Kampung Tanduo, Sabah, Sabtu lalu diterbangkan ke sini, hari ini bagi menjalani rawatan susulan.

Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Koperal Azman Ampong, 39, yang merupakan anggota Komando VAT 69 tiba dengan pesawat Cessna Caravan 208 dari Pangkalan Udara Sungai Besi, di hangar Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini pada 5.30 petang.

Kedua-dua anggota Komando itu diterbangkan dari Lahad Datu, Sabah pada 8 pagi tadi dengan pesawat King Air PDRM ke Sungai Besi.

Sebelum ini, kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Lahad Datu selepas masing-masing cedera di bahu kanan dan kaki serta bahagian punggung dan paha akibat ditembak penceroboh bersenjata dalam insiden berkenaan.

Sebaik mendarat, mereka dikejarkan dengan ambulans untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini bagi rawatan susulan. – BERNAMA

32 lagi pengganas ditumpaskan di ‘ground zero’

Posted:

32 lagi pengganas ditumpaskan di 'ground zero'

32 lagi pengganas ditumpaskan di 'ground zero'

07/03/2013 10:45pm

LAHAD DATU – Seramai 32 lagi anggota kumpulan pengganas dari Sulu terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan "ground zero" di Tanjung Batu, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.

"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas, manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi.

"Tiada anggota keselamatan yang cedera," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada pukul 5 petang ini di Felda Sahabat 16 di sini.

Ismail berkata, pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

Beliau berkata, keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna. – BERNAMA

Mayat lelaki ditemui tanpa pergelangan tangan

Posted:

Mayat lelaki ditemui tanpa pergelangan tangan

Mayat lelaki ditemui tanpa pergelangan tangan

07/03/2013 10:42pm

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki lewat 20-an ditemui mati di tepi tasik Taman Velox, Rawang dekat sini, hari ini dalam keadaan kedua-dua pergelangan tangannya putus dan lehernya dikelar hampir putus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata, mayat berkenaan ditemui dalam keadaan tertiarap oleh seorang pekebun yang melalui kawasan tersebut pada kira-kira 4 petang hari ini sebelum melaporkannya kepada polis.

Dalam sistem pesanan ringkas (SMS) hari ini, beliau berkata, mangsa dipercayai mati lebih empat hari berdasarkan keadaan mangsa yang berulat dan berbau busuk.

Identiti mayat yang lengkap berpakaian kemeja kotak berseluar jeans tersebut gagal dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Mayat tersebut turut mempunyai tatu di bahagian tangan kanan dan dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran apabila terdapat kesan pergelutan dan tompokan darah, katanya. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved