Khamis, 7 Mac 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Elak masalah pendengaran

Posted:

Elak masalah pendengaran

Elak masalah pendengaran

FON telinga yang lazim digunakan untuk mendengar muzik perlu dilaras pada volum yang berpatutan. - Gambar hiasan


TAHUKAH anda bahawa hampir 275 juta orang di seluruh dunia tidak dapat mendengar dengan jelas terhadap kesemua bunyi yang mereka suka?

Melihat kepada senario itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan masalah berkenaan sebagai kecacatan deria nombor satu di dunia.

Sesetengah orang tidak mempunyai deria pendengaran kerana mereka telah dilahirkan pekak.

Begitupun, majoritinya mengalami masalah pekak selepas sesuatu kejadian menimpa dalam kehidupan mereka seperti meningitis, demam campak, beguk, kepala dan telinga tercedera, terdedah pada kebisingan melampau dan penuaan.

Dalam kebanyakan situasi, masalah kehilangan pendengaran boleh membawa kepada keterasingan dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan persekitaran.

Walau bagaimanapun, Pakar Audiologi dari Perniagaan Perlindungan Pendengaran 3M, Dr. Laurie Wells berkata, kehilangan pendengaran akibat kebisingan boleh dicegah.

Sebagai contoh, kebisingan di tempat kerja boleh ditangani dengan memakai pelindung pendengaran ketika mengendalikan jentera. Begitupun, terdapat cabaran dari segi memilih jenis alat keselamatan itu dan juga situasi ia sesuai dipakai.

Menurutnya, alat perlindungan pendengaran juga boleh digunakan ketika menghadiri majlis yang memasang muzik dengan kuat ataupun dalam pertunjukan bunga api.

"Pendedahan bunyi bising secara berpanjangan adalah salah satu punca kerosakan pendengaran yang tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang masa," jelasnya.

Selain langkah itu, orang ramai disarankan mengurangkan volum ketika mendengar muzik sebanyak 60 peratus dari volum maksimum dan berehat selepas 60 minit menikmati muzik yang kuat tersebut.

"Anda perlu membiarkan telinga anda untuk berehat kerana ia boleh mengurangkan risiko kerosakan yang kekal. Selain itu, elakkan menggunakan fon telinga dengan volum yang kuat kerana ia cenderung merosakkan pendengaran," katanya.

Oscar Diggs yang bestari

Posted:

Oscar Diggs yang bestari

Oscar Diggs yang bestari

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

Ikuti pengembaraan Oscar mencari identiti dirinya dalam dunia penuh warna-warni menerusi lakonan mantap James Franco dalam Oz The Great And Powerful.


APAKAH yang akan terjadi kepada Oscar Diggs yang pernah menjadi seorang ahli sihir terhebat dunia apabila dicampakkan ke Land of Oz yang asing baginya?

Ikuti pengembaraan Oscar mencari identiti dirinya dalam dunia penuh warna-warni menerusi lakonan mantap James Franco dalam Oz The Great And Powerful.

Membuka kalendar baharu bulan Mac ini, Layar Perak menyajikan beberapa santapan menarik lain antaranya filem aksi Snitch yang menceritakan pengorbanan seorang bapa demi menyelamatkan anaknya daripada dipenjarakan selama 30 tahun.

Turut serta, sebuah filem aksi hebat lakonan Colin Farrel berjudul Dead Man Down. Colin memegang watak Victor, seorang pembunuh upahan yang mahu membalas dendam atas kisah hitam dalam hidupnya.

Ingin saksikan Nicole Kidman melakonkan watak seorang wanita psiko? Filem seram Stoker ada jawapannya.

Selain itu, dua buah filem tempatan turut menjengah panggung iaitu Cerita Kita dan Lawak Ke Der 2 serta sebuah filem berbahasa Kantonis berjudul Princess And Seven Kung Fu Masters.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved