Ahad, 6 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


NS sasar rangkul satu piala

Posted:

NS sasar rangkul satu piala

NS sasar rangkul satu piala

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

MOHAMAD (berdiri, tengah) bergambar bersama para pemain pada Sesi Pengenalan Pasukan Negeri Sembilan untuk saingan Liga Malaysia 2013 dan pelancaran Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan-PBNS di Klana Resort, Seremban semalam.


NEGERI Sembilan yang mempetaruhkan ramai pemain muda dan baharu meletakkan sasaran untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin skuad Hoben Jang Hoben mampu memberi saingan, sekali gus membawa pulang satu piala.

Katanya, beliau yakin pasukan yang kini dibimbing oleh ketua jurulatih baharu dari Portugal, Divaldo Da Silva mampu memberi saingan kepada mana-mana pasukan.

"Berdasarkan senarai pemain yang kami miliki dan juga sistem permainan di bawah jurulatih baharu, saya yakin kami mampu memberi saingan kepada mana- mana pasukan.

"Pada tahun ini, saya yakin kami mampu membawa pulang satu piala, malah kami juga mampu menyapu bersih semua piala kerana dalam bola sepak tiada yang mustahil," katanya di Seremban semalam.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Pengenalan Pasukan Negeri Sembilan untuk saingan Liga M 2013 dan pelancaran Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan-PBNS.

Dalam majlis tersebut, seramai sembilan pemain baharu termasuk dua pemain import iaitu penyerang dari Argentina, Emanuel Matias De Porras dan pemain pertahanan, William Paul Modibo (Cameroon) diperkenalkan kepada pihak media.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, Negeri Sembilan kali ini rata-rata dibarisi oleh pemain baharu dan muda, namun kemampuan mereka tidak boleh dipandang rendah oleh mana-mana pasukan.

"Kami tidak berbelanja besar untuk membeli pemain bintang seperti pasukan lain kerana kami masih berpegang kepada cara tersendiri iaitu melahirkan pemain muda yang berbakat.

"Negeri Sembilan pada musim ini terdiri daripada adunan pemain muda berbakat dan kita juga mempunyai beberapa pemain berpengalaman untuk membimbang mereka ini," jelasnya.

Mengulas mengenai jurulatih import yang baharu, beliau menjelaskan bahawa Da Silva dipilih kerana dia mempunyai pengalaman luas termasuk membimbing sebuah kelab terkenal di Indonesia.

"Kami telah melihat cara Da Silva melatih pasukan dan saya sangat tertarik dengan sistem kejurulatihan baharu yang diserapkannya.

"Daripada siri perlawanan ujian sebelum ini, saya melihat satu perkembangan positif dalam corak permainan pasukan ini dan dari situ kita yakin Negeri Sembilan mampu menjadi sebuah pasukan yang digeruni," katanya.

Sabah tekad bermula garang

Posted:

Sabah tekad bermula garang

Sabah tekad bermula garang

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


MCCREERY (kiri) menyampaikan amanat kepada para pemain Sabah menjelang aksi Liga Perdana menentang KL SPAPutrajaya di Stadium Likas petang ini.


TIGA mata penuh menjadi buruan Sabah pada aksi pembuka tirai kempen Liga Premier musim ini.

Sabah bakal melayan kunjungan pasukan berstatus kelab, KL SPAPutrajaya di Stadium Likas petang ini.

Di atas kertas, skuad kendalian jurulatih dari Ireland, David McCreery itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan KL SPA Putrajaya berdasarkan kelebihan selaku tuan rumah, selain diperkuatkan barisan pemain berpengalaman.

Bagaimanapun, pengurus pasukan Alijus Sipil enggan terlalu yakin dengan kelebihan yang dimiliki skuad Sabahawks, sebaliknya tetap menghormati kemampuan pasukan lawan dengan reputasi selaku juara Liga FAM musim lalu.

"Ini adalah perlawanan sulung kami dalam Liga Premier musim ini dan saya cukup yakin pasukan akan bermain dengan baik, sekali gus memenangi aksi ini untuk mengutip tiga mata penuh.

"Paling penting, perlawanan esok (hari ini) akan menguji kemampuan sebenar pasukan selepas pihak pengurusan melakukan rombakan besar-besaran pada penghujung musim lalu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai kemampuan lawan, Alijus percaya KL SPA Putrajaya yang dibimbing Mohd. Shah Norbit pasti mempunyai keyakinan tinggi apabila buat pertama kalinya beraksi di pentas Liga Premier.

"Setiap pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) adalah pasukan terbaik dan seharusnya kami menghormati kemampuan mereka.

"Pemain hanya perlu memberikan aksi terbaik mereka dan menggunakan setiap peluang untuk mencipta kemenangan," ujarnya.

Pada perlawanan hari ini, Sabah bakal diperkuatkan dengan kekebalan bekas penjaga gol kebangsaan, Syamsuri Mustafa selain khidmat dua pemain import, Rhys David Weston dan Koh Traore.

Turut menjadi pertaruhan pastinya penyerang berpengalaman, Zainizam Marjan selain kapten,

Rosdin Wasli, Juffery Omopor dan Sumardi Hajalan.

Kelantan belum panik

Posted:

Kelantan belum panik

Kelantan belum panik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KEITA MANDJOU (kanan) diasak pemain ATM pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam kelmarin.


PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak tetap berpuas hati meskipun anak-anak buahnya tewas pada aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga M) kelmarin.

Kelantan yang tampil selaku pasukan pilihan, tewas 3-4 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan sepakan penalti dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam itu.

Memegang status juara trebel musim lalu, pengendali kelahiran Croatia itu mengakui, Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut selepas menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.

Di sebalik kegagalan pasukan gergasi Pantai Timur itu untuk menjulang trofi tersebut buat kali kedua, Bojan kekal positif dan tidak menyalahkan barisan pemainnya selain memuji persembahan cemerlang penjaga gol muda skuad The Red Warriors, Mohd. Syazwan Yusof.

Untuk rekod, Kelantan berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan Selangor dua tahun lalu.

Ini kerana Hodak menyifatkan Syazwan memiliki peluang cerah untuk bersaing dengan Khairul Fahmi Che Mat dan Norhadi Ubaidillah sebagai penjaga gawang No. 1 pasukan itu.

"Saya tidak kecewa dengan kekalahan ini dan kami mahu menjadikan ia sebagai hala tuju lebih bermakna buat Kelantan dalam usaha meraih musim cemerlang seperti tahun lalu.

"Seperti musim lalu, kami bermula dengan kekalahan kepada Negeri Sembilan pada aksi yang sama, namun berjaya muncul sebagai juara trebel.

"Saya tidak mahu mencari sebarang alasan atau menyalahkan mana-mana pemain. Ini kerana anak-anak buah saya telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi.

"Malah, saya sangat gembira menyaksikan prestasi Syazwan kerana dia memiliki potensi besar. Keyakinannya akan bertambah dalam satu perlawanan demi perlawanan.

"Kini, saya memiliki tiga penjaga gol yang hebat untuk musim baharu Liga M," kata- nya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam.

Mengulas mengenai aksi menentang ATM, Hodak mengakui, ketiadaan tonggak utama sedikit sebanyak menjejaskan perancangannya pada perlawanan itu.

Tanpa berselindung, beliau mengharapkan pemain simpanan The Red Warriors dapat memanfaatkan peluang sebagai usaha untuk beraksi bersama skuad utama Kelantan.

"Ketiadaan pemain utama, antaranya Khairul Fahmi jelas memberi kesan kepada kami.

"Kini, pasukan yang bakal menentang Kelantan akan menjadi lebih bersemangat serta memiliki motivasi tinggi untuk menewaskan kami. Ia jelas memberikan cabaran lebih getir kepada kami berbanding musim lalu.

"Mempertahankan adalah lebih sukar berbanding merebut gelaran. Ketiadaan pemain utama termasuk yang ditimpa kecederaan akan memberikan kesan dalam usaha mempertahankan gelaran trebel pada musim ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved