Khamis, 24 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Afrika Selatan akhiri kemarau

Posted:

Afrika Selatan akhiri kemarau

Afrika Selatan akhiri kemarau


PEMAIN-PEMAIN Afrika Selatan meraikan kejayaan menewaskan Angola 2-0 awal pagi semalam.


JOHANNESBURG - Tuan rumah, Afrika Selatan menamatkan kemarau kemenangan apabila menewaskan Angola 2-0 pada aksi kedua Kumpulan A kempen Piala Negara-Negara Afrika 2013 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Durban itu, skuad Bafana Bafana melakar kemenangan pertama dalam tempoh sembilan tahun pada kejohanan ini hasil jaringan Siyabonga Sangweni pada minit ke-30 dan Micheal Majoro (ke-62).

Skuad kendalian Gordon Igesund itu menampilkan aksi yang lebih bertenaga berbanding ketika seri tanpa jaringan dengan Cape Verde pada aksi pembuka tirai, Sabtu lalu.

Igesund membuat rombakan besar-besaran termasuk mengetepikan lima pemain yang beraksi pada perlawanan menentang Cape Verde, sekali gus berjaya membawa pulang tiga mata berharga.

"Saya membuat merombak kerana kami perlu memenangi perlawanan ini.

"Saya gembira apabila percaturan saya untuk menggunakan formasi 4-1-5 berbaloi.

"Saya hanya mempertaruhkan empat pemain pertahanan, seorang menguasai jentera tengah dan selebihnya menampilkan corak permainan menyerang.

"Pemain-pemain saya juga semakin yakin dengan kemampuan diri sendiri.

"Perasaan gemuruh ketika berdepan Cape Verde tempoh hari sudah hilang sama sekali," kata Igesund.

Dalam perlawanan terakhir nanti, Afrika Selatan akan menentang bekas juara, Maghribi sementara Angola mengharapkan keajaiban untuk mengejutkan Cape Verde bagi menghidupkan peluang ke suku akhir.

Ketika ini, Afrika Selatan mengungguli kedudukan teratas dalam Kumpulan A selepas mengumpul empat mata. - AFP

Johor tidak gentar

Posted:

Johor tidak gentar

Johor tidak gentar

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


AZMI yakin anak-anak buahnya mampu mengatasi Pahang malam ini.


KEMAMPUAN Pahang selaku pendahulu Liga Super sama sekali tidak menghadirkan rasa gentar buat pasukan Johor apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada aksi pembuka tirai Piala FA malam ini.

Meskipun skuad Tok Gajah berjaya menumpaskan nama-nama besar dan hanya tewas sekali sahaja kepada Selangor dalam saingan liga setakat ini, namun pengendali Johor, Azmi Mohamed tetap optimis anak-anak buahnya mampu mencipta kejutan.

Menurut Azmi, Pahang bukanlah pasukan asing buat Johor selepas kejayaan mereka menundukkan skuad bimbingan Dollah Salleh itu pada pertemuan pra musim Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor hujung tahun lepas.

"Namun, kami tetap tidak boleh mengambil ringan perlawanan esok (malam ini) memandangkan Pahang kini bukan seperti pasukan Pahang yang kami tewaskan sebelum ini.

"Saya sendiri ada membuat analisis perlawanan Pahang sepanjang saingan Liga Super dan jelas pasukan itu sudah memperbaiki rentak permainan mereka," katanya.

Menurut Azmi, meskipun Johor hanya beraksi dalam saingan Liga Premier berbanding Pahang yang beraksi dalam Liga Super, namun itu semua tidak boleh diambil kira apabila beraksi dalam saingan Piala FA.

Katanya, apa yang penting, semua pemain harus fokus kerana bagi saingan kalah mati, mana-mana pasukan juga mampu untuk membuat kejutan.

"Saya yakin, kesemua pemain akan menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi menewaskan Pahang sekali gus mara ke pusingan seterusnya.

"Saya harap, bermain di tempat sendiri akan turut memberi kelebihan buat pasukan Johor," katanya.

Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

Posted:

Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

PELEDAK berbisa Pahang, Mohd. Hafiz Kamal berazam untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah selepas beraksi cemerlang pada aksi menentang Terengganu dalam saingan Liga Super, Selasa lalu.

Dia sudah tidak sanggup lagi untuk terus memanaskan bangku pemain simpanan.

Pemain tengah yang memiliki kepakaran membuat sepakan percuma itu berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, dia perlu berusaha keras dan beraksi secara konsisten untuk mendapat kepercayaan jurulatih, Dollah Salleh.

"Kualiti permainan saya bertambah baik dan dua gol yang saya hasilkan ketika bertemu Terengganu menjadi penyuntik semangat buat saya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya berazam untuk membantu Pahang mengekalkan aksi mantap pada saingan Liga Super dan Piala FA yang akan bermula esok (hari ini).

"Namun, saya terpaksa bersaing dengan Muhammad Amirulhadi Zainal dan Mohd. Faizol Hussin untuk merebut tempat di posisi tengah," katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar Mohd. Hafiz, jika diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama Pahang ketika menentang Johor pada aksi pembuka tirai Piala FA malam ini, dia akan berusaha membalas kepercayaan itu dengan mempamerkan persembahan lebih cemerlang.

Bagaimanapun, anak jati Perak itu mengakui dia lebih mengutamakan kejayaan pasukan berbanding pencapaian dirinya.

"Saya tidak kisah siapa yang akan diturunkan kerana yang penting adalah semangat kesukanan dan kerjasama dalam pasukan harus ditingkatkan. Inilah kunci kejayaan pasukan kami," katanya.

Selepas lima perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini, Mohd. Hafiz hanya beraksi tiga kali pada separuh masa kedua ketika menentang Johor Darul Takzim, Felda United dan Terengganu.

Pada aksi Liga Perdana musim lalu, dia berjaya menjaringkan tujuh gol termasuk empat daripadanya pada saingan Piala Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved