Jumaat, 25 Januari 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jaclyn gugup jumpa Az Yet

Posted:

Jaclyn gugup jumpa Az Yet

Jaclyn gugup jumpa Az Yet

LAGU gabungan vokal Jaclyn dan Az Yet, Magical Moment bakal menembusi pasaran Amerika Syarikat menjelang Ogos ini.




ANGGOTA Az Yet terdiri daripada (dari kiri) Shawn Rivera, Claude Thomas, Kenny Terry dan Dion Allen.


TEKA-TEKI mengenai kolaborasi penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor dengan sebuah kumpulan popular tahun 1990-an dari Amerika Syarikat (AS) yang selama ini dirahsiakan oleh Jaclyn mahupun pihak pengurusan kerjaya seni suaranya iaitu KRU Studios, akhirnya terjawab.

Kosmo! baru-baru ini diundang ke penggambaran klip video lagu Magical Moment nyanyian Jaclyn bersama kumpulan popular tersebut di Studio B Sync, Kuala Lumpur.

Hans Isaac rahsiakan calon isteri

Posted:

Hans Isaac rahsiakan calon isteri

Hans Isaac rahsiakan calon isteri

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

TIDAK berubah. Hans mengakui dia masih merupakan teman rapat Neelofa.


MELIHAT kepada perkembangan kerjaya sepanjang 20 tahun selaku pengarah, pelakon dan penerbit, sudah pelbagai kejayaan yang pernah diraih oleh Hans Isaac.

Bagaimanapun, dengan usianya yang bakal mencecah 42 tahun, sudah ramai peminatnya yang ingin mengetahui bilakah Hans bakal menamatkan zaman bujangnya setelah beberapa kali gagal dalam percintaan.

Sementelah buat masa ini, dia sering dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon dan pengacara, Neelofa sehinggakan pernah digosip bercuti bersama-sama di luar negara pada tahun lalu.

Hans yang ditemui pada majlis pelancaran filem Lawak Ke Der 2 di Hotel Premiera, Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan, dia mahu mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun hadapan.

Kini, yang menjadi persoalannya adakah penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Lakon Layar Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 itu bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang sering digosipkan dengannya itu?

Kosmo!: Bagaimanakah hubungan Hans dengan Neelofa sekarang? Dengarnya kini kalian berdua sudah tidak rapat lagi seperti dahulu?

HANS ISAAC: Apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih tetap seperti biasa sebagai teman rapat. Namun, saya tidak dapat hendak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sejauh mana hubungan kami.

Apakah komen Hans apabila terus diajukan pertanyaan mengenai hubungan rapat dengan Neelofa?

Sejujurnya, saya memang dah bosan apabila asyik diajukan mengenai perkara ini dan lebih selesa untuk berdiam diri daripada terus memberi sebarang kenyataan.

Lagipun, filem yang menampilkan kami bergandingan bersama iaitu Lemak Kampung Santan akan ditayangkan pada 29 Mei ini. Jadi, saya tidak mahu kisah saya dan Neelofa dijadikan sebagai publisiti murahan untuk menarik minat orang ramai menonton filem ini nanti.

Pada usia yang sudah mencecah 42 tahun, adakah Hans terfikir mahu mendirikan rumah tangga?

Sebenarnya saya pernah terfikir untuk berkahwin sejak tiga tahun yang lalu, tetapi pada masa itu saya perlu memberi sepenuh perhatian kepada mendiang ibu saya, Carmina Anciano Isaac yang sedang sakit.

Kini, setelah ibu saya meninggal dunia barulah saya tergerak hati untuk melakukan suatu perubahan dalam hidup, termasuk mengenai perkahwinan. Lagipun, sasaran saya paling awal untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun 2014.

Dengan kenyataan yang dibuat ini seolah-olah Hans sudah mempunyai calon isteri sekarang. Adakah ia benar?

Berkenaan dengan calon isteri, saya tidak mahu memberikan sebarang komen buat masa ini kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan. Biarlah buat masa ini, saya tidak berkata apa-apa mengenainya.

Bagaimanapun, saya akan tetap memberikan kenyataan apabila sudah tiba masa yang sesuai untuk menceritakannya. Sekarang ini, lebih baik saya mengunci mulut tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak.

Kenapakah Hans seperti mahu berahsia pula?

Semuanya disebabkan pengalaman saya yang lepas terutamanya mengenai percintaan. Apabila hubungan saya dengan seseorang wanita itu tidak menjadi, kebanyakan pihak akan menyalahkan saya seorang.

Lagipun, saya perlu pastikan wanita yang dipilih untuk menjadi teman hidup adalah pilihan yang tepat. Ini kerana saya inginkan hubungan yang berkekalan dan bukannya bercerai selepas beberapa tahun berkahwin.

Misi Gaza Rabbani

Posted:

Misi Gaza Rabbani

Misi Gaza Rabbani


RABBANI prihatin dengan nasib rakyat Palestin.


KEKEJAMAN rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa khususnya wanita dan kanak-kanak.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu telah dikecam oleh banyak pihak dari segenap pelosok dunia tidak mengira bangsa, agama dan usia.

Mengenangkan nasib rakyat Palestin di sana yang menderita saban hari, pelbagai pihak tampil ke depan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Golongan artis juga tidak terkecuali mengorbankan masa, tenaga dan harta mereka bagi membantu rakyat Palestin yang ditindas tentera Israel.

Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Rabbani tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan bantuan dengan mengutip sumbangan bagi mengumpul dana yang akan disalurkan ke Gaza.

Berganding bahu dengan Majlis Perundingan Persatuan Islam Malaysia (Mapim), Rabbani akan melakukan beberapa siri jelajah di seluruh negara dengan mengadakan majlis makan malam amal dan konsert yang bermula pada 26 Januari ini.

Projek yang diusahakan bersama Mapim itu adalah bertujuan mengumpul dana bagi membina sebuah hospital materniti dan pediatrik di Gaza bagi membantu golongan wanita dan kanak-kanak khususnya di wilayah bergolak itu.

Salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, projek yang dikenali sebagai Hospital For Gaza (H4G) itu telah melantik Rabbani sebagai duta bagi membantu mengutip dana dengan mengadakan Majlis Makan Malam Amal H4G yang akan berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor sebagai permulaan.

"Kita akan memulakan kempen mengutip dana ini dengan majlis makan malam di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 26 Januari ini, pukul 8.30 malam, diikuti dengan konsert pada 29 Mac di Pulau Pinang yang akan diberitahu kelak lokasinya.

"Selain daripada Rabbani, kita juga ada menjemput Datuk Sharifah Aini pada majlis makan malam tersebut bagi menghiburkan tetamu yang hadir," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Azadan, selain dua lokasi tersebut, Rabbani juga akan menjayakan konsert di Kelantan dan Johor serta konsert penutup di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor pada 29 Jun nanti.

"Konsert terakhir yang akan diadakan pada bulan Jun itu nanti akan menampilkan ramai artis dan juga penampilan khas daripada Ustaz Don Danial.

"Pemilihan artis pada konsert itu nanti kita akan buat bukan sahaja dalam kalangan yang boleh membuat persembahan tetapi juga mereka boleh menarik orang ramai untuk menderma.

"Sasaran utama kami adalah untuk mengutip sebanyak mungkin dana di samping mencari penyumbang tetap kerana hospital ini memerlukan dana yang berterusan daripada rakyat Malaysia untuk beroperasi," katanya.

Terdapat tiga pakej pembelian meja yang ditawarkan pada harga RM5,000, RM2,000 dan RM1,500 dan bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi Rabbani Production menerusi talian 03-6272 1225 untuk maklumat lanjut.

"Kita juga ada mewujudkan akaun khas untuk H4G bagi sesiapa yang tidak dapat hadir ke acara berkenaan tetapi ingin memberikan sumbangan ikhlas.

"Mereka boleh berbuat demikian dengan membuat pembayaran terus melalui akaun CIMB Yayasan Itmam H4G Rabbani bernombor 14270011413052.

"Buat masa sekarang, inilah yang mampu kami lakukan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Hasrat untuk ke sana memang ada cuma kami menumpukan kepada acara ini terlebih dahulu kerana kos untuk bawa kami ke sana lebih baik diberikan kepada mereka.

"Jika ada penaja yang bermurah hati untuk membawa kami ke sana, kami akan menerima dengan hati yang terbuka dan sangat teruja sekiranya dapat menghiburkan para remaja di situ," ujarnya yang akan menerbitkan sebuah single khas untuk mengenang nasib dan perjuangan rakyat Gaza berjudul, Mawar Berdarah. - MAHFUZ MOHAMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved