Isnin, 31 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Presiden, Setiausaha FAM boleh buat kenyataan

Posted:

Presiden, Setiausaha FAM boleh buat kenyataan

Presiden, Setiausaha FAM boleh buat kenyataan

31/12/2012 10:17pm

SHAH ALAM – Hanya Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang boleh mengeluarkan kenyataan berhubung desakan gabungan penyokong bola sepak tempatan yang mahu badan induk bola sepak itu dirombak, kata Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Saya tidak boleh memberi sebarang komen berhubung isu tersebut. Hanya orang yang bertauliah yang boleh memberi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2013 di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Jumaat lepas, satu gerakan gabungan penyokong bola sepak tempatan (PFSLJ) menggesa agar rombakan besar-besaran dilakukan terhadap pengurusan tertinggi FAM yang dikatakan tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lepas.

Mengenai perlawanan Piala Sumbangsih pada Sabtu ini, Hamidin berkata, saingan yang dijangka sengit antara juara Piala Malaysia 2012, Kelantan dan naib juara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bermula pukul 8.45 malam di Stadium Shah Alam.

Tiket berharga RM20 bagi penonton berumur 12 tahun ke atas akan mula dijual pada Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 7 malam di stadium tersebut dan pada hari perlawanan dari 9 pagi. – BERNAMA

Tiga sekeluarga maut dalam nahas dua kereta

Posted:

Tiga sekeluarga maut dalam nahas dua kereta

Tiga sekeluarga maut dalam nahas dua kereta

31/12/2012 8:25pm

KUANTAN – Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan jalan raya di Km17, Jalan Lipis-Benta pagi tadi.

Mereka ialah Mohamed Abdul Hadi Sattar, 30, isterinya Najihan Ahmad, 31, dan anak tunggal mereka, Muhammad Ammar Haziq, 3.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abd Razak Hassan, ketika kejadian 11 pagi itu, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang dari Benta.

"Kereta Proton Gen2 yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah kereta Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan.

"Difahamkan kereta Proton Perdana itu memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Mohamed Abdul Hadi yang berasal dari Pulau Pinang mati ditempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala isterinya yang berasal dari Benta meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Lipis.

Sementara anak mereka meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Abd Razak berkata, pemandu proton Perdana itu yang berumur 30 tahun cedera parah dan dirawat di hospital yang sama. – BERNAMA

Gelombang kedua banjir di Pahang, Terengganu

Posted:

Gelombang kedua banjir di Pahang, Terengganu

Gelombang kedua banjir di Pahang, Terengganu

31/12/2012 8:23pm

KUALA LUMPUR – Belum pun reda banjir gelombang pertama, kini dua negeri Pantai Timur kembali dilanda banjir gelombang kedua sehingga menyebabkan lebih 900 penduduk terpaksa dipindahkan.

Di TERENGGANU, 800 mangsa dipindahkan setakat 6 petang ini dengan tiga daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun membuka kembali pusat pemindahan banjir kerana beberapa kawasan dinaiki air susulan air pasang dan hujan lebat sejak pagi.

Menurut portal banjir negeri, lima pusat pemindahan di Hulu Terengganu menempatkan 599 mangsa, manakala 162 berada di dua pusat di Kemaman dan 39 di satu pusat pemindahan di Dungun.

Di PAHANG, gelombang kedua banjir menyebabkan 152 mangsa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di sekitar Kuantan akibat banjir selepas hujan tidak berhenti sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), 98 mangsa dari Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, manakala sembilan mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular.

Seramai 45 mangsa dari Kampung Seberang Balok kini berada di Dewan Orang Ramai Balok. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved