Isnin, 31 Disember 2012

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Fungsi praktikal kunci tata gaya

Posted:

Fungsi praktikal kunci tata gaya

Fungsi praktikal kunci tata gaya

Oleh ALIF ABU BAKAR

MUSIM bunga dan panas 2013 sememangnya waktu paling mengujakan bagi kebanyakan pereka fesyen. Sepanjang musim itu, mereka bebas bereksperimen dengan warna-warna terang dan potongan singkat.

Pereka fesyen tanah air yang telah mencipta nama di persada antarabangsa, Datuk Bernard Chandran kembali menghasilkan koleksi musim bunga dan panas 2013 yang mengujakan.

Pada Minggu Fesyen London 2012 sempena pertunjukan koleksi musim bunga dan panas 2013 yang lalu, Bernard mempersembahkan koleksi berkonsepkan kisah cinta. Ia dipentaskan berpandukan kasih seorang wanita terhadap kekasihnya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk emosi.

Menariknya koleksi beliau tidak menekankan kepada kesakitan jiwa akibat cinta dan kekecewaan yang secara tidak langsung menolak sentimen rekaan bersifat konvensional. Pada dasarnya, Bernard menggambarkan koleksi yang segar bagi menyuntik rasa positif, edgy dan mampu mencetuskan keyakinan seorang perempuan.

"Potongan yang digunakan begitu unik menimbulkan kontra pada bahagian depan dan belakang.

"Material pula banyak diambil daripada sutera pelbagai jenis seperti sutera mikano, organza, kapas, labuci berkaca (glass sequin) dan sedikit sentuhan kulit. Selain itu, cetakan dekorasi seni yang edgy menjadi pelengkap kepada fabrik dan perincian.

"Palet ringan membarisi rekaan baharu saya yang masih mengekalkan bayangan glamor seperti kuning air (beige), merah jambu, kelabu lembut, hitam, hitam kilat (patent black) dan biru," jelas Bernard kepada Stailo.

Ramalan 2013

Perkongsian rekaan baharu Bernard itu bagaimanapun hanyalah mukadimah dalam kalendar fesyen tahun ini. Berbicara soal fesyen tahun 2013 pula, Stailo sempat meminta pandangan daripada pensyarah sambilan bahagian fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak, Yazid Jamil.

Menurut Yazid, trend melapiskan (layering) pakaian sedia pakai dalam satu masa bakal menjadi ikutan. Sebagai contoh, kemeja jarang disuai padan bersama sweater tebal dan besar ataupun jaket berpotongan bahu jatuh bersama celana pendek serta seluar senteng.

Namun, faktor ketebalan fabrik perlu disesuaikan dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap. Tahun 2013 meraikan pembebasan jangkaan kalendar kaum Maya bahawa dunia akan berakhir pada 21 Disember 2012, maka sebarang bentuk kongkongan harus dibebaskan.

Siluet yang lebih natural dan rileks menjadi nadi utama dalam memilih helaian busana untuk 2013. Pakaian yang terlalu sendat harus dielakkan. Katakan tidak pada dres bondage dan pilih busana atau seluar yang sedikit longgar bagi memberi ilusi seksi dalam kesopanan.

Warna terang seperti biru kobalt, jingga dan kuning menjadi pilihan utama dalam kalangan rumah fesyen antarabangsa. Permainan motif geometri seperti yang dilihat di pentas peragaan musim bunga dan panas 2013 label Prada adalah trend yang cukup hangat untuk dicuba.


REKAAN musim bunga dan panas 2013 Bernard ini mencerminkan kesetiaan cinta wanita terhadap lelaki yang dikasihinya.


"Industri fesyen dunia tahun ini menyaksikan kebangkitan pakaian sedia pakai. Busana hadir dalam manipulasi pola yang kreatif dan potongan yang lebih natural. Fabrik jarang digabungkan bersama fabrik legap.

"Faktor praktikal dan fungsi perlu dititikberatkan. Pentas fesyen negara, 2013 sewajarnya menjadi tahun publisiti besar-besaran kepada pereka-pereka muda berbakat seperti Jonathan Liang, Alia Bastamam dan FiziWoo. Idea-idea yang mereka tampilkan memberi suntikan segar, satu revolusi untuk industri fesyen tempatan," ujar Yazid.

Tetapkan trend

Sementara itu, Presiden Persatuan Pereka Bumiputra (BDA), Bon Zainal melihat perkembangan gaya pada tahun ini perlu berbalik kepada konsep praktikal. Menurut beliau, zaman ini pereka perlu celik dengan perubahan kehendak orang ramai yang dahagakan pakaian sedia pakai yang jelas fungsinya.

"Jangan hanya menilai kecantikan rekaan berdasarkan sedap mata sendiri kerana pada akhirnya, pelanggan yang akan menentukan sama ada pakaian itu boleh dipakai atau tidak.

"Perlu diingat, tujuan pakaian dihasilkan adalah untuk dijual dan dipakai. Jadi, cuba elakkan rekaan yang terlalu artistik dan rumit," demikian pesanan Bon ketika ditemui Stailo pada pertandingan akhir Pencarian Pereka Muda 2012 anjuran BDA di Dewan Panggung Sari, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Menyentuh trend yang bakal menjadi ikutan di negara ini, Bon merasakan adalah wajar sekiranya Malaysia menetapkan trend tersendiri daripada mengikut panduan fesyen global secara keseluruhan.

Namun, konsep gaya yang ditekankan masih perlu selari dengan perkembangan antarabangsa, cuma pengolahan idea bagi rekaan yang ingin diketengahkan boleh divariasikan. Contohnya, pakaian berona terang dan garang sangat sesuai digayakan masyarakat negara ini sepanjang tahun atas faktor ketetapan iklim.

Pentas antarabangsa

Menjengah pentas fesyen antarabangsa pula memperlihatkan penonjolan beberapa konsep. BCBG Max Azria, Jason Wu dan Herver Leger tahun ini mempertaruhkan efek Helmut Newton, jurugambar fesyen yang popular dengan foto hitam putih berunsur erotisisme.

Ketua Pegawai Kreatif Kumpulan BCBG Max Azria, Lubov Azria juga mengesahkan Helmut merupakan antara inspirasi utama bagi koleksinya kali ini.

Elemen air turut menjadi mainan label antarabangsa tahun 2013. Jack McCollough dan Lazaro Hernandez yang menerajui Proenza Schouler, menghasilkan dres yang diperbuat daripada cetakan foto bagi mencipta nilai abstrak.

Olahan liberal itu dikukuhkan dengan penataan imej sekumpulan manusia yang berada di kolam renang, menjelaskan elemen air dalam hasil kerja duo tersebut.

Charlotte Ronson juga tidak ketinggalan mengangkat air sebagai kunci inspirasi bagi koleksi baharunya.

Palet biru laut dan hijau ternyata menyerlahkan rekaan peplum Ronson sehingga hampir kelihatan ibarat riak ombak dari laut.

Pernyataan jelas terhadap unsur air sudah tentu datangnya daripada Michael Kors. Padanan baju (top) dan seluar panjang rona biru dan putih sudah memadai membentuk pemikiran peneliti fesyen.


BERNARD menyuntik kesegaran dalam koleksi kali ini bagi menyerlahkan sisi edgy seorang wanita.


Rekaan berjalur atau berbelang masih belum lapuk dalam percubaan pereka prolifik global. Marc Jacobs misalnya, meluluskan majoriti ciptaan musim bunga dan panas beliau dengan pakaian bercirikan jalur. Baju T atau jumpsuit, nilai keindahan corak berjalur tetap dikekalkan.

Eksperimen Tommy Hilfiger kali ini juga agak menarik. Siapa sangka, seluar panjang, baju dan blazer rona putih seragam yang dicoretkan bersama jalur merah dan biru mampu menghasilkan efek luar biasa. Menariknya, jalur itu bukan bergaris tetapi berbentuk polka dot.

Gaya retro Eric Choong

Posted:

Gaya retro Eric Choong

Gaya retro Eric Choong

Oleh HAFIZ AHMAD


ANTARA selebriti yang turut sama dalam pelancaran jenama Freedom by Eric Choong baru-baru ini.


BUAT julung-julung kali, Eric Choong menampilkan koleksi istimewa khas lelaki dengan mengembalikan saat riang dan kerancakan era 60-an serta 70-an melalui signatur gaya tersendiri.

Ilham di sebalik edisi terhad itu diperoleh dari tempat kelahiran Eric di Ipoh, Perak yang menempatkan bangunan-bangunan memorial dan kopitiam yang menjadi persinggahan orang ramai selepas seharian penat bekerja.

"Masih segar dalam ingatan saya apabila orang ramai berkumpul dan menari pada hujung minggu mengikut tarian agogo sambil menyarungkan baju-baju corak petak dan rona-rona menarik," ujarnya ketika ditemui usai majlis pelancaran koleksi lelaki edisi terhad, Freedom by Eric Choong baru-baru ini.

Berdasarkan kenangan indah tersebut, Eric menghasilkan rekaan segar dengan suntikan elemen era itu yang banyak ditampilkan menerusi kombinasi corak jaluran dan kotak. Ia turut diserlahkan dengan variasi rona terang dan kontra.

Koleksi baju-baju merangkumi kemeja lengan panjang, manakala seluar pula menggunakan fabrik kapas untuk seluar pendek dan seluar panjang Chino dengan potongan moden.

"Jahitan mengikut era 70-an dapat dilihat pada jaket dan blazer dengan rekaan berstruktur menggunakan kapas tenunan tangan. Ia dipadankan dengan bowtie rona sama," ujarnya.

Tambah menarik, setiap rekaan yang dihasilkan adalah versatil kerana ia boleh digunakan oleh kaum wanita yang ingin bergaya bak seorang maskulin. Menurut Eric, penggunaan warna yang ceria, corak dan potongan moden membuatkan ia boleh menjadi pakaian sedondon buat pasangan sejoli.

Kesemua koleksi Eric boleh didapati pada Januari 2012 di beberapa gedung pakaian

terpilih antaranya Robinson, Parkson, Ruffey, Sungei Wang

dan Tangs.

Glosari jam tangan jejaka

Posted:

Glosari jam tangan jejaka

Glosari jam tangan jejaka


NILAI seutas jam tangan perlu diukur berdasarkan fungsinya, praktikal dan kesesuaiannya pada anda. - Gambar hiasan


JAM tangan merupakan aksesori yang paling diutamakan kebanyakan individu khususnya golongan lelaki. Tanpa jam tangan, penampilan kaum Adam tampak canggung dan kosong.

Untuk itu, pemilihan jam tangan yang tepat amat penting dalam mengekalkan imej segak dan berketerampilan. Kenal pasti perkara-perkara penting ketika memilih jam tangan seperti yang disenaraikan di bawah ini:

Harga

Tentukan had harga anda. Anda perlu tahu kategori harga jam tangan:

Berharga lebih daripada RM3,000:

n Jam tangan mekanikal

n Diperbuat daripada logam mahal (bersadur emas dan platinum), tungsten karbida atau titanium

n Perincian kristal nilam

n Kategori jam tangan rekaan khas dan formal

Contoh: Breitling, Omega, Rolex dan IWC

Berharga antara RM1,000 hingga RM2,500:

n Kuarza automatik iaitu jam yang berfungsi dengan menggunakan getaran hablur kuarza yang dikawal oleh mikrolitar

n Diperbuat daripada getah (caoutchouc), keluli tahan karat, kulit, titanium dan fiber karbon

n Menggunakan gelas mineral

n Kategori jam tangan kasual

Contoh: Orient dan Bottega

Berharga antara RM200 hingga RM700:

n Jam tangan kuarza

n Diperbuat daripada plastik, komposit resin atau logam asas

n Menggunakan kristal plastik

n Kategori jam tangan fesyen dan atletik

Contoh: Swatch

Stail

Jam tangan ringkas/formal:

n Material emas

n Bekas ringkas dan nipis

n Bezel berputar

n Penanda yang tebal

Jam tangan rekaan khas:

n Direka untuk seseorang yang mempunyai reputasi tinggi dan menepati cita rasa individu tersebut

Jam tangan atletik:

n Kebiasaannya bersaiz besar

n Bezel dengan penanda yang menonjol

n Kalis air untuk keadaan tertentu

Jenama

n Pelajari sedikit maklumat tentang reputasi pengeluar jam tangan tersebut. Elakkan meminta pandangan jurujual kerana mereka hanya memberikan jawapan yang mendorong anda untuk membeli tanpa mengambil kira kriteria yang anda utamakan.

n Tanya pendapat rakan-rakan atau saudara-mara yang mungkin memiliki jam tangan jenama sama.

n Anda juga boleh membaca maklum balas pada forum-forum internet tentang jenama sesuatu jam.

Di mana anda boleh beli?

n Jam tangan berprestij selalunya hanya dijual di butik yang sah. Oleh itu, pembelian jam tangan berjenama secara dalam talian bukanlah alternatif yang terbaik.

n Gunakan katalog internet bagi memilih beberapa jam tangan yang ingin anda pakai.

Saiz yang betul

n Pilih jam tangan mengikut fizikal anda dan kesesuaian pada pergelangan tangan anda. Cuba dahulu sebelum beli!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved