Rabu, 12 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


2 bekas ahli lembaga koperasi didenda RM50,000, RM20,000

Posted:

2 bekas ahli lembaga koperasi didenda RM50,000, RM20,000

2 bekas ahli lembaga koperasi didenda RM50,000, RM20,000

12/12/2012 5:52pm

SEREMBAN — Dua bekas ahli lembaga Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad masing-masing didenda RM50,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah kerana mengemukakan diri sebagai koperasi sedangkan koperasi itu belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), empat tahun lalu.

Ahmad Fauzi Daud, 41 dan kakaknya Rosliana, 44 turut menghadapi hukuman penjara masing-masing enam bulan dan tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Hakim Datin M. Kunasundary bagaimana pun membenarkan denda dan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa mengemukakan diri sebagai ahli lembaga koperasi tersebut di sebuah bank di sini bagi membuka akaun semasa atas nama koperasi sedangkan koperasi tersebut belum didaftarkan dengan SKM.

Ahmad Fauzi yang bertindak sebagai pengerusi manakala kakaknya sebagai setiausaha koperasi tersebut melakukan kesalahan itu di RHB Bank Berhad cawangan Taipan Senawang, di sini, pada 5 Jun 2008.— BERNAMA

Penunggang motosikal maut dirempuh treler

Posted:

Penunggang motosikal maut dirempuh treler

Penunggang motosikal maut dirempuh treler

12/12/2012 4:59pm

KOTA TINGGI— Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh oleh sebuah lori treler dari arah bertentangan di Kilometer 57 Jalan Johor BahAru–Mersing, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Che Mahazan Che Aik berkata, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu mangsa Mohd. Firdaus Hashim, 29, dari Felda Bukit Aping Timur di sini maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Sebuah lori treler yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dari arah Johor Baharu menuju ke Mersing dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh motosikal jenis Yamaha RXZ ditunggang mangsa yang keluar dari simpang kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, motosikal yang dinaiki mangsa terperosok di bawah lori berkenaan mengakibatkan mangsa cedera parah.— BERNAMA

Mayat warga Malaysia terdampar di Bengkalis selamat tiba

Posted:

Mayat warga Malaysia terdampar di Bengkalis selamat tiba

Mayat warga Malaysia terdampar di Bengkalis selamat tiba

12/12/2012 5:02pm

MELAKA — Mayat seorang peniaga warga Malaysia yang dijumpai terdampar di Kepulauan Riau, Indonesia, Sabtu lepas, selamat tiba di jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) Melaka di sini, hari ini.

Mayat Anuar Abdullah, 44, yang dibawa menggunakan bot dari Bengkalis, Indonesia tiba di jeti CIQ pada 9 pagi diiringi Konsulat Malaysia di Pekan Baru Mohd Zambri Sulaiman sebelum dihantar ke Hospital Batu Pahat, Johor untuk bedah siasat.

Anuar sebelum ini dilapor tidak pulang ke rumah di Taman Nira, Batu Pahat selepas menghantar dua anaknya ke rumah ibu mertuanya di Parit Guntung Semerah, Batu Pahat pada 28 November lepas.

Mohd. Zambri berkata, mayat Anuar ditemui sekumpulan nelayan di pantai Selat Baru, Bengkalis kira-kira 6.30 pagi pada 8 Disember lepas dalam keadaan lengkap berpakaian tetapi telah berbau dan hampir tinggal rangka.

"Kita mengenal pasti mangsa melalui kad pengenalan Malaysia, lesen memandu dan beberapa dokuman penting yang berada di dalam dompet di poket seluarnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved