Kosmo Online |
- Ugut bapa guna gunting: Penyambut tetamu dipenjara
- Waris dua beradik mangsa dera dicari
- Suspek rompak, rogol jurujual diberkas
Ugut bapa guna gunting: Penyambut tetamu dipenjara Posted: Ugut bapa guna gunting: Penyambut tetamu dipenjara11/12/2012 6:12pm KUALA LUMPUR — Seorang penyambut tetamu di sebuah syarikat swasta dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengugut bapanya tiga hari lepas. Majistret Nurul"Ain Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap S.Prasath, 27, selepas dia mengaku bersalah mengugut R.Subramaniam, 75, menggunakan sebilah gunting dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada Ahad lepas. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Langgak Bukit, Jalan Pahang, Setapak, pada 6 petang 8 Disember dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.— BERNAMA |
Waris dua beradik mangsa dera dicari Posted: Waris dua beradik mangsa dera dicari11/12/2012 6:04pm KULIM — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim ingin mencari waris kepada dua beradik berusia 6 dan 8 tahun yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Pulau Pinang. Kanak-kanak itu, Ahmad Nizam Abdul Basit, 8, yang mempunyai sijil kelahiran bernombor BK43506 dan adiknya Carissa Puteri, 6, yang tidak mempunyai sijil kelahiran ditempatkan di rumah pelindungan itu setelah disyaki mangsa dera. Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Daerah Kulim, Munirah Athirah Abdul Aziz berkata, kedua-dua kanak-kanak itu ditinggalkan ibu mereka bersama seorang lelaki dipercayai penagih dadah dan ditemui petugas JKM di sebuah rumah di Lorong Selasih 6, Taman Selasih, di sini November lepas. Sehubungan itu, JKM ingin menghubungi bapa kanak-kanak itu dikenali sebagai Abdul Basit Abdul Latiff, 34, nombor kad pengenalan 780114-12-5857 berasal dari Tawau, Sabah dan kini dipercayai berada di Klang, Selangor. "Kami juga mencari ibu kanak-kanak itu iaitu Armina Shabani, nombor kad pengenalan 800215-12-5982 juga berasal dari Tawau dan tidak diketahui di mana berada sekarang ini," katanya di sini hari ini.— BERNAMA |
Suspek rompak, rogol jurujual diberkas Posted: Suspek rompak, rogol jurujual diberkas11/12/2012 6:00pm KEMAMAN — Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes rompak dan rogol seorang jurujual di Chukai di sini, awal bulan lepas. Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang pada pukul 3.35 pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata, lelaki itu ditahan berdasarkan lakaran wajah suspek yang dibuat oleh mangsa. "Suspek berasal dari Pulau Pinang dan adalah pesalah di bawah Akta Kediaman Terhad yang dibuang daerah ke Kemaman. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini. Dalam kejadian pada pukul 10.30 Ahad lepas, seorang jurujual berumur 18 tahun dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di bilik asrama— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan