Selasa, 11 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Johan tidak kongkong Nabila

Posted:

Johan tidak kongkong Nabila

Johan tidak kongkong Nabila

BEBERAPA bulan kebelakangan ini, nama pelakon Johan Ariff As'ari, 26, sering dikaitkan dengan anak legenda rock negara, Amy Search iaitu Nabila Huda. Walaupun sudah beberapa kali dinafikan oleh mereka berdua tentang soal status hubungan yang didakwa sedang bercinta itu, media tetap melabelkan Johan dan Nabila sebagai pasangan yang sedang berbunga cinta.

Bermula dengan kisah berbalas Twitter dengan ayat-ayat kasih sayang, Johan turut membela 'teman tapi mesranya' itu apabila pelakon drama Julia itu dikecam berpakaian seksi di sebuah majlis anugerah.

Johan ketika ditemui pada sidang akhbar program Fear Factor Selebriti Malaysia yang bakal disiarkan di Astro Ria pada 29 Disember ini telah meluahkan rasa tidak selesa apabila diajukan persoalan sama setiap kali berdepan dengan media.

"Tolonglah percaya kali ini... saya dengan Nabila hanya kawan baik, kami memang rapat tetapi tidak bercinta, sementara dia tiada teman lelaki lagi bolehlah kami akrab," jelasnya membetulkan persepsi bahawa dia dan Nabila sedang bercinta dan pernah putus cinta.

Tambah pelakon drama Juvana ini, dia dan Nabila sebenarnya bukan yang jenis setiap hari akan berjumpa kerana masing-masing ada komitmen kerja yang sibuk.

Johan berkata, dia dan Nabila selalunya akan berjumpa dan ramai mata-mata akan melihat kemesraan mereka pada majlis hiburan dan itu tidak bermakna mereka bercinta.

Hakikatnya, kata lelaki yang pernah dikaitkan dengan pelakon Izreen Azminda dan Fasha Sandha ini, sayangnya terhadap wanita beranak satu itu tidak lebih seperti sayangnya terhadap keluarganya sendiri sahaja.

"Saya tidak pernah kongkong Nabila, dia bebas berkawan dengan sesiapa, saya juga begitu, saya akan hormati dia jika dia ada teman lelaki, bertunang dan sebagainya suatu hari nanti," ujarnya yang mengagumi Nabila sebagai seorang dramatis yang hebat.

Johan mengakui keakraban mereka awalnya wujud selepas dia mengetahui tarikh lahir mereka berdua hanya selang sehari iaitu Nabila pada 2 Disember dan dirinya sendiri pada 3 Disember.

Kata anak kelahiran Pulau Pinang itu, dia tidak mahu lagi selepas ini ada peminat dan media salah anggap terhadap keakrabannya dengan Nabila dan dia tidak perlu lagi menjawab soal cinta atau telah putus cinta dengan pelakon berkenaan.

"Saya anggap dia macam kakak sahaja, umur kami juga berbeza beberapa tahun. Perjalanan saya masih jauh lagi dalam industri ini, lebih baik saya tumpu kepada lakonan dan bukannya benda lain," jelasnya yang turut memberitahu, Nabila banyak memberi tunjuk ajar kepadanya mengenai soal lakonan.

Bagi Johan, tahun depan merupakan tahun lebih mencabar baginya kerana empat filem lakonannya bakal menguji kemampuannya sebagai seorang anak seni dan bukannya dengan kisah cinta yang masih belum tentu hala tujunya.

"Saya harap semua faham situasi saya ini, masih banyak bakat dan peluang untuk saya tonjolkan, saya masih solo dan tidak bercinta dengan sesiapa lagi," tegasnya yang menganggap itu merupakan penjelasan terakhirnya berhubung kisahnya dengan Nabila.

Debaran 2013


JOHAN tidak selesa apabila sering ditanya tentang Nabila.


Bercerita mengenai kerjaya seninya pula, Johan menganggap tahun ini merupakan tahun yang paling sibuk buat dirinya apabila dia telah menjalani penggambaran sebanyak empat buah filem.

Filem-filem berkenaan ialah Juvana, Tokan, Pencinta dan Paku yang bakal mengukur kemampuannya di layar perak kelak. Dia menganggap dirinya bertuah apabila keempat-empat filem berkenaan menonjolkan kelainan dalam setiap watak yang diberikan.

"Dalam Tokan saya menjadi pembunuh upahan, Pencinta pula sebagai romeo dan Paku pula merupakan filem seram, tetapi sayangnya tiada filem komedi, jika ada sudah tentu sudah lengkap misi berlainan genre lakonan saya," ujarnya.

Tambahnya, semua filem yang ditawarkan diperoleh selepas memenangi Anugerah Pelakon Baru Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular tahun lalu.

"Peluang itu datang sendiri, saya bersyukur kerana kebetulan datang dalam genre yang berbeza, semua itu watak serius dan saya bersyukur kerana diberi peluang itu," jelasnya.

Namun, di sebalik kesibukannya terhadap dunia perfileman itu, Johan nekad untuk tidak sekali-kali melupakan drama yang telah mengangkat namanya sehingga dikenali iaitu drama Juvana.

Katanya, dia sedaya upaya telah mencuba untuk memenuhi keinginan produksi drama di semua stesen televisyen agar lakonannya dapat dilihat di televisyen juga.

"Saya muncul dalam drama 13 episod Udin Glamor Balik Kampung di TV2 bersama Nabila, Syahadat Cinta di TV Hijrah dan beberapa drama lagi yang akan ditayangkan nanti," ujarnya lagi.

Sisi kelakar

Sering mendapat watak lelaki serius dan nakal, Johan sebenarnya tidak pernah mengetahui bahawa dia mempunyai sisi yang kelakar.

Kata pelakon drama Cinta Elysa itu, dia bertuah sekali lagi apabila pengarah Erma Fatima telah berjaya mengorek sisi kelakarnya menerusi telemovie Tersalah Cinta yang telah disiarkan baru-baru ini.

"Saya sendiri tidak pernah tahu saya boleh berlakon drama komedi, saya betul-betul bertuah kerana Kak Erma telah korek sesuatu dalam diri yang saya sendiri tidak tahu," ujarnya.

Menganggap dirinya terhutang budi dengan Erma, Johan yang mahu terus mencuba watak komedi dalam drama dan filem kerana ia satu yang mencabar dirinya.

"Saya seronok berlakon dalam telemovie itu, selepas ini kalau ada lagi tawaran seperti itu sudah tentu saya akan terima," tambah bekas pelajar sekolah pondok di Pesantren As-Syhada, Jambi, Indonesia ini.

Danny berhenti makan nasi

Posted:

Danny berhenti makan nasi

Danny berhenti makan nasi

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


DANNY mengakui dia mengamalkan diet pemakanan selepas berat badannya pernah mencecah 85kg.


WALAUPUN telah mendirikan rumah tangga pada 16 September tahun lalu, pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini masih lagi menanti berita gembira untuk memiliki cahaya mata.

Mohd. Khardanie Anwa, 32, atau Danny X-Factor yang telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari Zaidatul Norfazlin Zakaria, 26, mengatakan dirinya cemburu dengan penyanyi Tomok dan pelawak terkenal Nabil.

Cemburu terhadap kedua-dua selebriti itu sebenarnya bukan disebabkan populariti yang dikecapi mereka, sebaliknya kerana ketiga-tiga mereka berkahwin pada tahun yang sama. Tomok dan Nabil kini sudah mempunyai cahaya mata.

Tidak kecewa kerana masih belum mempunyai cahaya mata walaupun teringin memiliki anak sendiri, Danny mengakui kesibukan dia dan isterinya mungkin penyebab dia masih belum mempunyai anak.

Danny juga mengakui dirinya tidak popular seperti dahulu, namun dia menjelaskan dirinya masih sibuk dengan dunia seni walaupun di belakang tabir sahaja.

Bakal muncul dengan program realiti game show seram tempatan pertama yang dirakamkan pada waktu malam iaitu Panik pada 2 Januari depan di ntv7, dia menjelaskan mengenai kerjaya seninya dan harapan mempunyai zuriat sendiri.

Kosmo!: Adakah Danny bakal bergelar bapa tidak lama lagi?

DANNY: Belum lagi, kami masih belum ada rezeki.

Adakah anda dan isteri merancang?

Kami tidak pernah merancang sebaliknya kami belum ada rezeki, mungkin sebab kesibukan isteri saya sebagai pramugari dan dia berada di Mekah atas urusan kerja selama tiga bulan baru-baru ini.

Bilakah sasaran anda untuk mempunyai cahaya mata?

Sekarang saya dan isteri tidak terlalu sibuk, kami rancang tahun depan, insya-Allah mungkin kami ada rezeki, saya sudah suruh dia (Zaidatul) berdoa di Mekah ketika dia kerja di sana baru-baru ini.

Jika mempunyai anak nanti, Danny mahukan anak lelaki atau perempuan?

Saya tidak kisah jantinanya tetapi suka anak perempuan, orang tua cakap kalau anak perempuan dia akan rapat dengan bapanya. Saya memang suka kanak-kanak.

Tentang karier seni anda pula, kenapa Danny kini sudah kurang berlakon?

Saya masih berlakon tetapi banyak kerja di belakang tabir. Saya ada syarikat sendiri dan bekerja dengan orang lain juga. Banyak tawaran saya tolak juga sebab sibuk dengan kerja sendiri.

Apakah perkembangan anda sekarang selain berlakon dan bekerja di belakang tabir?

Saya merupakan Timbalan Presiden Kelab Sukan Artis Malaysia, ia ditubuhkan bagi merapatkan hubungan sesama artis di samping dapat bersukan.

Bolehkah Danny berkongsi mengenai berat badan anda yang agak susut berbanding ketika majlis perkahwinan anda dahulu?

Ketika saya berkahwin tahun lepas, berat saya 85 kilogram (kg), paling berat dalam sejarah berat badan saya. Sekarang ia menurun kepada 76kg. Sasaran saya sekarang ini menurunkan lagi kepada 70kg. Saya lakukannya dengan berhenti makan nasi dan kembali aktif bersukan.

Aamir Khan mahu jumpa hantu

Posted:

Aamir Khan mahu jumpa hantu

Aamir Khan mahu jumpa hantu


SEBUAH istana lama yang terletak di bandar berhantu Bhangarh di Rajasthan, India.


AAMIR KHAN yang baru muncul dengan filem seram terbaharu lakonannya, Talaash berikrar mahu bertemu dengan hantu sebenar.

Bagi merealisasikan impiannya itu, Aamir merancang untuk berkunjung ke sebuah bandar berhantu di negeri Rajasthan iaitu Bhangarh.

Menurut laporan agensi berita India, IANS, Aamir bakal sampai ke Jaipur pada pagi Khamis ini sebelum meneruskan perjalanan ke Bhangarh yang terletak 80 kilometer dari Jaipur.

Ujar sumber: "Aamir Khan sememangnya sangat teruja untuk mengunjungi Bhangarh secepat mungkin."

Menurut cerita legenda, Bhangarh merupakan sebuah bandar yang telah disumpah dan ia merupakan salah satu tempat paling berhantu di India.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved