Selasa, 11 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Norma kebanggaan wanita Malaysia

Posted:

Norma kebanggaan wanita Malaysia

Norma kebanggaan wanita Malaysia

Oleh NORMALA HAMZAH
rencana@kosmo.com.my

ANUGERAH Wanita Ikon dianjurkan oleh majalah Wanita untuk menghargaidan mengangkat kaum Hawa negara ini.


WANITA Malaysia hari ini bukan sahaja berkarisma dan bijak dalam penampilan, bahkan mereka tahu mencorak masa depan dalam membuat keputusan.

Kecemerlangan itu jelas membuktikan bahawa peranan kaum Hawa tidak lagi terhad di rumah, malah suara mereka juga semakin didengari dalam menuntut hak.

Justeru, kaum wanita selayaknya diangkat sebagai golongan yang sentiasa berjuang untuk meletakkan diri mereka di tempat paling tinggi sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

"Wanita Malaysia pada hari ini sudah melangkah jauh dalam bidang pendidikan, perniagaan dan politik. Mereka juga antara golongan yang terbaik di dunia dalam menangani isu-isu wanita sama ada di dalam negara atau di peringkat global," kata bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Siti Norma Yaacob yang dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Ikon 2012 sempena Malam Gala Anugerah Wanita Ikon 2012 baru-baru ini, baru-baru ini.

Anugerah Wanita Ikon anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) bertujuan mengiktiraf peranan wanita muda dalam pembangunan negara meliputi pelbagai bidang. Anugerah Wanita Ikon pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007.

Sambil mengakui peranan wanita semakin mencabar, Norma berkata, wanita adalah golongan yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kemajuan diri dan berusaha sedaya yang boleh untuk mendapatkan apa yang mereka idamkan.

"Saya berharap anugerah yang saya terima ini akan menjadi teladan dan mentor kepada wanita lain terutamanya generasi muda yang masih berkhidmat serta menyumbang kepada masyarakat dan negara,'" jelas Norma.

Sebagai contoh, peningkatan jumlah pelajar wanita di universiti amat ketara sejak akhir-akhir ini dengan bilangan yang naik ke pentas menerima ijazah lebih tinggi berbanding lelaki.

Statistik tersebut juga dapat disaksikan dalam jurusan undang-undang di kebanyakan universiti.

"Pada zaman saya, tidak ramai pelajar wanita yang berjaya belajar di universiti berbanding sekarang. Peluang untuk wanita menceburi jurusan undang-undang kini terbuka luas dan ia tidak harus dibiarkan berlalu begitu sahaja," tambahnya.

Meskipun dibelenggu kesibukan kerjaya, Norma tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Mengakui beliau enggan terbuka bercerita tentang hal keluarga kepada masyarakat umum atas faktor keselamatan, beliau gembira dengan kehidupan yang dilalui bersama keluarganya.

"Suami, anak menantu dan cucu cukup mesra dengan saya. Alhamdulillah, keluarga amat memahami tugas saya," ujarnya.

Menyentuh tentang kecanggihan teknologi pada hari ini, Siti Norma mengakui meskipun ia penting, namun teknologi memupuskan beberapa perkara penting yang menjadi amalan dalam tugas seharian. Misalnya kata beliau, menulis surat.

Hari ini, jelas Norma agak sukar mencari individu yang mahir menulis surat rasmi kerana rata-rata generasi muda terbiasa menghantar mesej ringkas dengan perkataan yang semakin singkat dan sukar difahami maksudnya.

Biarpun sudah bersara Norma masih aktif bekerja dan melakukan tugasan yang diamanahkan kepadanya.

Tokoh Wanita Ikon itu juga masih kuat dan bertenaga serta sering meluangkan masa untuk bersenam dan berjoging setiap hari bagi menjaga kesihatannya.

"Saya pantang dengan makanan, tetapi amalkan pemakanan sihat sebagai cara menjaga kesihatan," ujarnya yang menyukai lauk kampung.

Dalam majlis gilang-gemilang itu, Adillah Ahmad Nordin, 43, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Wanita Ikon 2011/12. Beliau menewaskan empat finalis lain.

Hadiah telah disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Majalah UKSB, Badrul Azhar Abdul Rahman dan Pengarang Majalah Wanita, Normala Hamzah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved