Ahad, 9 Disember 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi sukar

Posted:

Misi sukar

Misi sukar

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD.YADI
sukan@kosmo.com.my

Farizal (kiri) tenang menyelamatkan percubaan daripada penyerang Thailand pada separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


PENTAS final kempen Piala Suzuki AFF 2012 sepatutnya sudah lama dijejaki Harimau Malaya.

Namun, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal sebaliknya memilih jalan sukar apabila sekadar seri 1-1 dengan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Biarpun berjaya mendahului menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48, kealpaan benteng per tahanan negara akhirnya dihukum Teerasil Dangda yang bijak menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-79.

Dengan keputusan itu, hasrat Harimau Malaya mem pertahankan kejuaraan juga dilihat semakin samar lantaran peraturan gol di tempat lawan kini memihak kepada Thai land menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok Khamis ini.

Apa sudah jadi Harimau Malaya? Tampil dengan aksi kurang bermaya seolah-olah sudah memenangi perlawanan pada pertengahan babak kedua sememangnya sukar di terima akal.

Percaturan Rajagobal yang bertindak menukar formasi asal daripada 4-5-1 kepada 4-4-2 dengan memasukkan Mohd. Safee Sali dan S. Kunanlan pada minit ke-74 biarpun Thailand sedang ghairah menyerang, juga mengundang persoalan ramai pihak kerana ia jelas menjerat diri sendiri.

Benar, Harimau Malaya masih ada 90 minit lagi untuk diharungi di Bangkok nanti.

Namun, sudah tentu ia jauh lebih mudah seandainya Harimau Malaya tidak kehilangan fokus sehingga akhirnya dihukum Thailand malam tadi.

Terdahulu, karakter selaku juara bertahan kembali di pamerkan pemain skuad negara sepanjang babak pertama apabila tenang menyerap asakan jentera serangan Thailand, sesuatu yang cukup berbeza berbanding semasa meng harungi saingan peringkat kumpulan sebelum ini.

Cuma pada masa sama, beberapa pemain negara dilihat sedikit leka setiap kali Gajah Putih mendapat sepakan percuma, dan ia nyaris dihukum lawan apabila percubaan jarak jauh Adul Lahsoh pada minit ke-11 berjaya ditepis penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Peluang terbaik tuan rumah yang kembali mengatur gerakan bagi memecah kebuntuan hadir pada minit ke-19 namun Azamuddin Akil gagal menyambut kemas hantaran jauh Bunyamin biarpun penjaga gol Thailand, Kawin Tham satchanan telah pun tertewas.

Sorakan lebih 85,000 penyokong tuan rumah akhirnya bergemuruh tiga minit selepas babak kedua bersambung apabila Norshahrul tenang menanduk masuk hantaran can tik Mahalli Jasuli yang melepasi jangkauan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Di sinilah 'malapetaka' Malaysia bermula. Pemain Ha rimau Malaya mula mengendurkan asakan sebaik memecah kebuntuan sehingga menyebabkan anak-anak buah Winfried Schafer kembali menguasai perlawanan.

Hasilnya, Teerasil yang tidak dikawal ketat berjaya me lakukan tandukan kencang, melepasi jangkauan Farizal yang sedikit terkeluar daripada posisi pada minit ke-79 sekali gus melenyapkan sorakan penyokong negara.

'Sudah terhantuk baru terngadah'. Harimau Malaya yang kembali bangkit melancarkan asakan selepas itu teruta manya percubaan Safee dan Gary Steven Robbat juga dilihat sudah terlewat untuk sekurang-kurangnya memburu be kalan selesa sebelum bertandang ke Bangkok nanti.

Singapura tertekan

Posted:

Singapura tertekan

Singapura tertekan


BENNETT (dua dari kanan) bertekad tidak akan memberi laluan mudah kepada Filipina pada aksi di Singapura, Rabu ini.


MANILA - Juara tiga kali, Singapura kini jelas tertekan untuk memburu slot ke final kempen Piala Suzuki AFF 2012 apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika berdepan Filipina di Stadium Memorial Rizal di sini malam kelmarin.

Biarpun memiliki begitu banyak peluang keemasan, ia disia-siakan anak-anak buah Radojko Avramovic sehingga terpaksa menunggu lebih lama pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura, Rabu ini untuk menempah slot ke final.

Namun, tonggak pertahanan Singapura, Daniel Bennett percaya rakan-rakan sepasukannya tidak akan memberikan laluan mudah kepada The Azkals pada aksi separuh akhir kedua nanti.

"Peraturan gol di tempat lawan sememangnya tidak memihak kepada kami, jadi kami perlu memburu gol awal di Stadium Jalan Besar nanti.

"Kami dilihat memiliki begitu banyak peluang keemasan tetapi gagal menjaringkan gol.

"Memang sukar berdepan pasukan yang memiliki fizikal yang lebih baik seperti Filipina tetapi mereka juga tertekan seperti mana kami.

"Kami akan menanti mereka di Singapura, jadi kami tidak akan memberikan laluan yang mudah buat mereka," kata Bennett.

Dalam pada itu, Avramovic juga tidak dapat mengesahkan sama ada dapat menggunakan khidmat perancang tengah, Shi Jiayi pada aksi separuh akhir kedua nanti.

Jiayi sebelum ini terpaksa diketepikan Avramovic pada aksi separuh akhir pertama kerana berdepan masalah keluarga.

"Saya belum pasti, saya harap dia (Jiayi) dapat kembali memperkuatkan kami," kata Avramovic.

Misi buru emas di Laos bermula

Posted:

Misi buru emas di Laos bermula

Misi buru emas di Laos bermula


BARISAN atlet negara yang menggalas cabaran pada AUG 2012 di Laos hari ini.


MISI kontinjen Malaysia pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012 bermula sebaik menjejakkan kaki di Vientiane, Laos kira-kira pukul 10.10 pagi waktu tempatan semalam.

Skuad bola sepak, terjun, sepak takraw dan ping pong merupakan yang pertama tiba bagi menghadapi temasya yang memasuki edisi ke-16 itu tahun ini.

Pegawai perhubungan kontinjen Malaysia, Nur Ekmal Buhary berkata, semangat berpasukan yang ditunjukkan atlet-atlet negara pada AUG kali ini cukup berbeza dan sudah bersedia untuk merealisasikan matlamat meraih 36 pingat emas seperti mana yang diletakkan sebagai sasaran.

"Seperti yang kita dapat lihat, sebahagian daripada kontinjen negara sudah tiba di Laos hari ini (semalam). Kita merupakan kontinjen terbesar yang tiba awal untuk AUG kali ini.

"Saya dimaklumkan oleh pengurus dan jurulatih pasukan, atlet-atlet negara memang sudah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi temasya kali ini. Lagipun, semangat berpasukan yang ditunjukkan mereka sangat berbeza berbanding edisi-edisi sebelum ini.

"Ini mungkin disebabkan kita menyertai hampir kesemua 17 acara yang dipertandingkan. Jadi, saya harap kontinjen negara mampu melakar kejayaan yang cemerlang di sini (Laos)," kata Ekmal ketika ditemui pemberita di perkampungan atlet di Universiti Kebangsaan Laos semalam.

Diminta mengulas mengenai persiapan Laos selaku tuan rumah bagi, Ekmal berkata: "Kontinjen Malaysia memang berpuas hati dengan persiapan dan layanan yang diberikan.

"Mereka (Laos) nampaknya memang serius dalam melakukan persiapan bagi menjadi tuan rumah AUG kali ini."

Acara pertama yang membabitkan kontinjen negara adalah bola sepak.

Skuad bola sepak negara akan memulakan kempen kali ini menentang tuan rumah, Laos untuk aksi Kumpulan B esok. Selain Laos, Malaysia turut diundi bersama Singapura.

Pada temasya kali ini, kontinjen negara meletakkan sasaran untuk membawa pulang 36 pingat emas, 24 perak dan 32 gangsa dari bumi Laos.

Upacara pembukaan AUG 2012 akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara, Vientiane, Laos, Rabu ini.

Atlet terjun wanita negara, Leong Mun Yee telah dipilih sebagai pembawa bendera kontinjen Malaysia pada AUG kali ini.

Kontinjen Malaysia dibarisi 306 atlet selain 133 pegawai pada temasya dwitahunan itu.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam kesemua 17 acara sukan yang dipertandingkan.

Sebagai rekod, pada edisi ke-15 di Chiangmai, Thailand dua tahun lalu, kontinjen negara berjaya melepasi sasaran 24 pingat emas apabila meraih 37 emas, 36 perak dan 44 gangsa.

Ia merupakan pencapaian terbaik kontinjen Malaysia sejak temasya itu berlangsung di luar negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved