Khamis, 20 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kisah menarik dua kembar di MTD

Posted:

Kisah menarik dua kembar di MTD

Kisah menarik dua kembar di MTD

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

ALEX (tengah) bersama anak kembarnya, Yie Yang (dua dari kanan) dan Yie Hong (kiri) berserta isteri, May Hwong dan anak sulung, Yie Hahn selepas perbarisan Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 35 tahun lalu, seorang remaja, Alex Hwong Jong Haur bersama adik kembarnya, Jeff Hwong Jong Jye nekad mengharungi cabaran di Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Sungai Besi di sini bagi melatih diri menjadi insan yang berdisiplin.

Menariknya, semalam anak kepada Alex, yang juga sepasang kembar, Hwong Yie Hong dan Hwong Yie Yang, 17, berjaya menamatkan pengajian di maktab yang sama.

Alex yang tinggal Tropicana, Damansara dan kembarnya, Jeff Hwong Jong Jye, kini 51, memasuki MTD pada tahun 1977 dan mereka menamatkan pengajian pada tahun 1980 sebelum diikuti oleh anak kembarnya yang menyertai MTD pada tahun lalu.

Selain kembar itu, dua lagi anak Alex iaitu Yie Hahn, 22, dan Yie Chern, 19, bagai meneruskan legasi bapa mereka apabila masing-masing turut belajar di maktab berkenaan pada tahun 2003 dan 2009.

Alex yang berasal dari Pontian, Johor kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Asia Tenggara Wilo SE iaitu syarikat perpaipan dari Jerman. Alex memberitahu, beliau memilih untuk belajar di MTD 35 tahun lalu kerana ia tempat yang sesuai untuk melatih dirinya menjadi seorang berdisiplin.

Kembarnya, Jeff pula kini bertugas sebagai Pengarah Pemasaran (Asia Tenggara) syarikat Huawei dan tinggal di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Menurut Alex, MTD selaku sebuah maktab yang berprestij di negara ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendidik diri tetapi semua anaknya memohon untuk belajar di situ atas kehendak sendiri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buaya tembaga ancam penduduk

Posted:

Buaya tembaga ancam penduduk

Buaya tembaga ancam penduduk

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my


SALAH seekor buaya tembaga yang muncul di Sungai Lubak Bodoh berhampiran Taman Semariang Aman, Kuching semalam.


KUCHING – Seramai 2,000 penduduk di Taman Semariang Aman di sini hidup dalam ketakutan berikutan tiga ekor buaya tembaga kerap muncul di Sungai Lubak Bodoh di sini sejak seminggu.

Meskipun tiada kes serangan reptilia lebih empat meter itu terhadap masyarakat setempat setakat ini namun kehadiran haiwan itu tetap menjadi ancaman.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Dendy, 44, berkata, dia sering melihat kelibat sang bedal itu 'bermain-main' di tepi sungai berkenaan terutamanya ketika air pasang dan surut.

Lebih menarik, ceritanya, dia pernah ternampak seekor buaya melompat keluar dari permukaan sungai ketika cuba memakan umpan daging yang diikat oleh pemancing pada sebatang kayu.

"Saya tidak menjangkakan perkara seperti ini berlaku. Pada mula saya tidak dapat percaya namun buaya itu berada begitu hampir dengan saya.

"Jadi, apa yang kita bimbang adalah keselamatan kaki pancing dan kanak-kanak yang gemar memancing di tepi sungai berkenaan khususnya pada musim cuti sekolah ini," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia bina lebuh raya di India

Posted:

Malaysia bina lebuh raya di India

Malaysia bina lebuh raya di India


NAJIB (kiri) berbual dengan Manmohan semasa membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri India itu di Panchavali, New Delhi semalam.


NEW DELHI – Kerajaan India akan memberi dua projek pembinaan lebuh raya di Tamil Nadu kepada syarikat Malaysia mengikut perjanjian antara kerajaan.

Pada 2010, Malaysia dan India menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pembangunan dan pengurusan lebuh raya tersebut.

"Saya telah maklumkan bahawa pada peringkat yang pertama kita telah dapat menguatkuasakan MoU tersebut, tetapi peringkat kedua dari segi penyampaian projek belum lagi dapat menjadi kenyataan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dua hala dengan Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh sempena sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-India selama dua hari bermula semalam.

Katanya, Perdana Menteri India telah memberi kesanggupan dan komitmen bahawa beliau mengambil langkah positif untuk merealisasikan fasa kedua MoU tersebut dengan memberi peluang kepada syarikat Malaysia mengambil bahagian dalam dua projek lebuh raya di Tamil Nadu.

Semasa ditanya mengenai lokasi projek tersebut, Najib berkata:

"Pengenalan projek dan syarikat akan dilakukan kemudian. Butir akan diumumkan kemudian apabila disahkan secara rasmi."

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved