Jumaat, 21 Disember 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nelydia sedia bersaing

Posted:

Nelydia sedia bersaing

Nelydia sedia bersaing

PENGLIBATAN Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen sebagai seorang pelakon boleh dikira sudah agak lama.

Pelakon jelita mula dikenali sejak membintangi drama bersiri Spa Q kira-kira lima tahun lalu. Kemudian namanya seperti tenggelam timbul kerana agak jarang muncul di kaca televisyen.

Meskipun dia dilihat mempunyai bakat yang cukup besar dalam bidang lakonan, namun namanya masih kurang menjadi sebutan dan tidak terlalu menyinar berbanding beberapa pelakon wanita yang lain.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang diadakan di Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Nelydia mengakui dirinya masih belum lagi menyerlah.

"Kalau diikutkan penglibatan saya dalam bidang seni, lima tahun merupakan satu tempoh yang cukup lama. Lagipun peminat memang mengenali saya sejak membintangi drama Spa Q dahulu.

"Selepas drama tersebut saya ada berlakon dalam beberapa buah drama lain, tetapi ia kurang memberi impak kepada diri saya. Jadi, saya akui masih kurang popular, meskipun sudah lama menceburi bidang lakonan," ujar anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik itu.

Selain itu, Nelydia turut menjelaskan antara faktor utama yang menyebabkan dirinya agak sukar untuk mengecap populariti kerana statusnya sebagai pelajar sekolah sebelum ini.

Ujarnya, disebabkan itu dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan yang diterima memandangkan terpaksa memberi sepenuh tumpuan terhadap persekolahannya.

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu, saya sudah kembali aktif berlakon. Beberapa bulan kemudian saya kembali menyambung pelajaran semula menyebabkan saya kurang berlakon.


FAKTA menarik tentang Nelydia yang sering membawa karakter wanita matang ini ialah dia sebenarnya baru berusia 18 tahun.


"Ketika ini saya cuma berlakon sewaktu cuti semester dan hanya menerima satu tawaran supaya senang untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada lakonan," jelas penuntut semester dua jurusan Psikologi dari Kolej Universiti SEGi, Kuala Lumpur.

Ditanya adakah dia tidak kisah apabila namanya sehingga kini masih kurang popular meskipun sudah lama bergelar pelakon, Nelydia menjelaskan dia tidak terlalu mementingkan populariti.

Menurutnya, dia menceburi bidang lakonan bukan kerana mahu popular, sebaliknya dia memang begitu minat berlakon dan menganggap lakonan merupakan sebahagian daripada jiwanya.

"Ada segelintir pihak yang beranggapan sekiranya mahu cepat popular mereka perlu dikaitkan dengan kisah kontroversi, tetapi rasanya dengan cara sebegitu ia tidak akan kekal lama.

"Saya lebih selesa dengan keadaan sekarang ini tanpa terpalit dengan sebarang cerita negatif. Tidak semestinya pelakon yang kurang popular jarang dapat tawaran berlakon kerana semuanya bergantung pada rezeki masing-masing," ujarnya.

Lebih dewasa

Bagi penonton yang selalu melihat kemunculan Nelydia di kaca TV, pastinya mereka akan menyangka pelakon itu sudah berusia sekitar 24 atau 25 tahun.

Namun begitu, pada hakikatnya pelakon berkenaan baru sahaja mencecah 18 tahun.

"Sebenarnya saya tiada masalah membawakan karakter wanita yang berbeza daripada usia sebenar, malah saya juga pernah mendapat tawaran memegang watak sebagai seorang ibu," ujarnya.

"Berkenaan dengan sesuatu watak saya memang tidak pernah terlalu memilih, tetapi saya hanya akan bersetuju sekiranya sudah yakin membawakan watak yang diberikan," katanya.


BARISAN karyawan drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang menampilkan Nelydia Senrose dan Amar Ashraf sebagai tonggak utama.


Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya dalam Setia Hujung Nyawa pula, Nelydia memberitahu, dia diberikan kepercayaan memegang watak seorang gadis remaja yang baru tamat alam persekolahan.

Melakonkan peranan gadis bernama Ersalina, pelakon itu menyatakan watak yang dibawakannya itu berbeza dengan lakonannya sebelum ini iaitu seorang remaja yang sudah terlanjur dengan bekas kekasihnya.

"Dalam drama ini saya merupakan seorang remaja yang naif dan baru tamat sekolah, tetapi terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali iaitu Zain Hakimi (lakonan Amar Ashraf).

"Walaupun saya menjadi seorang gadis remaja yang memang sesuai dengan usia sekarang, watak sebagai Ersalina agak berat dan memerlukan penghayatan yang mendalam," jelasnya.

Mengenai gandingannya bersama Amar dalam drama berkenaan, pelakon itu berkata tidak sukar untuk mencari keserasian bersama dan mereka akan berbincang terlebih dahulu sebelum melakonkan babak yang membabitkan kedua-duanya.

"Sepanjang berlakon bersamanya memang tiada masalah besar yang timbul kerana kami selalu berkomunikasi, malah saya juga sudah menganggapnya seperti seorang abang," ujarnya.

Bronson Pelletier ditahan polis

Posted:

Bronson Pelletier ditahan polis

Bronson Pelletier ditahan polis


KES dadah Bronson Pelletier bakal dibicarakan di mahkamah menjelang 17 Januari tahun depan.


JIKA disebut nama Bronson Pelletier, pasti ada yang tidak mengenali dirinya. Namun, apabila dia dikaitkan dengan siri filem pecah panggung, Twilight, mungkin ada yang mengingati kelibat aktor kacak ini dalam naskhah lakonan utama Kristen Stewart, Robert Pattinson dan Taylor Lautner itu.

Pelletier yang melakonkan karakter manusia serigala yang juga rakan kepada watak Jacob Black lakonan Lautner itu dilaporkan telah ditahan polis baru-baru ini. Ia ekoran insiden aktor itu didapati membawa ubat-ubatan terlarang di West Hollywood, California, Los Angeles.

Menurut laporan TMZ.com, pemuda berusia 25 tahun itu ditangkap ketika ingin menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Pihak polis terpaksa menahan Bronson yang dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sehingga siasatan terperinci dilakukan terhadapnya.

Ujar sumber: "Ternyata Bronson Pelletier ketika itu berada di bawah pengaruh dadah. Selain melawan pihak polis, dia juga sempat membuang air kecil di pagar lapangan terbang tersebut."

Tambah laporan tersebut, Bronson ketika ini masih dalam tahanan polis kerana dia memang terbukti bersalah. Kes tersebut bagaimanapun hanya akan dibicarakan pada 17 Januari tahun depan.

bakal berwajah baharu

Posted:

<i>Imam Muda</i> bakal berwajah baharu

Imam Muda bakal berwajah baharu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


BARISAN 'produk' keluaran program Imam Muda selama tiga musim (dari kiri), Imam Muda Nasir, Imam Muda Megat, Imam Muda Hizbur dan Imam Muda Muhammad Khairul Azhar dan Imam Muda Syed Mohd. Faris.


PROGRAM pencarian bakat imam dalam kalangan generasi muda, Imam Muda telah mencipta fenomena luar biasa apabila ia mendapat sambutan penonton setiap lapisan masyarakat tempatan mahupun di luar negara.

Musim pertama dan kedua program realiti yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) itu pernah mendapat liputan meluas daripada media luar negara terutama di Switzerland dan Jerman.

Namun apabila Imam Muda memasuki musim ketiga, program realiti itu mula hilang 'sengat'nya.

Imam Muda 3 dilihat hambar dari segi sambutannya malah juaranya, Jabbar Mohammed Kahar yang dinobatkan kemenangannya pada Ogos lalu juga dilihat tidak begitu menyerlah berbanding juara musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan dan juara musim kedua, Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza.

Persoalan itu diajukan kepada beberapa peserta Imam Muda daripada musim pertama dan ketiga ketika mereka ditemui pada program Munajat Palestin bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan anjuran syarikat Anugerah International Sdn. Bhd. (Anugerah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut salah seorang peserta Imam Muda 3, Syed Mohd. Faris Syed Roslan, musim ketiga Imam Muda hambar mungkin disebabkan waktu siarannya yang bertembung dengan siaran beberapa program ketika itu yang lebih menepati selera penonton.

"Imam Muda 3 ditayangkan sama waktunya dengan penyiaran perlawanan bola sepak Euro 2012, Sukan Olimpik dan juga waktu orang mengerjakan solat Tarawih pada bulan Ramadan. Mungkin disebabkan tiga faktor itu tidak ramai yang menonton Imam Muda 3," ujarnya.

Ujar pula pemenang tempat kedua Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, Imam Muda 3 kurang mendapat sambutan orang ramai mahupun liputan luas daripada media kerana konsep yang digunakan sama dan tiada pembaharuan.

"Musim pertama dan kedua Imam Muda mendapat kerjasama dengan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Ketika itu, banyak tugasan mencabar yang perlu dilalui peserta seperti menguruskan jenazah tetapi untuk musim ketiga Astro tidak lagi bekerjasama dengan JAWI, jadi tiada lagi tugasan-tugasan mencabar seperti menguruskan jenazah kerana sukar untuk mendapatkan kelulusan mengambil mayat.

"Mungkin disebabkan ia tidak nampak mencabar dan menarik, maka Imam Muda musim ketiga kurang menarik minat penonton," jelasnya.

Sekadar berkongsi pandangan, Muhammad Khairul Azhar Ghazali daripada Imam Muda musim pertama, berharap agar program realiti TV itu mencipta pembaharuan dari segi format dan jalan ceritanya apabila memasuki musim keempat nanti.

"Kami daripada kelab Imam Muda seramai 30 orang ada berbincang mengenai perkara ini. Kalau boleh Imam Muda musim keempat nanti dibuat dengan lebih dekat kepada penonton.

"Contohnya, dengan memaparkan visual kehidupan sebenar peserta Imam Muda. Kalau dia gembala kambing, paparkan visualnya sedang mengembala kambing," ungkapnya.

Munajat Palestin

Dalam pada itu, program Munajat Palestin bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan buat julung-julung kalinya telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Program anjuran syarikat Anugerah International Sdn. Bhd. (Anugerah) dengan kerjasama akhbar Kosmo! itu diadakan bertujuan membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis dengan melakukan solat hajat dan bacaan yasin beramai-ramai.

Solat hajat pada malam itu telah diimamkan oleh Imam Muda Amiril Md. Banin. Sementara, bacaan yasin pula diketuai Imam Muda Mohd. Hassan Adli Yahaya manakala Imam Muda Abdul Jabbar Mohammed Kahar bertindak sebagai imam solat Isyak.

Selain solat hajat dan bacaan yasin, program itu turut diserikan dengan gerai jualan produk Anugerah seperti air mineral yang mengandungi bacaan 30 juzuk al-Quran, ubat-ubatan dan produk-produk kesihatan lain.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved