Kosmo Online |
- Lelaki nyaris maut ditembak di hadapan rumah
- Zulfahmi ”Pelumba Paling Meningkat 2012”
- 76 mahkamah alam sekitar sudah diwujudkan
Lelaki nyaris maut ditembak di hadapan rumah Posted: Lelaki nyaris maut ditembak di hadapan rumah09/11/2012 11:25pm KULIM – Seorang lelaki nyaris maut ditembak tiga das sementara rakannya luka parah ditetak dalam satu pergelutan dengan dua lelaki di Taman Selasih, di sini hari ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kedah, Supt Law Tiang Huat berkata, serangan itu dipercayai bermotif hutang berkaitan perniagaan, antara mangsa dan penyerang. Katanya, dua lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak datang ke rumah mangsa berumur 29 tahun kira-kira pukul 1.30 tengah hari. "Kenderaan penyerang dipercayai mengguna plat nombor palsu tiba di rumah mangsa yang kebetulan keluar menyambut ketibaan seorang rakannya. "Seorang daripada penyerang tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan tetapi tidak mengenai sasaran. "Rakan mangsa cuba menolong namun diserang seorang lagi lelaki dengan parang menyebabkan siku kanan dan lutut kirinya luka namun tidak parah," kata Law kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini. – BERNAMA |
Zulfahmi ”Pelumba Paling Meningkat 2012” Posted: Zulfahmi "Pelumba Paling Meningkat 2012"09/11/2012 11:23pm KUALA LUMPUR – Pelumba tunggal negara dalam kategori Moto3, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, dinamakan sebagai pemenang anugerah "Pelumba Paling Meningkat 2012" dalam kategori tersebut. Pemilihan untuk anugerah tersebut dilakukan oleh laman rasmi Kejuaraan MotoGP Dunia, www.motogp.com., menerusi program pemilihan "After the Flag" setiap tahun. "Saya memang sangat berbangga untuk menerima anugerah ini. Ia adalah satu pengiktirafan besar atas usaha saya tahun ini dan ia pasti akan mendorong saya untuk bekerja lebih gigih dalam mencapai matlamat untuk menjadi pelumba utama bertaraf dunia. "Anugerah ini juga akan pasti meningkatkan keyakinan saya untuk musim depan," kata pelumba pasukan AirASia-SIC-Ajo Racing seperti dipetik dalam laman rasmi Sepang International Circuit (SIC), www.malaysiangp.com.my. Pelumba berusia 21 tahun, yang berasal dari Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor, menceburi dunia MotoGP sebagai pelumba "wildcard" dalam acara 125cc pada MotoGP Grand Prix Malaysia pada 2009. – BERNAMA |
76 mahkamah alam sekitar sudah diwujudkan Posted: 76 mahkamah alam sekitar sudah diwujudkan09/11/2012 11:21pm KUALA LUMPUR – Mahkamah Alam Sekitar yang akan mendengar kes-kes berkaitan alam sekitar dan persekitaran telah diwujudkan di seluruh negara sejak 3 September lepas, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria. Beliau berkata, sehingga kini terdapat 76 buah Mahkamah Sesyen dan Majistret akan bertindak sebagai Mahkamah Alam Sekitar. Badan kehakiman juga kini giat melatih hakim dan majistret mengendalikan kes berkaitan dengan alam sekitar bagi menyediakan mereka dalam aspek prosiding serta penetapan hukuman, katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Seminar Kebangsaan Mengenai Mahkamah Alam Sekitar 2012" di sini hari ini. "Hakim dan majistret yang mengendalikan kes alam sekitar ini juga akan mengendalikan kes lain, tetapi pengkhususan mereka adalah kes-kes tertentu yang melibatkan alam sekitar," tambahnya. Beliau berkata, negara jiran seperti Thailand dan Indonesia telah pun mewujudkan mahkamah sedemikian lebih awal berbanding Malaysia tetapi ia belum terlewat untuk melaksanakannya di sini. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan