Kosmo Online |
- Anak bekas ahli parlimen parah ditetak
- Amir Mustafa juara GP Kebangsaan Sirkit Perak
- Syarikat rokok digesa bantu penanam tembakau
Anak bekas ahli parlimen parah ditetak Posted: Anak bekas ahli parlimen parah ditetak04/11/2012 8:54pm KUALA LUMPUR — Anak lelaki bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Kelantan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga lelaki yang menyerangnya berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt. Othman Abu Bakar berkata, dalam kejadian 10.30 pagi ini, anak kepada Wan Mohd. Najib Wan Mohamad iaitu Wan Mohd. Faizal, 24, cedera di bahagian belakang kepala, tengkuk dan tangan. "Ketika kejadian, mangsa berjalan bersendirian melalui deretan kedai makan sebelum dia diserang tiga lelaki terbabit manakala salah seorang daripada suspek telah bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang. "Mangsa kemudiannya berjalan ke sebuah kedai makan untuk meminta pertolongan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program keselamatan jalan raya 'Reuniting Families-Child Safety Road Show' di sini hari ini. Motif kejadian masih lagi disiasat, katanya.— BERNAMA |
Amir Mustafa juara GP Kebangsaan Sirkit Perak Posted: Amir Mustafa juara GP Kebangsaan Sirkit Perak04/11/2012 7:25pm KUALA LUMPUR — Pelumba berbasikal lebuh raya negara, Amir Mustafa Rusli meraih kejuaraan pada perlumbaan Grand Prix Kebangsaan Sirkit Perak (GP Perak) sejauh 202.5 kilometer di Mutiara Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini. Menurut Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam satu kenyataan, Amir Mustafa menamatkan saingan dengan masa empat jam, 44 minit dan 24 saat dan diikuti pelumba pelapis kebangsaan, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri dengan catatan masa 4:45:11s. Amir Mustafa, yang mewakili pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), memanfaatkan pengalaman beraksi di Sukan Olimpik 2012 dan Kejohanan Lebuh Raya Sedunia 2012 untuk muncul juara. "Saya sudah biasa berlumba pada jarak lebih 200km. Jadi saya tak berdepan masalah mental apabila turun berlumba hari ini. Ia sangat memenatkan dan kita perlu bijak mencatur strategi, selain harus pandai menyimpan tenaga. "Pada 2km terakhir, saya tahu tiga lagi pesaing saya tidak mampu untuk mengejar saya. Saya telah susun strategi dan menyimpan tenaga dengan sebaik-baiknya," kata pelumba yang turut menyertai pasukan benua, Drapac Professional Cycling Team dari Australia. PKBM buat pertama kali telah menetapkan jarak perlumbaan sejauh 202.5km pada Grand Prix Sirkit Kebangsaan kali ini kerana sebelum ini, jarak perlumbaan sehari di negara ini khususnya Grand Prix Kebangsaan tidak melebihi 175km. Sementara itu, bekas pelumba berbasikal wanita kebangsaan, Nor Azian Alias sekali lagi muncul juara selepas memenangi GP Sarawak pada September dan Terbuka Perlis 2012 pada Oktober lepas. Nor Azian, pemenang pingat emas di Sukan SEA Manila, Filipina pada 2005, menamatkan saingan sejauh 135km dengan catatan masa 3:49:50s dan diekori rapat Nurul Suhada Zainal dan Lauretta Eva Adrian yang turut mencatat masa yang sama. — BERNAMA |
Syarikat rokok digesa bantu penanam tembakau Posted: Syarikat rokok digesa bantu penanam tembakau04/11/2012 7:23pm BACHOK — Syarikat rokok yang pernah meraih keuntungan besar daripada hasil industri tanaman tembakau di Kelantan diminta tampil membantu bekas penanam yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah dan bekalan air bersih. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, jasa penanam yang mengusahakan tanaman itu sejak puluhan tahun lepas, tidak seharusnya dilupakan syarikat terbabit. "Syarikat berkenaan sehingga kini mendapat keuntungan ratusan juta setahun seharusnya datang membantu mereka ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan program membaiki rumah rakyat miskin kawasan Parlimen Bachok di Kampung Baru Rekang hari ini. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan