Kosmo Online |
Hoki Malaysia kalahkan Afrika Selatan Posted: Hoki Malaysia kalahkan Afrika Selatan30/11/2012 3:21am KUALA LUMPUR 29 Nov — Skuad hoki negara menempah tempat ke separuh akhir kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina dengan mengalahkan Afrika Selatan 4-1 pada Khamis. Malaysia mendahului seawal minit ketiga menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, demikian menurut laman web kejohanan www.fih.ch. Anak buah Paul Revington seterusnya melakukan jaringan kedua di minit ke-58 menerusi Faizal Saari. Sementara Tengku Tajudin Abdul Jalil membuat jaringan ketiga di minit ke-56. Seminit kemudian, Mohd Faizal sekali lagi membuat jaringan untuk Malaysia mendahului 4-0 Afrika Selatan di bawah bimbingan Gregg Clark memperoleh gol tunggal mereka pada minit ke-63 menerusi ketua pasukan Austin Smith. Malaysia akan bertemu pemenang satu lagi perlawanan suku akhir antara Jepun dan Korea Selatan sementara Afrika Selatan akan bermain perlawanan untuk tempat kelima hingga lapan. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan