Jumaat, 23 November 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tangan putus dikisar mesin

Posted:

Tangan putus dikisar mesin

Tangan putus dikisar mesin

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

DI kedai inilah Aisy Mirza kehilangan tangan kirinya hingga paras bahu akibat dikisar mesin pemerah santan di Kota Bharu semalam.(gambar kecil:AISY MIRZA ketika sihat.)


KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki kini terpaksa membesar dalam keadaan sukar apabila tangan kirinya putus dan hancur akibat dikisar mesin pemerah santan di Kok Lanas di sini semalam.

Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Aisy Mirza Mahadi, 3, kehilangan tangan kirinya hingga ke paras bahu.

Ketika kejadian, terdapat beberapa pekerja lain dan pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membeli santan.

Difahamkan, tangan anak tunggal pasangan Mahadi Mustapa, 29, dan Nik Nur Aiza Rozali, 26, itu gagal diselamatkan dan doktor hanya dapat membalut tulang bahu yang tersembul sahaja untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman.

Mengimbau semula kejadian itu, Nik Nur Aiza berkata, ketika kejadian dia berada di belakang kedai untuk mencuci beberapa peralatan dan pada masa sama meninggalkan anaknya di dalam premis bersama mesin yang tidak dimatikan suisnya.

Katanya, beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi kecoh selain suara Aisy Mirza menjerit memanggilnya.

"Saya yang tidak menyangka apa-apa kemudian terkejut apabila mendapati tangan kiri anak saya berlumuran darah, putus dan hancur dikisar mesin tersebut. Saya hanya mampu kata 'hilang dah tangan anak aku.. hilang dah tangan anak aku'.

"Dalam keadaan lemah, saya kuatkan juga semangat untuk memangku Aisy Mirza dan membalut tempat luka dengan kain sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan menaiki motosikal bersama seorang teman. Bagaimanapun, anak saya tidak meraung atau menangis sebaliknya dia hanya merengek dan memanggil nama saya," ceritanya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kereta remuk, pemandu cedera

Posted:

Kereta remuk, pemandu cedera

Kereta remuk, pemandu cedera


BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang dipandu Ainul Ashikin selepas terlibat dalam kemalangan.


LEDANG - Seorang wanita hanya cedera di bahu walaupun kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya remuk dan terbalik dengan kesemua tayarnya ke atas dalam kemalangan di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Lebuh Raya Ayer Keroh Melaka Jasin dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila kereta dipandu Ainul Ashikin Ismail, 26, terbabas lalu merempuh tembok jalan dan tiang elektrik ketika dalam perjalanan dari Melaka ke rumahnya di Muar.

Saksi kejadian, Daud Yusof, 53, berkata, selepas mangsa memotong motosikal yang ditunggangnya sejauh 20 meter, dia melihat kereta itu hilang kawalan lalu merempuh tembok jalan dan tiang lampu.

"Sebaik dihampiri, saya lihat pemandu kereta itu tersepit. Saya dan penduduk kampung cuba membantu mengeluarkannya tetapi gagal sebelum kami menghubungi bomba," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dahulu juara pop kini nasyid

Posted:

Dahulu juara pop kini nasyid

Dahulu juara pop kini nasyid

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


AMENG (empat dari kanan) beramah mesra dengan pegawai penjara selepas menjuarai Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Penjara Malaysia di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Kumpulan Voices of Prison yang diketuai oleh Ameng Spring dan masih menjalani hukuman penjara, muncul johan Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 di Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.

Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail bersama empat lagi rakan banduan berjaya menewaskan 11 kumpulan lain menerusi lagu Insafi Diri.

Kejayaan tersebut menyaksikan kumpulan berkenaan mengharumkan nama Penjara Kluang di Johor yang sebelum ini meraih tempat ketiga pada pertandingan tahun lalu.

Mereka menerima hadiah piala pusingan dan senaskhah Al-Quran.

Ameng Spring yang dahulunya terkenal dengan lagu Sampai Hati sedang menjalani hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.

Ketika ditemui pemberita, banduan yang berusia 44 tahun itu berkata, penat jerih dia dan ahli kumpulan menjalani latihan selama tiga bulan berbalas dengan kejayaan tersebut yang disifatkan cukup manis.

"Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid," katanya.

Tempat kedua pertandingan itu dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Penjara Kajang di Selangor manakala tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Henry Gurney, Melaka.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved