Sabtu, 10 November 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Vios langgar tembok madrasah

Posted:

Vios langgar tembok madrasah

Vios langgar tembok madrasah

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

ANGGOTA polis forensik memeriksa kereta Vios yang digunakan penjenayah untuk melarikan diri di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah yang disifatkan tegar dan ganas hanya sempat menikmati hasil rompakan bank di Petaling Jaya, Selangor hanya lima hari sebelum mati ditembak dalam kejadian di Jalan Datuk Senu 3, Sentul di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang memiliki enam rekod jenayah itu mati akibat cedera parah selepas berbalas tembak dengan polis.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek dapat melarikan diri.

Episod malang penjenayah dari Kelantan itu bermula apabila sepasukan anggota polis terserempak dengan sebuah kereta jenis BMW berwarna putih di Greenwood, Gombak yang digunakan ketika menyamun bank berkenaan.

Sebaik menyedari diekori, suspek berhenti berhampiran Plaza Tol Gombak dan menaiki sebuah kereta Toyota Vios berwarna perak dipandu seorang lelaki lain yang menunggu di situ.

Anggota polis kemudian cuba menghampiri kenderaan tersebut tetapi suspek mengeluarkan senapang patah sebelum berlaku kejadian berbalas tembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, suspek kemudian memecut kenderaan itu sejauh 15 kilometer hingga ke Jalan Datuk Senu 3.

"Akibat terlalu laju, kereta penjenayah terbabas dan melanggar tembok Madrasah Majidiah.

"Seorang suspek dapat melarikan diri manakala pemandunya maut terkena tembakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

3 konstabel ditahan kes rogol

Posted:

3 konstabel ditahan kes rogol

3 konstabel ditahan kes rogol

BUKIT MERTAJAM - Tiga anggota polis ditahan bagi membantu siasatan selepas seorang wanita Indonesia membuat laporan polis mendakwa dirinya diperkosa ketika ditahan di sebuah balai di sini semalam.

Semua mereka berpangkat konstabel yang berusia 20 hingga 30-an itu ditahan petang semalam dan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi Kosmo! Ahad mengesahkan tangkapan tiga anggota itu yang dibuat susulan laporan daripada mangsa yang berusia 25 tahun kelmarin.

Dalam pada itu, ketika menceritakan semula episod hitam itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu restoran mendakwa, kejadian berlaku apabila dia dibawa ke balai polis berkenaan selepas pasport miliknya dikatakan tamat tempoh.

Sebelum itu, pada pukul 6.20 pagi kelmarin, mangsa yang menaiki sebuah teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah di Perai ditahan anggota polis peronda yang kemudiannya meminta dia menunjukkan kad pengenalan.

Wanita itu mendakwa, ketika kejadian dia hanya membawa salinan pasport.

"Mereka (polis) beritahu pasport saya sudah tamat tempoh dan terus bawa saya ke balai polis untuk ditahan di lokap.

"Ketika berada di balai saya merayu supaya dilepaskan tetapi seorang daripadanya memaksa saya melakukan hubungan seks sebelum menghantar saya pulang ke rumah pada pukul 7.30 pagi," kata wanita itu pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Bukit Mertajam di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada penyingkiran

Posted:

Tiada penyingkiran

Tiada penyingkiran

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


SEMUA 24 peserta Soulstar terselamat daripada penyingkiran pada konsert pertama di Kuching, Sarawak semalam.


KUCHING - Kesemua 24 peserta Soulstar 2012 kekal bersaing apabila tiada penyingkiran dilakukan pada konsert minggu pertama program realiti itu yang berlangsung semalam di Panggung Budaya, Kampung Budaya Sarawak (SCV) di sini.

Sebaliknya lima peserta terbaik pada konsert itu dipilih untuk membuat persembahan pada konsert perasmian Kubah Ria di Kubah Ria, di sini pada Jumaat ini.

Peserta tersebut ialah Mohd. Afif Amier, 23, Rina Bayu Adilana Anak Jimmy, 18, Muhd. Azhar Liza, 16, Celine Bong, 16, Harnida Shazila Haron, 16.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengetua Soulstar, Iwan Dasri selepas kesemua peserta membuat persembahan buat kali pertama di hadapan penonton.

"Pada minggu ini sepatutnya terdapat dua penyingkiran seperti yang dijadualkan setiap konsert.

"Tapi tiada penyingkiran dibuat sebaliknya Afif, Bayu, Iz, Celine dan Nyda merupakan peserta terbaik pada konsert ini akan diberi peluang tampil pada konsert Jumaat ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved