Khamis, 4 Oktober 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


belok kiri walaupun lampu merah

Posted:

belok kiri walaupun lampu merah

DBKL telah memasang papan tanda di enam persimpangan lampu isyarat bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya di Kuala Lumpur bahawa mereka boleh membelok ke kiri walaupun lampu isyarat pada waktu itu berwarna merah.


KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.

Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

"DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.

Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

63,558 masuk perangkap kamera AES

Posted:

63,558 masuk perangkap kamera AES

DUA kamera AES (dalam bulatan) yang merakamkan kesalahan memandu melebihi had laju di Kilometer 6.6 Lebuh raya Kajang - Puchong.


KUALA LUMPUR – Sebanyak 63,558 imej kesalahan trafik telah dirakam menerusi 14 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang beroperasi sejak 23 September lalu.

Jumlah itu bermakna secara purata sistem tersebut merakam 5,778 kesalahan trafik setiap hari.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej yang telah dirakam sedang disemak untuk pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.

"Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga tan abu al-Quran, kitab dilupus di laut Pahang

Posted:

Tiga tan abu al-Quran, kitab dilupus di laut Pahang

ABDUL RAHMAN (bersongkok) bersama anggota TLDM melupuskan abu al-Quran dari atas kapal KD Pahang di perairan Tanjung Gelang, Kuantan semalam.


KUANTAN – Demi memelihara dan melindungi kesucian al-Quran serta buku berkaitan agama Islam, sebanyak tiga tan abu kitab-kitab suci itu dilupuskan di tengah laut yang terletak tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini semalam.

Terdahulu, al-Quran dan bahan bercetak berunsur keagamaan yang lama atau mempunyai kesalahan dikumpul dari seluruh Pahang sebelum dibakar.

Menurut Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar kecil), program itu julung-julung kali diadakan di negeri itu hasil kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri.

Jelasnya, abu daripada kitab-kitab yang dibakar di syarikat percetakan Saufi di Cheras, Kuala Lumpur dibawa ke lokasi pelupusan dengan menggunakan kapal TLDM, KD Pahang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved