Rabu, 3 Oktober 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


TNC UTHM didakwa rasuah

Posted:

TNC UTHM didakwa rasuah

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

Abdul Aziz yang didakwa meminta dan menerima rasuah dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010 dan 2011.

Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM15,000 tersebut pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada orang yang sama pada 28 Januari 2011 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat cawangan UTHM Batu Pahat.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kasanova terlibat kes rogol, kikis duit wanita ditangkap

Posted:

Kasanova terlibat kes rogol, kikis duit wanita ditangkap

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


Di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur inilah seorang kasanova dari Kelantan ditangkap kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang kasanova memperalatkan rupa paras dan kata-kata manis dimilikinya bagi memperdaya wanita untuk membolehkannya menampung kehidupan sebagai penganggur selama berbulan-bulan.

Lebih malang mangsa-mangsa yang tergoda dengan penampilan fizikal lelaki berusia 32 tahun itu sanggup melakukan hubungan seks dengan suspek.

Aksi ranjang antara mangsa dan suspek itu pula dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki itu.

Suspek kemudian turut menjadikan rakaman itu sebagai alat memeras ugut setiap mangsa bagi mendapat duit dengan cara mudah.

Bagaimanapun, tembelang kasanova dari Ketereh, Kelantan itu terbongkar apabila seorang model berusia 31 tahun membuat laporan polis pada 29 September lalu mendakwa dia dirogol dan ditipu suspek.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pil AS-MQ FDC mampu rawat malaria dalam masa 3 hari

Posted:

Pil AS-MQ FDC mampu rawat malaria dalam masa 3 hari

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

TIONG LAI menunjukkan pil antimalaria AS-MQ FDC di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Para pesakit malaria kini mempunyai pilihan ubat baharu bagi merawat penyakit tersebut dengan lebih berkesan dan cepat iaitu fixed-dose combination treatment of Artesunate-Mefloquine atau dikenali AS-MQ FDC.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ubat AS-MQ FDC diperkenalkan oleh sebuah institut penyelidikan bebas yang berpangkalan di Switzerland, Drugs for Neglected Diseases Initiatives (DNDi) dan ia mampu merawat penyakit tersebut dalam tempoh tiga hari berbanding tujuh hingga 14 hari sebelum ini.

Katanya, AS-MQ FDC adalah gabungan dua jenis dadah yang digunakan untuk merawat malaria iaitu Artesunate dan Mefloquine yang dahulunya dimakan secara berasingan tetapi kini didatangkan dalam satu pil sahaja.

"Pesakit hanya perlu makan pil itu sebiji sehari dan dimakan selama tiga hari. Hasilnya juga cepat dan memberangsangkan berbanding sebelum ini kerana pesakit mengambil masa yang lama iaitu sehingga 14 hari untuk sembuh.

"AS-MQ FDC dijual pada harga RM9 untuk tiga biji bagi dewasa dan RM4 hingga RM5 untuk kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved