Kosmo Online - Negara |
- Sokongan Suharto membawa rebah
- Polis cari enam lelaki kes curi cip mikro RM22 juta
- Telinga hilang dihakis kanser kulit
Sokongan Suharto membawa rebah Posted: Sokongan Suharto membawa rebahOleh NORHAYATI YAHAYA dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
KLANG - Semangat membara seorang ejen insurans, Suharto Abdullah melihat pasukan kesayangannya, The Red Warriors menang dan mara ke akhir Piala Malaysia 2012 tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia sewaktu bersama-sama dengan 75,000 penonton menyaksikan perlawanan Kelantan dengan Selangor di Stadium Shah Alam malam kelmarin. Walaupun perlawanan itu berkesudahan dengan Kelantan menang 2-0, Suharto, 45, tidak sempat meraikannya kerana beliau meninggal dunia pada pukul 10 malam, kira-kira 30 minit sebelum Kelantan membuka jaringan. Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh penyerang import, Mohamad Ghaddar pada minit ke-85 manakala jaringan kedua disempurnakan oleh Mohd. Badri Mohd. Radzi pada minit terakhir. Allahyarham yang tinggal di Taman Uda Permai, Pengkalan Chepa, Kelantan menaiki pesawat penerbangan tambang murah, Firefly dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 3 petang bersama dua orang rakan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Polis cari enam lelaki kes curi cip mikro RM22 juta Posted: Polis cari enam lelaki kes curi cip mikro RM22 jutaBUKIT MERTAJAM - Polis sedang mengesan enam lelaki bagi membantu siasatan kes rompakan cip mikro unit pemprosesan komputer (CPU) bernilai RM22 juta di sebuah gudang di kawasan Perusahaan Perai Bukit Tengah di sini Ahad lepas. Mereka ialah M. Vikneswaran, 21, K. Karunageran, 27, P. Vinokumar, 23, Ooi Kah Ken, 36, S. Kalidas, 28, dan A. Jaykumar, 26. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka diminta hadir ke balai polis yang terdekat bagi membantu siasatan. Dalam pada itu, beliau memberitahu, dua suspek lelaki berumur 34 dan 27 tahun telah ditahan pada Khamis serta Jumaat lalu dan polis berjaya menemui semula sekotak cip bernilai RM75,000. "Lelaki berusia 34 tahun yang ditahan di sebuah rumah di Kepala Batas dipercayai orang tengah yang menjual baki cip mikro manakala seorang lagi menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah. "Mereka direman tujuh hari dan polis percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam sedikit masa lagi seterusnya menyerahkan kertas siasatan kes kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas Program Senamrobik Perdana di Politeknik Seberang Perai di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Telinga hilang dihakis kanser kulit Posted: Telinga hilang dihakis kanser kulitOleh MULLER ASEN KENTY GABOT, 18, mencuci luka di kepala ibunya yang menghidap kanser kulit di Lundu, Sarawak semalam. LUNDU – Tiada apa yang diinginkan oleh seorang pesara tentera, Gabot Sindoh selain melihat isterinya kembali ceria selain memiliki wajah seperti manusia normal. Namun, suami berusia 57 tahun itu terpaksa pasrah menerima takdir bahawa isterinya, Jingus Nyambei, 50, berdepan dengan perubahan wajah yang mengerikan apabila menghidap kanser kulit sejak lima tahun lalu. Penyakit yang menyerang bahagian sebelah kiri kepala wanita dari Kampung Stoum Muda dekat sini semakin merebak sehingga peluangnya untuk hidup kini tipis. Bermula dengan kerosakan kulit kepala, Jinggus sudah hilang telinga kiri sementara mata kiri pula membengkak hingga hampir buta. Gabot memberitahu, kisah pahit kehidupan mereka sekeluarga bermula selepas isterinya disahkan menghidap kanser kulit tahap empat pada Februari 2007. Penyakit tersebut hanya dikesan selepas ia membesar dan cukup menyakitkan. "Doktor sudah beritahu bahawa isteri saya tidak ada lagi harapan untuk hidup," katanya diiringi air mata kepada Kosmo! Ahad di sini semalam. Gabot menambah, doktor turut mengesan beberapa ketumbuhan lain di bahagian saraf kepala yang menyebabkan isterinya semakin lemah. Katanya, hanya harapan dan ketabahan dapat mengatasi penderitaan yang ditanggung isterinya apabila rambutnya semakin menipis dan kandungan cecair di dalam badannya juga dikatakan tidak stabil. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan