Ahad, 28 Oktober 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Majlis Penutup Kem Tahunan Rejimen 504 Askar Wataniah

Posted:

Majlis Penutup Kem Tahunan Rejimen 504 Askar Wataniah

TUANKU Syed Faizuddin (kiri) dan Tuanku Lailatul Shahreen (dua dari kiri) menyaksikan ahli Rejimen 504 AW menunjukkan bendera Angkatan Tentera Malaysia selepas Majlis Penutup Kem Tahunan Rejimen 504 AW di UUM, Kedah di sini baru-baru ini.


BERSATU. Seramai 13 pegawai dan 86 anggota sukarelawan Askar Wataniah (AW) menyertai Kem Tahunan Rejimen 504 AW di Lapang Sasar Universiti Utara Malaysia (UUM) dekat Sintok, Kedah baru-baru ini.

Kem tahunan tersebut berlangsung selama dua minggu bermula 7 Oktober lalu di Kem Bukit Keteri dan Felda Rimba Mas, Perlis.

Majlis penutup kem tahunan itu disempurnakan Raja Muda Perlis yang juga Komander Rejimen 504 AW, Brigadier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Raja Puan Muda, Mejar Kehormat Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pada majlis itu, baginda juga telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan termasuk pertandingan menembak jatuh piring yang diadakan di lapang sasar tersebut.

Mesyuarat khas Jabatan Bomba dan Penyelamat

Posted:

Mesyuarat khas Jabatan Bomba dan Penyelamat

WAN MOHD. NOR (duduk enam dari kanan) bersama kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mengadakan mesyuarat di Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.


TANGANI KEBAKARAN. Lebih 100 pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat dari seluruh negara mengadakan mesyuarat khas berkaitan aspek penyiasatan kes kebakaran di Tok Aman Bali Beach Resort di Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.

Mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Bomba, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim. Turut hadir Pengarah Bomba Negeri Kelantan, Azmi Osman.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu membincangkan keperluan meningkatkan kepakaran forensik dalam kalangan anggota bomba bagi meningkatkan integriti penyiasatan kes-kes yang melibatkan semua jenis kebakaran.

Pelajar SMK Paya Keladi lawat USM

Posted:

Pelajar SMK Paya Keladi lawat USM

SEBAHAGIAN daripada pelajar SMK Paya Keladi yang melawat USM di Pulau Pinang baru-baru ini.


LAWATAN ILMIAH. Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) Bertam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Para pelajar dibawa melawat sekitar kampus termasuk ke pusat rawatan khas pesakit kanser, Rumah Hospis Fatimah Az-Zahrah IPPT, pusat rawatan pergigian dan unit pemulihan rawatan fisioterapi.

Mereka juga diberi penerangan tentang program pengajian dan kerjaya disampaikan oleh Pensyarah Kanan Kluster Toksikologi IPPT, Dr. Md. Azman Seeni Mohamed

Guru pengiring SMK Paya Keladi, Saidin Ahmad berkata, lawatan itu dapat memberi manfaat kepada pelajar kerana mereka secara tidak langsung dapat mengetahui ilmu berkaitan perubatan, pergigian, penyelidikan dan sains kesihatan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved