Kosmo Online - Negara |
- Bertaruh di Indonesia, beroperasi di Kemboja
- Teguran Sultan Johor dihargai
- Sediakan pendidikan berkualiti
Bertaruh di Indonesia, beroperasi di Kemboja Posted: Bertaruh di Indonesia, beroperasi di Kemboja
PHNOM PENH - Pihak berkuasa Kemboja pada Isnin lalu telah menahan seramai 114 warga Indonesia dalam satu serbuan perjudian bola sepak secara online di sekitar bandar raya ini. Menurut Chhay Sinarith dari Kementerian Dalam Negeri Kemboja, sekumpulan 90 lelaki dan 24 wanita itu ditahan di dua buah rumah kediaman di bandar tersebut. "Mereka ditahan ketika sedang menjalankan operasi perjudian yang diharamkan di negara ini. "Mereka terlibat dalam pertaruhan bola sepak," katanya kepada AFP. Beliau berkata, kumpulan itu mengambil pertaruhan bola sepak daripada orang ramai di Indonesia dan semua urusan perjudian dibuat melalui akaun bank secara online. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Teguran Sultan Johor dihargaiMODEL Rapid Intervention Vehicle yang terdapat di pasaran. KUALA LUMPUR - Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) atau kenderaan intervensi pantas untuk kegunaan tentera yang diutarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan baginda yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas. "Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal. "Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sediakan pendidikan berkualiti Posted: Sediakan pendidikan berkualitiOleh JUNHAIRI ALYASA NAJIB (kanan) bersalaman dengan sebahagian pelajar MAHSA pada majlis pecah tanah kampus baharu MAHSA di Bandar Saujana Putra, Puchong semalam. PUCHONG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang menawarkan bidang perubatan dan sains kesihatan agar bersekutu supaya mampu menyediakan pendidikan lebih berkualiti. Beliau berkata, sesebuah IPT tidak boleh lagi berpegang kepada keperluan asas akreditasi sahaja sebaliknya perlu mempunyai tanda aras kualiti pendidikan perubatan bertaraf dunia. "Jika kita berjaya mencapainya, tidak perlu lagi hantar pelajar ke luar negara kerana mereka mampu mendapat pendidikan berkualiti di sini," katanya. Beliau berucap pada majlis pecah tanah kampus baharu Malaysia Allied Health Science Academy College (MAHSA) di Bandar Saujana Putra di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan