Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 1500 rai sambutan Merdeka Raya DUN Gombak Setia
- KKSM rai pelajar tahfiz Perak
- 10,000 hadir rumah terbuka Perda di Butterworth
1500 rai sambutan Merdeka Raya DUN Gombak Setia Posted: 1500 rai sambutan Merdeka Raya DUN Gombak SetiaSAID (berdiri tiga dari kanan) bersama sebahagian tetamu yang hadir pada majlis sambutan 'Merdeka Raya' di Taman Samudra, Gombak Batu Caves, Selangor baru-baru ini. MERIAH. Majlis Aidilfitri dan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia disambut serentak di Gombak, Selangor baru-baru ini. Majlis yang diberi nama Merdeka Raya itu mendapat sambutan meriah daripada penduduk dan pertunjukkan bunga api juga juga turut diadakan. Majlis anjuran Penyelaras Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO DUN Gombak Setia itu turut dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum. Turut hadir dalam majlis itu ialah Penyelaras BN bagi DUN Gombak Setia Datuk Said Anuar Said Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamarudin, Ketua MIC Bahagian Gombak, G. Jaya Kumaren, Ketua MCA Bahagian Gombak, Datuk Yip Kum Fook dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil. |
Posted: KKSM rai pelajar tahfiz PerakHABIDI menyampaikan duit raya kepada pelajar Maahad Tahfiz Tarbiyah Ummah di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di Taiping, Perak baru-baru ini. HARGAI. Seramai 42 pelajar Maahad Tahfiz Tarbiyah Ummah, Batu 13, Batu Kurau, Taiping, Perak telah diraikan oleh Pengerusi Eksekutif Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung (KKSM), Habidi Zain pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Selain menikmati pelbagai jenis juadah yang disediakan, pelajar tahfiz yang berusia tujuh hingga 16 tahun berkenaan menerima sumbangan duit raya daripada Habidi. Menurut Habidi, kehadiran pelajar tahfiz terbabit merupakan acara wajib setiap kali beliau menganjurkan majlis rumah terbuka di pekarangan kediamannya di Assam Kumbang, Taiping. Majlis yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 10 malam itu dihadiri lebih 8,000 orang. |
10,000 hadir rumah terbuka Perda di Butterworth Posted: 10,000 hadir rumah terbuka Perda di ButterworthAZHAR (tiga dari kanan) bersama sebahagian tetamu pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini. RUMAH TERBUKA. Kira-kira 10,000 tetamu menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di Butterworth barubaru ini. Jamuan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kakitangan agensi tersebut dengan masyarakat setempat. Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Perda, Datuk Azhar Ibrahim dan Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan