Rabu, 19 September 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


460 buah basikal klasik catat sejarah tersendiri

Posted:

460 buah basikal klasik catat sejarah tersendiri

SEBAHAGIAN penunggang basikal klasik dilepaskan oleh Othman Muhamad pada perhimpunan terbesar basikal klasik di Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.


KLASIK. Meskipun barang lama, perhimpunan membabitkan 460 basikal klasik di pekarangan Pasaraya MyDin, Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini berjaya melakar sejarah sebagai perhimpunan terbesar sekali gus diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR).

Ia melibatkan sebanyak 20 kelab basikal klasik dari seluruh negara dan 25 peserta jemputan dari Pekan Baru, Indonesia.

Ketua Projek Kelab Basikal Tua Batu Berendam, Ikhwanizam Ibrahim berkata, perhimpunan basikal klasik itu dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia dan dikatakan yang terbesar seumpamanya pernah dianjurkan di negara ini.

Perhimpunan itu dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Mohammad dan turut dihadiri Pengurus Cawangan Mydin melaka, R. Apparavoo serta wakil MBR, Myra Dzaman.

antara kelab yang mengambil bahagian ialah Kelab Basikal Klasik Jalan Khamis, Kelab Basikal Klasik Kampung Kundang, Kelab Sepeda Tua Felda Chemplak, Kelab Sepeda Klasik Kinta, Kelab Sepeda Tua Johor Bahru, Port Swettenham Classic Bicycle dan Kelab Basikal Tua Muar.

7,498 pelajar UniMAP gembira dapat kad diskaun siswa

Posted:

7,498 pelajar UniMAP gembira dapat kad diskaun siswa

MAXIMUS (tengah) bersama sebahagian daripada mahasiswa UniMAP menunjukkan replika Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia di Arau, Perlis baru-baru ini.


DISKAUN. Seramai 7,498 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memperoleh Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang diedarkan di kampus Pauh Putra, Arau, Perlis baru-baru ini.

Melalui kad diskaun tersebut, pelajar dapat menikmati pelbagai kemudahan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup.

Antaranya, kemudahan Menu Rakyat 1Malaysia di 14 buah kafeteria dan 22 gerai jualan yang beroperasi di Kampus Pauh Putra dan kolej kediaman.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UniMAP, Prof Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis, Zalinah Mohd. Yusof.

Exco Terengganu rai 20 bakal haji Batu Rakit

Posted:

Exco Terengganu rai 20 bakal haji Batu Rakit

KHAZAN (empat dari kanan) bersama bakal-bakal jemaah haji yang diraikan di Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.


BAKAL HAJI. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Terengganu, Khazan Che Mat mengagihkan sumbangan bagi meraikan sebanyak 20 penduduk kampung di kawasan Batu Rakit, Kuala Terengganu yang bakal menunaikan ibadat haji pada tahun ini.

Majlis tersebut yang berlangsung di Sutera Beach Resort & Spa baru-baru ini. Khazan berkata, program tahunan itu merupakan satu platform dalam menyuntik semangat para jemaah haji yang bakal mengerjakan ibadah haji.

Beliau mengingatkan bakal haji menjaga kesihatan diri setiap masa selain berhubung terus dengan pegawai Tabung Haji jika mereka mengalami sebarang masalah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved