Isnin, 27 Ogos 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pengusaha bimbang pencemaran jejas ternakan ikan

Posted:

Pengusaha bimbang pencemaran jejas ternakan ikan

27/08/2012 6:33pm

JOHOR BAHRU — Seramai 10 pengusaha ternakan ikan dalam sangkar di Teluk Jawa, Masai, di sini, bimbang ternakan mereka akan mati akibat pencemaran berikutan pengaliran minyak pelincir dari sebuah kilang yang terbakar di Taman Kota Puteri, Khamis lepas.

Seorang pengusaha, Koh Kiea Sing, 45, berkata, pengaliran minyak itu dikesan memasuki perairan berkenaan tiga hari lepas dan menyebabkan ribuan ikan ternakan mula timbul ke permukaan air.

"Kita bimbang minyak yang terus mengalir ke dalam laut akan menyebabkan ikan mati sekiranya kerja pembersihan tidak dilakukan segera. Ini akan menyebabkan para pengusaha kerugian jutaan ringgit," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kiea Sing yang mengusahakan ternakan kerapu lebih 10 tahun lepas di kawasan tersebut berkata buat masa ini dia terpaksa membersihkan kesan minyak secara manual dengan menggunakan tembakan air.

Seorang lagi pengusaha, Teo Boon Hing, 39, yang mengusahakan ternakan ikan susu pula berkata dia menyedari pencemaran di kawasan terbabit kira-kira pukul 2 petang semalam apabila lebih 60,000 ekor ikan berkenaan mulai timbul ke permukaan air.

"Kesan minyak boleh dilihat di sekitar sangkar dan saya terpaksa menggunakan mesin pembekal oksigen sebagai langkah berjaga-jaga," katanya yang mengusahakan ternakan terbabit sejak dua tahun lepas.

Sementara itu, Pegawai Daerah Johor Baharu Amran A.Rahman yang meninjau tempat kejadian berkata pihaknya sudah menggerakkan semua agensi yang terlibat terutama Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Katanya, JAS sudah mengambil sampel air di sekitar Teluk Jawa untuk dianalisis dan memasang alat penyerap minyak di tiga kawasan di perairan berkenaan bagi mengelakkan pencemaran bertambah buruk. — BERNAMA

Suami isteri dan dua rakan didakwa edar dadah

Posted:

Suami isteri dan dua rakan didakwa edar dadah

27/08/2012 6:31pm

KUALA LUMPUR — Sepasang suami isteri, masing-masing warga Singapura dan China didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis ketamin seberat 88.4gram, dua minggu lalu.

Dua rakan mereka warganegara Singapura dan Vietnam turut didakwa terhadap pertuduhan yang sama mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tan Meng Kiat, 39, warga Singapura dan isterinya warga China, Meng Bei Bei, 25, manakala rakan mereka Kwok Pin Hwee, 31, warga Singapura dan Le Thi Thuy Nga, 28, warga Vietnam dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah beralamat Blok 10-9-3A, Jalan 1C/149, Petaling Indah Condominium, pada 4.30 petang, 13 Ogos lalu.

Pin Hwee, turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 611.5gram di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin. — BERNAMA

Perintah ikat jamin bukan bererti lepaskan Nor Afizal

Posted:

Perintah ikat jamin bukan bererti lepaskan Nor Afizal

27/08/2012 6:29pm

PUTRAJAYA — Walaupun pemain boling kebangsaan, Nor Afizal Azizan dikenakan perintah ikat jamin berkelakuan baik selama lima tahun kerana merogol seorang gadis bawah umur, hukuman itu tidak bererti dia dilepaskan daripada kesalahan yang dilakukannya, kata Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakiman setebal 14 muka surat yang dikeluarkan di sini hari ini, presidennya, Tan Sri Md. Raus Sharif berkata, mengikut perintah ikat jamin di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, seseorang yang dikenakan perintah itu sebenarnya disabitkan kesalahan dan sabitan itu direkodkan.

"Ia akan menjadi sebahagian daripada rekod jenayah orang berkenaan dan akan kekal sepanjang hayatnya," kata Raus bagi menjelaskan salah tanggapan tentang Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah yang diguna pakai dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, sebenarnya, Nor Afizal, yang kini berusia 21 tahun, ditangguh daripada menjalani hukuman penjara dan perlu berkelakuan baik selama lima tahun.

"Sekiranya dia berkelakuan baik dalam tempoh lima tahun itu, dia akan terlepas daripada hukuman bagi kesalahannya. Sekiranya dia tidak mematuhi syarat yang ditetapkan dalam ikat jaminnya, dia akan ditangkap semula dan dikenakan tindakan sejajar dengan kesalahan rogol yang asal," katanya. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved