Isnin, 27 Ogos 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


17 dipancung kepala ketika berpesta

Posted:

17 dipancung kepala ketika berpesta

ANGGOTA kumpulan Taliban dipercayai mendalangi pembunuhan kejam di Musa Qala, Helmand, Afghanistan semalam.


KANDAHAR - Sebuah pesta larut malam di wilayah Helmand, selatan Afghanistan bertukar menjadi tragedi ngeri apabila seramai 15 lelaki dan dua wanita ditemui dalam keadaan kepala mereka dipenggal semalam, kata beberapa pegawai.

Semua mangsa dipercayai dibunuh hanya kerana mereka mengadakan sebuah parti melibatkan pergaulan antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta tarian.

Seorang gabenor daerah, Nimatullah ketika mengesahkan pembunuhan kejam itu berkata, semua mayat ditemui di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

"Mereka mengadakan sebuah parti malam kelmarin berserta iringan muzik dan acara tarian apabila diserang oleh kumpulan Taliban," kata Nimatullah.

Menurutnya, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan kekejaman tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bapa tekad tinggalkan 3 anak

Posted:

Bapa tekad tinggalkan 3 anak

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


NURUL SAFIZA (kiri) menjaga dua adiknya, Muhammad Nurhan (tengah) dan Nur Masyita Amiera di rumah mereka di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Nordi Adi, bapa kepada Siti Norzana, 12, yang masih terkandas di Indonesia bersama keluarga bekas isteri keduanya, Karsini Kaslam, 25, tekad meninggalkan tiga anaknya bersendirian di Flat Taman Kempas di sini.

Lelaki itu dipercayai menuju ke Lampung, Indonesia bersendirian untuk menyelamatkan anaknya yang kini didakwa di bawah cengkaman bapa angkatnya.

Dia dipercayai berbuat demikian lantaran kecewa kerana mendakwa sudah terlalu lama menunggu janji pihak tertentu untuk membawa anak kesayangannya pulang ke pangkuannya.

Namun, sebelum bertekad meninggalkan tanah air, niat itu terlebih dulu telah disuarakan Nordi, 57, kepada wartawan Kosmo! melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon yang dibuat sejam sebelum dia berangkat ke negara seberang.

Berikut adalah beberapa petikan SMS yang dihantar kepada Kosmo!:

Nordi: Mungkin esok (24 Ogos lalu), saya akan tinggalkan tiga anak saya.

Kosmo!: Apa maksud pakcik?

Nordi: Saya pergi sahut cabaran bapa angkat Siti Norzana. Tunggu berita Interpol, macam tunggu buah tak gugur.

Kosmo!: Pakcik sudah beli tiket kapal terbang?

Nordi: Saya keluar melalui jalan belakang.

Nordi dipercayai meninggalkan rumah dan tiga anaknya, Nurul Safiza, 11, Muhammad Nurhan, 9, dan Nur Masyita Amiera, 8, di Flat Taman Kempas di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, 24 Ogos lalu menggunakan perkhidmatan feri.

Membuktikan tindak-tanduknya bukan main-main, dia menghubungi Kosmo! semula menggunakan talian dari Indonesia kira-kira pukul 3.45 petang pada hari yang sama.

"Saya sudah berada di Lampung, saya sudah bersedia berjuang walau apa juga rintangan untuk selamatkan Zana, tolong tengok-tengokkan anak saya," katanya ringkas.

Nordi sebelum ini telah mendapatkan bantuan daripada Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyelamatkan empat anaknya yang didakwa diculik dan disimpan oleh ibu tiri mereka di Lampung, Indonesia, sejak dua tahun lalu.

Misi itu, bagaimanapun hanya berjaya membawa pulang tiga daripada mereka manakala Siti Norzana tidak dapat dibawa bersama pada 30 Jun lalu selepas Suwwandi Kariorojo, 44, yang mendakwa sebagai bapa angkat kanak-kanak itu enggan membenarkannya pulang ke negara ini.

Dalam pada itu, Nordi ketika ditanya bagaimana nasib ketiga-tiga anaknya yang ditinggalkannya, jawabnya: "Saya serah kepada Allah. Tiada siapa menjaga mereka, sudah kehendak takdir, terpaksa saya terima dugaan ini. Untuk seminggu dua (duit belanja) cukup, seterusnya, entahlah."

Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji

Posted:

Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my

NAJIB menyampaikan surat tawaran menunaikan haji kepada imam dan ketua kampung di Seri Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.

Najib turut menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap bakal haji itu.

Dalam ucapannya, Najib berkata, program itu dibuat atas kesedaran betapa besarnya peranan dan sumbangan imam dan pengerusi JKKK dalam masyarakat.

"Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini dengan memartabatkan kedudukan dan kebajikan mereka," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved