Rabu, 21 Disember 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Khidmat sosial Bank Pembangunan

Posted:

Khidmat sosial Bank Pembangunan

Khidmat sosial Bank Pembangunan

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

KEADAAN surau yang uzur dan usang menyukarkan kakitangan dan pelajar beragama Islam di SMK Pekan Telipok, Tuaran untuk beribadat dengan sempurna.


KIRA-KIRA 900 pelajar dan guru beragama Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok, Tuaran, Sabah bakal berpeluang menjalankan rutin ibadat dengan selesa pada masa hadapan.

Ia berikutan pihak sekolah itu menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Pembiayaan itu bertujuan untuk dimanfaatkan bagi projek penambahbaikan pembinaan surau sekolah tersebut.

Majlis penyerahan cek sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Kredit Bank Pembangunan, Abu Hurairah Bahari kepada Pengetua sekolah, Ng Kah Ghor di dewan sekolah itu baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Abdul Hanif Abu Bakar berkata, pemberian sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial bank tersebut kepada masyarakat.

Katanya, keadaan sekolah berkenaan yang serba daif dan usang sebelum ini menyebabkan pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan serta sumbangan.

"Kami amat bersimpati dengan nasib pelajar-pelajar dan guru di sekolah ini yang berhadapan situasi persekitaran pembelajaran yang bukan sahaja tidak selesa dan dengan ketiadaan surau yang sempurna.

"Bantuan yang diberikan bertujuan membaik pulih surau yang sedia ada. Sekurang-kurangnya, mereka dapat beribadat dan melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dengan lebih selesa," katanya dalam program yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Bank Pembangunan, Jamaluddin Nor Mohamad.

Kelengkapan

Pada majlis itu, Bank Pembangunan turut menyampaikan sumbangan pelbagai kelengkapan sekolah di samping wang saku sebanyak RM50 kepada setiap 50 orang pelajar miskin di sekolah itu.

Ia disusuli pemberian sumbangan wang zakat kepada Pusat Zakat Sabah bernilai RM164,473.40, yang diwakili oleh Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Mohd Zarat Khan.

Sementara itu, Kah Ghor pula berkata,

sumbangan tersebut amat bermakna bagi pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) kerana selama ini, surau dijadikan tempat utama bagi menjalankan program sekolah seperti kem akademik, kem motivasi, program kerohanian dan sahsiah pelajar.

Katanya, biarpun pembinaan bangunan baharu sekolah itu masih belum dapat direalisasikan sehingga kini, sekolah itu tetap berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam beberapa peperiksaan utama.


KAH GHOR (kiri) memberi penerangan mengenai keadaan surau SMK Pekan Telipok yang uzur dan memerlukan pembaikan segera.


"Ketika ini, SMK Pekan Telipok berada di kedudukan kelima hingga keenam di sekitar daerah Tuaran. Biarpun serba kekurangan, namun kami tetap berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar dan guru di sini," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan orang perseorangan, pihak swasta ataupun badan korporat yang ingin memberi bantuan dan sumbangan demi kepentingan serta keselesaan kakitangan di sekolah itu pada masa hadapan.

"Dengan adanya sokongan dan bantuan itu nanti, ia bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah motivasi kakitangan sekolah yang mengajar di sini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pameran fotografi ketiga DCIM

Posted:

Pameran fotografi ketiga DCIM

Pameran fotografi ketiga DCIM


PAMERAN DCIM 2011 merupakan pameran terbesar fotografi yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.


BUAT kali ketiga, Pameran Digital Kamera, Imejan dan Media 2011 (DCIM 2011) kembali lagi sebagai penutup tirai tahun 2011.

Diadakan secara berturut-turut sejak tiga tahun lalu, DCIM 2011 merupakan satu pameran terbesar dan komprehensif mengenai pelbagai aspek fotografi anjuran Velocity Media Sdn. Bhd.

Acara itu akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur yang bermula pada pukul 11 pagi dari 23 sehingga 25 Disember ini.

Antara pempamer yang akan mengambil bahagian dengan mengetengahkan pelbagai produk terbaharu fotografi mereka termasuklah Canon, Nikon, Panasonic dan Olympus.

Selain pameran peralatan dan aksesori fotografi, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai keperluan fotografi pada harga menarik daripada pengedar utama peralatan itu yang merangkumi aksesori, peralatan penting sehinggalah penyelesaian percetakan.

Untuk memberi nilai tambah kepada pameran yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung, penganjur turut mengadakan pelbagai bengkel dan seminar fotografi. Antara penceramah yang dijemput termasuklah mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Iskandar Ibrahim, Jim Liaw, Patrick Low, Eric Looi dan Saiful Nang.

Selain bengkel, pengunjung yang ingin menguji kehebatan cara merakamkan imej boleh menyertai segmen merakam aksi model Velocity Angel Search 2011.

Seperti yang diketahui, Velocity Media yang juga penerbit majalah fotografi Digital Camera dan majalah IT, max-it dan T3 akan melancarkan sebuah lagi majalah fotografi terbaharu berbahasa Melayu.

Majalah fotografi Dunia Kamera yang dipadatkan dengan pelbagai informasi dan tutorial fotografi itu sesuai untuk jurufoto profesional dan amatur yang akan menyaksikan kemunculan sulungnya pada pameran DCIM 2011.

Kali ini, DCIM 2011 akan mengetengahkan tema perayaan Krismas. Bagi meraikan perayaan tersebut, pelbagai pertandingan fotografi akan diadakan yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik.

Dapatkan maklumat lanjut selain jadual speaker fotografi dan gambar model-model Velocity Angel Search yang akan bersaing di www.DCIMShow.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved