Ahad, 11 Disember 2011

Kosmo Online - Urban


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Manisfestasi pengkarya pelbagai latar

Posted:

Manisfestasi pengkarya pelbagai latar

Manisfestasi pengkarya pelbagai latar

Oleh NIZHA PERIASWAMY

SEBUAH rumah banglo yang terletak di puncak bukit, Bukit Jelutong, Shah Alam sememangnya memiliki tarikan khusus dan istimewa buat para tetamunya.

Dikelilingi pokok-pokok yang menghijau dan bersebelahan dengan banglo-banglo elit yang dikawal ketat oleh pengawal, premis di Jalan Awan Larat itu mampu memberi kesan yang mendalam kepada pencinta seni yang datang bertandang. Begitu juga kepada mereka yang baru memanjakan diri dengan warna-warni seni.

Dengan keluasan lebih 5,000 kaki persegi (465 meter persegi), ia diubah suai menjadi galeri seni dengan nama Galeri Seni Puncak. Tarikannya bernilai tambah apabila ia menaungi dan mempamerkan hasil karya agung daripada seniman tersohor, Yusof Ghani.

Galeri itu baru-baru ini membuka pintunya untuk sebuah lagi pameran hebat. Membawa maksud kemampuan berkomunikasi melalui penulisan atau pena yang menghulur mesej, pameran seni Kalam 3 adalah rentetan daripada Kalam 1 dan Kalam 2 yang pernah diadakan.

Semestinya, Kalam 3 menjanjikan karya-karya yang lebih segar dan mengujakan daripada puluhan pelukis yang datangnya dari pelbagai latar belakang pekerjaan.

"Pameran ini membabitkan penglibatan 26 orang artis kesemuanya. Bukan sekadar melibatkan kumpulan pelukis, mereka itu terdiri daripada artis grafik, doktor, arkitek, guru dan ahli perniagaan.


SENTUHAN Awang Damit bertajuk Tanah Ini.


"Kalam 3 juga berlainan apabila ia menyampaikan seni kaligrafi kontemporari dalam persembahan individual," kata Yusof yang memimpin pertemuan tempoh hari.

Daripada kata-kata itu, jelas, pengkarya seni yang terlibat dalam pameran ini mempunyai cita rasa dan sentuhan tersendiri kerana kebanyakannya bukan daripada latar pendidikan seni.

Kaligrafi

Rugi rasanya pengkarya sambilan dalam arena lukisan ini tidak didekati kerana pastinya mereka mempunyai manifestasi tersendiri dalam menterjemahkan objek ke atas kanvas.

Jamil Mat Isa, 44, misalnya, memberitahu, dia memilih untuk mempamer seni kaligrafi menggunakan teknik seni pop.

"Teknik pop diaplikasikan di atas skrin sutera yang juga sebahagian daripada signatur saya," jelas pensyarah itu.

Lukisan Jamil yang bertajuk Zikir. Dia dilihat berulang kali menulis beberapa bait ayat suci al-Quran di atas kanvas.

"Konsep zikir diperjelas dengan pengulangan, sama seperti kalimah zikir itu sendiri. Dengan mengaplikasikan kepelbagaian saiz pada kalimah-kalimah zikir, ia

YUSOF bersama dua helaian seni beliau yang bertema Esen Jawi.


secara tidak langsung mewujudkan ruang secara ilusi," katanya penuh falsafah.

Selain Zikir, Jamil mempamerkan lagi tiga buah lukisan yang masih bertemakan zikir yang bertajuk Kemaafan, Ahad dan Kemuliaan.

Mengulas mengenai Kalam 3, lelaki itu berkata, dia amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada peserta pameran tersebut kerana ia membabitkan guru yang pernah mengajarnya serta anak-anak muridnya.

"Pameran ini ibarat sebagai satu nafas dan kelahiran baharu kepada artis yang bukan sahaja daripada latar seni, malah termasuk mereka yang melakukannya atas dasar rekreasi, suka-suka dan mencuba.

"Jika dahulu, orang menganggap seni sebagai satu bidang yang tidak harus dipedulikan. Tapi kini, ia sudah berubah dan lebih menarik, generasi masa kini sangat meminatinya. Jadi, pameran sebegini harus diteruskan," ujarnya.

Tambah Jamil, intipati utama Kalam 3 iaitu tulisan kaligrafi berjaya memecahkan tradisi asal yang menulis dalam satu jenis persembahan sahaja.

"Enam bulan yang lalu, Yusof sendiri telah membuka peluang kepada para artis dan pengkarya seni yang berminat untuk mengubah cara persembahan kaligrafi.

"Beliau bukan sahaja akur dengan sentuhan kontemporari dan eksperimental yang ditunjukkan oleh artis baharu, malah menerima segala pembaharuan itu sebagai satu revolusi," katanya lagi.

Elemen al-Quran


ORANG ramai boleh mengunjungi pameran seni ini di Galeri Seni Puncak, Bukit Jelutong, Shah Alam.


Bagi Nizam Rahmat yang merupakan seorang artis grafik yang banyak mereka bentuk kulit depan album artis tempatan, tampil dengan tulisan-tulisan kaligrafi yang abstrak tetapi boleh dibaca.

"Ia mengenangkan zaman kanak-kanak dan cara saya dibesarkan oleh abah. Abah yang memperkenalkan saya dengan perkataan-perkataan jawi melalui sebuah akhbar jawi dan seterusnya mengenali al-Quran.

"Ia telah menjadi inspirasi coretan saya lantas membawa saya ke sebuah pengalaman yang lebih bermakna," jelasnya.

Sementara itu, pelukis, Rizhar Har, 37, pula menerima Kalam 3 sebagai satu hubungan dan inisiatif untuk seseorang mendekatkan diri dengan bacaan berbahasa Arab.

Dengan tajuk lukisan God is Enough, sentuhan Rizhar mengetengahkan aspek persembahan visual yang menjadi tradisi kemuliaan Islam.

"Dalam lukisan kaligrafi ini, saya memberi keutamaan kepada jenis ayat yang dipilih. Misalnya tajuk Hikmah dan Sabar, ia sesuatu yang mudah diucap dan disampaikan, tetapi amat sukar diamalkan.

"Selain itu, saya juga melukis signatur Nabi Muhammad sebagai satu lagi karya, semuanya sebagai medium untuk saya berhubung dengan dunia seni dan ritual," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Singgah makan stik di Rodeo Steakhaus

Posted:

Singgah makan stik di Rodeo Steakhaus

Singgah makan stik di Rodeo Steakhaus

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


KEPELBAGAIAN stik yang pasti menambat selera anda dan keluarga tercinta.


KADANGKALA ramai yang berfikir banyak kali sekiranya ingin membawa keluarga menikmati hidangan stik.

Mengapa? Itu semua kerana lazimnya harga untuk sajian sebegitu sangat mahal dan hanya ditawarkan di restoran-restoran mewah.

Barangkali, ia tidak lagi menjadi hal selepas ini apabila seorang usahawan Melayu mengusahakan sebuah restoran stik yang diberi nama Rodeo Steakhaus.

Restoran yang terletak di Prima Sri Gombak milik Rohana Ariffin itu menghidangkan lebih daripada 60 menu pelbagai pilihan yang pasti berupaya menambat selera anda.

Semasa kunjungan Kosmo! baru-baru ini, kami dihidangkan sajian mix lamb chop, chicken maryland, chicken golden bleu dan chicken boxing.

Rasanya tidak kurang hebat berbanding hidangan stik di restoran terkemuka lain. Pengalaman menikmati hidangan itu bertambah berbaloi apabila harga kesemua stik serendah RM9.50 hingga RM19.50.

Rohana memberitahu, idea mewujudkan restoran stik bermula setelah dia melihat terlalu banyak kedai atau restoran nasi campur, ikan bakar, mamak dan tomyam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di ibu negara.

"Sebenarnya, orang kita memang ramai yang sukakan makanan Barat, tapi tiada banyak pilihan.

"Justeru, saya mengambil inisiatif membuka restoran ala Barat untuk memberi peluang mereka menikmati makanan yang setara dengan restoran, kelab atau hotel lima bintang," katanya.

Aura koboi


MINUMAN dari jus buah-buahan dihidangkan daripada buahan segar.


Selain stik, kuisin lain yang turut boleh dipesan ialah makanan berasaskan ikan, pasta dan sizzling.

Kata Rohana, sepanjang setahun kedainya beroperasi, para pelanggan restorannya menggemari hidangan menu seperti saba mackerel, salmon salai, spageti goreng, crab mix sizzling dan cattle fish sizzling.

Jika anda tetap mahukan makanan berasaskan nasi, Rohana bersedia memenuhi selera anda melalui hidangan yang diberi nama morocco chicken rice atau prawn rice sizzling.

Soal minuman pula, Kosmo! mencadangkan jus mangga atau limau kasturi asam boi yang cuma berharga RM3.50.

Restoran Rodeo Steakhaus bukan sahaja menyambut pelanggan dengan masakannya, malah tarikan dekorasi dalam restoran yang menghidupkan aura koboi zaman dahulu mampu membuatkan kunjungan ke situ menjadi lebih isyimewa.

Pelbagai jenis pistol pada era itu termasuk topi-topi termasuk potret dan kulit majalah yang digantung di dinding boleh dihayati di segenap sudut restoran yang memuatkan sehingga 250 pengunjung pada satu-satu masa.

"Bila datang sekali, pastinya mereka akan datang untuk kali kedua, saya pasti para pelanggan baharu tidak akan menyesal untuk makan di sini," kata Rohana.

Kepada mereka yang ingin membuat majlis seperti hari jadi atau majlis pertunangan, anda turut boleh berbuat demikian di premis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved