Ahad, 11 Disember 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Karim cetus kontroversi baharu

Posted:

Karim cetus kontroversi baharu

Karim cetus kontroversi baharu

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Karim


TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim mencetuskan kontroversi baharu.

Kali ini, Karim didakwa mengarahkan Pengurus Besar KOAM, Dr. Iskandar Abdullah untuk meletak jawatan meskipun baharu tiga bulan melaksanakan tugas tersebut.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong kepada Kosmo! semalam.

"Saya bukan mahu membuat cerita tidak tentu fasal. Namun, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dr. Iskandar kepada saya.

"Menurut Dr. Iskandar, Karim mengarahkannya meletak jawatan ketika mereka berhenti berehat di sebuah restoran di Butterworh semasa perjalanan menghadiri mesyuarat ahli-ahli majlis KOAM di Kangar kelmarin.

"Mungkin sudah tidak tahan dengan apa yang dilakukan Karim, Dr. Iskandar bertindak menceritakan kepada saya mengenai hal tersebut.

"Ketika menceritakan hal itu, Dr. Iskandar menjelaskan bahawa beliau sudah tidak tahan kerana Karim sering kali memintanya menipu dan dan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan keputusan ahli-ahli majlis KOAM," kata Zolkples.

Tambah Zolkples, satu sidang media khas akan diadakan oleh Dr. Iskandar dalam masa terdekat bagi mendedahkan perkara sebenar.

"Saya tidak mahu campur tangan dalam hal ini kerana ia membabitkan masalah dalaman KOAM. Namun, saya bersimpati dengan nasib yang menimpa Dr. Iskandar itu.

"Bila sidang media itu diadakan nanti (hari ini), biarlah Dr. Iskandar sendiri yang menceritakan segala-galanya.

"Cuma apa yang saya pelik, Karim sendiri yang membawa masuk Dr. Iskandar untuk jawatan pengurus besar ini.

"Jika tidak silap, ini merupakan kali kelima jawatan sebagai Pengurus Besar KOAM bakal bertukar tangan jika benar Karim meminta Dr. Iskandar meletak jawatan, tambahnya.

Sebelum ini, pelbagai kontroversi telah ditimbulkan Karim sehingga banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan yang dibuatnya.

Terbaharu, beliau didakwa mahu memutuskan hubungan antara KOAM dengan MSN.

Bagaimanapun, hasil mesyuarat ahli-ahli majlis kelmarin, Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan bahawa badan induk itu tidak berhasrat memutuskan hubungan dengan MSN.

Keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan penuh daripada ahli-ahli majlis KOAM.

Full content generated by Get Full RSS.

'Saya ikhlas tunai tanggungjawab'

Posted:

'Saya ikhlas tunai tanggungjawab'

'Saya ikhlas tunai tanggungjawab'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar menyampaikan pingat kepada Kim Swee menerusi insentif di bawah program Anugerah Sports Toto-MOM minggu lalu.


PENGENDALI skuad bola sepak bawah 23 (B-23) tahun negara, Ong Kim Swee tidak mahu keikhlasannya Harimau Muda disalah ertikan oleh mana-mana pihak.

Kim Swee yang telah menginjak usia 41 tahun semalam berkata, tiada lain daripada fikirannya selain daripada mahu memberikan yang terbaik dalam usaha menjadikan skuad negara kembali digeruni terutama di pentas Asia Tenggara.

Menurut Kim Swee, tidak pernah terlintas di hatinya bagi mengejar sebarang anugerah dan pengiktirafan termasuk pangkat Datuk, sebaliknya beliau hanya menganggap itu semua sebagai motivasi bagi memberikan yang terbaik dari semasa ke semasa.

"Janganlah panggil saya Datuk, segan saya. Saya belum menerima anugerah sedemikian lagi setakat ini, cukuplah sekadar memanggil nama saya.

"Saya hanya bekerja secara ikhlas, sebarang anugerah dan pengiktirafan dianggap sebagai motivasi yang lebih tinggi bagi menghadirkan kejayaan buat skuad negara," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Spekulasi mengaitkan darjah penganugerahan Datuk kepada pengendali yang berasal dari Melaka itu mula meniti di bibir pemerhati bola sepak tempatan lantaran kejayaan beliau membantu Harimau Muda mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia bulan lalu.

Minggu lalu, Kim Swee dilaporkan bakal dikurnia pingat Darjah Seri Melaka hasil sumbangannya membimbing Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA.

Bagaimanapun, pingat kebesaran itu tidak membawa gelaran Datuk.

Apa yang pasti, kecemerlangan anak-anak buah Kim Swee yang ketika ini sedang 'berguru' di Australia bagi aksi persahabatan menentang tiga buah kelab elit di negara itu, sudah tentu merupakan hadiah hari jadi beliau yang paling bermakna kali ini.

Harimau Muda yang selamat tiba di Sydney kelmarin, bakal membuat perhitungan dengan kelab Sydney FC di sebuah padang universiti di sana pukul 11.30 pagi (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) esok.

Kemudiannya, anak-anak buah Kim Swee akan menentang Central South Mariner sebelum menutup aksi menentang Newcastle Jets pada 19 Disember depan.

Mengulas lanjut, Kim Swee mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terutama Presiden, Sultan Ahmad Shah yang masih menaruh kepercayaan kepada beliau mengemudi Harimau Muda setelah kontraknya yang sebelum ini tamat pada April tahun depan telah dilanjutkan sehingga penghujung 2013.

"Pelbagai rangka perancangan sudah dalam pemikiran saya sehingga 2014 dan saya berjanji akan memberikan yang terbaik untuk membawa pasukan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Selain beraksi dalam kempen Liga Singapura (Liga-S) selama empat musim bermula Februari tahun depan, Kim Swee yang masih mempunyai baki tiga aksi kelayakan temasya Olimpik 2012 Zon Asia pastinya mempunyai 'kerja rumah' yang cukup banyak sebagai persediaan jangka panjang termasuk Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan Asia di Korea Selatan setahun kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.

Karamjit takluk Rali Malaysia

Posted:

Karamjit takluk Rali Malaysia

Karamjit takluk Rali Malaysia


KARAMJIT (kiri) dan Viviek muncul juara keseluruhan Rali Malaysia 2011.


JAGUH rali negara, Karamjit Singh ditabalkan selaku juara keseluruhan perlumbaan Rali Malaysia 2011 yang berakhir di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Dengan memandu kereta Mitsubishi Lancer, pemandu yang lebih dikenali dengan gelaran Flying Sikh itu merekodkan 44 mata selepas empat pusingan - Johor Bahru pada April lalu, Kangar (Julai), Melaka (November) dan Jempol.

Pada perlumbaan semalam, Karamjit dan rakannya, Viviek Ponnusamy menamatkan cabaran dengan catatan masa 1 jam 36 minit dan 13.2 saat.

"Ia adalah kerja berpasukan dan saya tetap memburu gelaran juara buat kali ke-13 tahun hadapan.

"Saya percaya, saya masih mempunyai beberapa tahun untuk terus mencipta nama dalam perlumbaan ini," ujar Karamjit.

Penyandang juara, Rafiq Udhaya dan rakannya, Sean Gregory yang memandu Subaru Impreza, berada di tempat kedua.

Tempat ketiga pula menjadi milik Mike dan Manuthi Arokiasamy yang memandu Proton Satria.

Bagi Rafiq, kegagalannya mempertahankan kejuaraan tahun ini tidak bermakna dia semakin hilang taring.

"Saya tewas kepada pemandu yang hebat, itu sahaja. Karamjit seorang pemandu yang cukup hebat dan tewas kepadanya bukanlah sesuatu yang memalukan.

"Saya berharap, tahun hadapan kami akan kembali merangkul kejuaraan," katanya.

Sementara itu, penganjur Rali Malaysia, Wheel Sport Management pula mengumumkan musim 2012 bakal menyaksikan lima pusingan diadakan berbanding empat pusingan tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved