Jumaat, 16 Disember 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Promosi bisnes dalam talian

Posted:

Promosi bisnes dalam talian

Promosi bisnes dalam talian

Oleh SUHANA VERU

MEMANG sudah lumrah, kecantikan tidak boleh dipisahkan daripada dunia mana-mana wanita. Begitu juga dengan Aleeya Zailan, 26. Dia mengakui, mulaa obses dengan kecantikan dan gemar mencalit mekap ke wajah sejak belajar di sekolah rendah.

Sukar untuk dipercayai, namun gadis yang tidak lekang dengan senyuman itu juga memberitahu, dia pernah menyolek rakannya ketika masing-masing berada dalam darjah lima.

"Bayangkan masa itu saya masih kecil, tetapi sudah pandai menyolek. Kawan saya ketika itu gembira bukan kepalang kerana wajahnya telah disolek cantik. Sebagai balasan, saya minta dia ikut saya ke kelas mengaji al-Quran," katanya sambil ketawa.

Kebiasaannya, kata Aleeya, alat solek milik ibunya akan menjadi 'mangsa' eksperimen kreatifnya itu.

"Jika ibu tiada di rumah, alamatnya habislah alat-alat solek ibu. Pada masa yang sama, minat menyolek itu semakin menebal dalam diri setiap kali melihat mak cik saya yang gemar bersolek di rumah," imbasnya.

Minat Aleeya itu ternyata terus berkembang ketika dia melangkah masuk alam remaja. Begitupun, pada tahun 2002 selepas tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pengajian Perhubungan Politik di Universiti Auckland, New Zealand.

Enam tahun di perantauan, gadis itu bertuah kerana dikelilingi adik-beradik dan juga ibunya yang bertugas dalam bidang penyiaran televisyen di Negara Kiwi itu.

Diajak mengimbau perjalanan hidupnya sebelum bergelar jurusolek sepanjang berada di luar negara, gadis itu berkata, dia ada juga menyolek rakan-rakan sekuliahnya.

Bagi menambah duit poket, dia menjadi jurusolek secara sambilan walaupun masih tidak menyertai sebarang kursus solekan.

Biasanya para pelanggannya merupakan kawan-kawan yang mahu menghadiri majlis-majlis makan malam, hari jadi dan majlis perkahwinan.

"Di sana (New Zealand), mereka akan mendapatkan khidmat saya untuk menyolek memandangkan ia murah berbanding di luar. Lagipun masing-masing merupakan pelajar.

"Soal harga tidak begitu menjadi masalah," ujar Aleeya yang masih mengingati bayaran solekan pertama yang diterimanya iaitu sejumlah NZ$20 (RM48).

Bertitik-tolak dari itu, skil solekannya mendapat sambutan yang menggalakkan. Lebih daripada kepuasan menjana wang, Aleeya sebenarnya lebih gembira dapat mencantikkan kaum Hawa.


ALEEYA sentiasa mengambil sikap berhati-hati agar dapat menghasilkan solekan yang sempurna.


Fasa baharu

Sejurus kepulangannya ke tanah air kira-kira tiga tahun lalu, Aleeya tidak memerlukan masa yang lama untuk menempuhi fasa baharu dalam hidupnya sebagai wanita.

Aleeya telah melangsungkan perkahwinan dengan Azri Aziz, 26 - seorang jejaka yang mengikuti pengajian di United Kingdom dan dihubungkan melalui Skype sepanjang perkenalan mereka.

Dikurniakan seorang cahaya mata berusia setahun, Aleeya langsung tidak menganggap status baharunya sebagai penghalang untuk mengejar impian.

"Bukan hendak mendabik dada. Saya sebenarnya tidak mengikuti sebarang kursus solekan, sebaliknya bergantung kepada kreativiti sendiri," jelasnya yang memulakan kerjaya sebagai jurusolek bebas pada awal tahun 2010.

Begitupun, ungkapnya, bersolek bukan kerja remeh, ia memerlukan konsentrasi dan kesungguhan supaya dapat membangkitkan wajah yang cantik tanpa meninggalkan sebarang cacat cela.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah berdepan dengan pelanggan yang terlalu cerewet. Belum pernah ada lagi pengalaman dimarahi pelanggan," katanya.

Pengalaman demi pengalaman membuatkan wanita itu semakin yakin dengan hasilnya lebih-lebih lagi apabila ramai pelanggan melahirkan rasa puas hati. Semua itu dijadikan pembakar semangat buatnya mengembangkan kerjaya sebagai jurusolek bebas.

Cari strategi

Pada mulanya, gadis yang berasal dari Umbai Melaka, itu mengakui dia tercari-cari langkah yang berkesan untuk melebarkan sayapnya dalam perniagaan berkenaan di Malaysia.

Melihat prospek bisnes tersebut bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, dia mempunyai strategi tersendiri untuk menempa nama.

"Awalnya memang agak sukar untuk menembusi bisnes ini. Jika mahu mendapat sambutan, saya perlu melakukan pengiklanan dan pemasaran.

"Ia sudah pasti menelan belanja yang besar jika dibandingkan keuntungan yang diperoleh. Tanpa rasa berputus asa, saya akhirnya bertemu jalan penyelesaian dengan memperkenalkan peraduan Help Me I Need a Makeover Contest agar mudah dikenali," ujarnya mengenai pertandingan dalam talian itu.

Melalui idea yang berjaya menarik perhatian ramai wanita itu, peserta hanya perlu menyenaraikan sebab-sebab mereka perlu disolek. Bagi yang terpilih, mereka berpeluang menikmati hadiah berbentuk solekan sentuhan Aleeya sendiri, set berus solek dan mengikuti satu set penggambaran.


BLOG aleeyazailan.blogspot.com ini mempunyai ramai pengikut.


Meskipun baru setahun jagung dia memulakan konsep sedemikian, nampaknya usahanya itu nyata berbaloi.

"Dengan kerjasama suami yang merupakan penaja utama dalam pertandingan, boleh dikatakan kini saya mula dikenali dalam kalangan remaja.

"Selepas mengadakan pertandingan itu, pelanggan juga semakin ramai hari demi hari. Boleh dikatakan rezeki itu sentiasa ada," jelasnya bersyukur.

Berbicara lanjut mengenai kejayaannya itu, dia juga turut mendapat kerjasama daripada seorang rakan baiknya.

"Dalam pertandingan ini, saya juga mendapat bantuan daripada kawan saya, Siti Norhajar Abu Bakar, seorang pendandan rambut. Setiap kali pertandingan diadakan, dia banyak membantu terutamanya yang berkaitan hal penggayaan rambut.

"Kami berdua juga mendapat perhatian dalam kalangan artis tanah air. Ia merupakan satu perkembangan yang

Full content generated by Get Full RSS.

Keletah di taman tema air

Posted:

Keletah di taman tema air

Keletah di taman tema air

Oleh SUHANA VERU


SEORANG ibu membawa anaknya meluncur bersama di Sunway Lagoon.


SUASANA Sunway Lagoon pada 10 Disember lalu nyata sungguh berbeza jika dibandingkan dengan hari-hari biasa apabila lebih 1,000 pelanggan Friso, jenama nutrisi tenusu terkemuka berkumpul memeriahkan program yang dianjurkan syarikat tersebut.

Acara yang dinamakan Friso Pool Party diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap pengguna dengan memberi peluang kepada lebih 1,000 orang yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak dari seluruh Semenanjung Malaysia untuk berhibur di taman tema tersebut.

Acara yang terbuka untuk orang awam terutamanya pengguna produk Friso ternyata mendapat sambutan menggalakkan apabila rata-rata peserta yang terpilih mula berkumpul di taman tema itu seawal pukul 6 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.

Sebagai pembuka tirai, kesemua kanak-kanak dihiburkan dengan persembahan badut Coco selain senaman aerobik.

Tidak ketinggalan permainan belon dan permainan gelung hula.

"Acara tersebut merupakan satu platform untuk menggalakkan ibu bapa muda merapatkan hubungan mereka dengan anak masing-masing. Ini hari untuk mereka bergembira," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Rahul Colaco.

Bagi memeriahkan lagi majlis itu, Friso turut menganjurkan aktiviti seperti pencarian harta karun di pantai dan permainan air.

Walau bagaimanapun, kesemua aktiviti permainan air tersebut direka khas untuk ibu bapa bersama anak-anak mereka.

Menariknya, permainan tersebut bukan dimainkan hanya untuk suka-suka kerana pihak penganjur menawarkan beberapa hadiah menarik seperti skuter, set khemah dan set lego untuk pemenang.

Antara aktiviti permainan lain termasuklah membawa bola ping pong, memukul belon air, membina istana pasir dan banyak lagi.

Kemeriahan Sunway Lagoon hari itu bukan hanya disebabkan keletah anak-anak yang girang apabila berpeluang mandi-manda sambil mengikuti pelbagai sukaneka tetapi juga, dek aksi ibu bapa yang turut teruja.

Ada ibu yang tidak menang tangan bermain air, membantu anak membawa bola ping pong, manakala si bapa pula penuh tangan menjinjing pelampung.


SEORANG kanak-kanak asyik membina istana pasir di Sunway Lagoon.


Seharian bermain air

Seorang ibu, Nurhidayah Juhan, 24, berkata, aktiviti yang diadakan sememangnya menyeronokkan terutamanya buat anak-anak.

"Boleh dikatakan kami menghabiskan masa sehari suntuk di taman tema ini memandangkan terlalu banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan. Memang penat untuk mengelilingi seluruh tempat ini tetapi, ia sangat menyeronokkan," jelasnya sambil memuji penganjuran acara yang diadakan sesuai pada musim cuti sekolah.

Pendapat itu turut disokong Muhammad Ali Jusoh, 38.

Katanya, bukan hanya kanak-kanak sahaja yang terhibur dengan aktiviti disediakan malah, golongan ibu bapa juga teruja dengan setiap permainan di sana.

"Sebagai pelanggan tetap, saya berharap acara seperti ini diteruskan pada masa akan datang," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Aloha piza

Posted:

Aloha piza

Aloha piza



SIAPA kata membuat piza adalah satu perkara yang susah? Bagi saya ia boleh menjadi salah satu cara yang menjimatkan dengan mengitar semula lebihan makanan seperti ayam panggang atau daging ayam belanda yang masih berbaki daripada parti makan malam.

Saya dapati ramai yang kurang menggemari doh piza yang tebal. Saya sendiri lebih gemarkan menikmati doh piza yang nipis kerana tidak memberi rasa muak apabila menikmati piza dan dapat mengelakkan pembaziran. Salah satu alternatif terbaik untuk doh piza nipis ialah dengan menggunakan roti Lebanon. Ia boleh didapati di pasar raya atau kedai roti.

Apa yang menarik dengan piza ini ialah kita boleh mempelbagaikan hiasan atas (topping) mengikut cita rasa keluarga. Anda boleh gantikan ayam dengan bahan lain seperti hirisan sosej, tuna dan sebagainya.

Bagi golongan ibu, resipi ini pasti boleh menambat hati anak kecil. Anda boleh gantikan bahan topping dengan apa sahaja makanan kegemaran anak anda dan pada masa yang sama masukkan sayuran seperti hirisan bayam agar lebih berkhasiat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved