Jumaat, 16 Disember 2011

Kosmo Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Tiga model untuk segmen berbeza

Posted:

Tiga model untuk segmen berbeza

Tiga model untuk segmen berbeza

Oleh SHAWKATH AZDE

AWAL November lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kawasaki Malaysia) memperkenalkan barisan motosikal berkuasa tinggi bagi tahun 2012.

Tiga model yang diperkenalkan ialah Versys 1000 untuk segmen dual purpose, W800 untuk classic vintage dan ZZR 1400 ABS bagi segmen sports. Ketiga-tiganya merupakan jentera yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Inisiatif itu menjadikan Kawasaki Malaysia sebagai antara syarikat pengedar dan pemasang motosikal jenama Jepun di Malaysia yang terawal mengumumkan tawaran bagi tahun 2012.

Pelancarannya mengambil tempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Jalan Duta, Kuala Lumpur bersempena Pameran Kenderan COTY2U 2011. Bagi menjadikannya cukup simbolik, masa pelancaran diadakan tepat pada pukul 3.33 petang seiring dengan angka tiga untuk tiga model baharu itu.

Suasana pelancaran semakin meriah apabila kain yang menutupi ketiga-tiga motosikal itu mula dilucutkan. Jentera paling pantas di dunia, ZZR 1400 menjadi model terakhir didedahkan selepas model W800 dan Versys 1000.

Pengurus Besar Kawasaki Malaysia, Jeffrey Lim meletakkan sasaran jualan 200 unit untuk kesemua model berkenaan.

"Saya percaya Versys 1000 akan menjadi pemacu jualan di antara ketiga-tiga produk baharu ini. Bagi ZZR 1400 ABS, kami tidak meletakkan unjuran tinggi kerana pengenalannya hanya untuk mereka yang mahukan sebuah jentera yang benar-benar pantas. Ia sebagai alternatif kepada peminat-peminat motosikal di negara ini," katanya.


MENERIMA lampu utama dengan rekaan baharu.


Versys 1000

Istilah Versys berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu versatile dan system. Baru dua tahun model Versys 650 dilancarkan, ia berjaya merangkul dua anugerah iaitu Motorcycle of the Year Award oleh Motorcyclist Magazine dan Best in Class daripada Motor Cycle News.

Beberapa tahun kemudian, timbul desas-desus dalam forum-forum motosikal di Internet. Khabarnya, Kawasaki dalam perancangan untuk memperkenalkan model Versys baharu.

Pengeluar Jepun tersebut menamatkan semua ramalan dan khabar angin sewaktu Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2011 di Itali baru-baru ini. Acara tahunan yang menerima kunjungan lebih setengah juta pelawat itu menjadi platform Kawasaki memperkenalkan Versys 1000.

Versys 1000 diberi padanan enjin sama seperti yang digunakan pada model Streetfighter Z1000. Enjin empat silinder bersesaran 1,043cc diberi penalaan semula untuk dipadankan dengan karakter sebuah adventure bike on-road.

Apa yang mahu ditawarkan ialah enjin fleksibel untuk keseronokan ketika ditunggang pada rpm rendah dan semakin agresif pada rpm pertengahan hingga rpm tinggi.

Model seberat 239 kilogram (kg) dengan tangki petrol berkapasiti 21 liter itu dilengkapi dengan 3-Mode KTRC (Kawasaki Traction Control) untuk semua jenis tunggangan. Mode 1 dan 2 untuk pecutan maksimum, manakala mode 3 untuk kestabilan tunggangan.

W800

Bagi penggemar jentera klasik dan vintage, pengenalan W800 pastinya menggamit memori. Ia menghidupkan kembali imej model legenda Kawasaki W1 yang diperkenalkan sejak tahun 1966.


PAPARAN meter ZZR 1400 menyalurkan pelbagai maklumat penting tunggangan.


Harus diketahui, model W1 merupakan langkah pertama diambil Kawasaki untuk menjadi pengeluar jentera bersesaran tinggi.

Kali ini, enjin empat lejang Vertical Twin sejukan udara bersesaran 773cc digunakan. Jentera dengan transmisi lima kelajuan itu dilengkapi bersama sistem suntikan bahan api. Ia mampu menjana kuasa tork pada putaran enjin (rpm) rendah sehingga sederhana, sekali gus menawarkan tunggangan sebuah motosikal vintaj.

Penampilan jentera dihasilkan dengan cukup terperinci dan memiliki nilai seni yang tinggi. Banyak komponen logam digunakan berbanding komponen plastik. Adunan komponen perintang kakisan dan krom menyerlahkan lagi tarikannya di atas jalan.

Saiz rim 19 inci dan 18 inci pada roda hadapan dan belakang menguatkan lagi rasa tunggangan jentera klasik, selain soal keseimbangan tunggangan. Tempat duduk yang panjang memastikan keselesaan buat penunggang dan pemboncengnya.

Paparan meter bulat terbahagi kepada dua unit iaitu meter laju dan takometer. Turut dikenakan ialah skrin LCD yang mengabungkan paparan jam, jarak perjalanan dan odometer.

Selain itu, pelbagai petunjuk dipaparkan pada meter seperti lampu amaran sistem suntikan bahan api, lampu signal, takat bahan api, lampu tinggi dan lampu amaran tekanan minyak.

Sistem suspensinya membabitkan fork teleskopik 39 milimeter (mm) pada bahagian hadapan. Sementara roda belakang menggunakan penyerap hentak kembar jenis pegas gegelung pra-bebanan. Brek cakera tunggal 300mm pada roda hadapan dan jenis drum di belakang berperanan untuk memberhentikan jentera itu.

ZZR 1400 ABS

Ia digelar raja segala motosikal sport dan didakwa sebagai motosikal produksi yang memiliki pecutan paling pantas di dunia. ZZR 1400 ABS berupaya meledakkan kuasa kuda dan tork maksimum mencecah 210PS @ 10,000rpm dan 162 5Nm @ 7,500 RPM.

Kuasa dijana oleh unit enjin empat lejang sejukan cecair bersesaran 1,441cc. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Motosikal seberat 268kg itu memiliki tangki petrol berkapasiti 22 liter.


EKZOS berkembar yang kelihatan agak panjang untuk ZZR 1400.


Apa yang menarik ialah model tersebut turut menawarkan penjimatan bahan bakar sehingga lapan peratus jika dibandingkan dengan model sebelumnya. Rahsianya terletak pada pengaturcaraan ECU.

ZZR 1400 ABS versi 2012 diberi beberapa penambahbaikan. Antaranya ialah kerangka aluminium monocoque, lengan ayun lebih panjang, dua pilihan mod kuasa, sistem brek ABS dan banyak lagi.

Harga jualan bagi model Versys 1000 ialah RM75,900 seunit. Sementara model W800 pula ditawarkan pada harga RM58,900 seunit dan ZZR 1400 ABS ialah RM99,900 sebuah. Harga itu tidak termasuk caj-caj lain.

Full content generated by Get Full RSS.

Honda CR-Z Hot-hatch hibrid yang mengujakan

Posted:

Honda CR-Z Hot-hatch hibrid yang mengujakan

Honda CR-Z Hot-hatch hibrid yang mengujakan

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


CR-Z menawarkan pemanduan yang responsif sama ada di laluan bandar ataupun lebuh raya.


TANPA disangka, model hibrid terbaharu yang ditawarkan oleh Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia), CR-Z mendapat sambutan hangat. Sasaran jualan 100 unit sehingga hujung tahun ini pantas direalisasikan menerusi lebih 300 unit tempahan setakat ini.

Respons terhadap maklum balas memberangsangkan itu, Honda Malaysia bakal menawarkan CR-Z dalam tiga warna baharu iaitu kelabu, merah dan hitam.

"CR-Z bukan sahaja mampu memenuhi keperluan terhadap sebuah hybrid yang bergaya, malah ia juga mesra alam, berprestasi dan seronok dipandu. Pengguna Malaysia boleh melihat kelibat CR-Z di atas jalan raya mulai bulan ini," jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Baru-baru ini, saya berpeluang memandu hibrid idaman ramai itu. Lebih bertuah lagi, pandu uji tersebut mengambil tempat di Tokyo, Jepun!

Jangkaan awal bahawa unit pandu uji ialah daripada varian sama yang ditawarkan di Malaysia tersasar apabila CR-Z yang disewa itu semuanya bertransmisi automatik. Lebih tepat lagi CVT tujuh kelajuan. Walaupun sedikit hampa, sesi pandu uji berjalan lancar sebagaimana yang dijadualkan.

Dari hotel ANA Continental di tengah-tengah bandar raya Tokyo, destinasi kami pada hari itu ialah ke Utsunomiya. Perjalanan sejauh lebih 150 kilometer itu meliputi laluan bandar, lebuh raya selain menaiki dan menuruni jalan bukit.

Tahu tentang simpang-siur jalan di Tokyo yang cukup mengelirukan, saya mengambil keputusan untuk tidak memandu CR-Z di laluan bandar, sebaliknya menaiki bas terlebih dahulu. Selepas berehat seketika di sebuah pusat R&R di Sano, saya menjadi penumpang untuk ke destinasi seterusnya iaitu Hotel Nikko Kanaya.


BUTANG kawalan pendingin hawa yang terletak di sebelah kiri stereng.


Mendaki Irohazaka

Sebaik sahaja masuk ke ruang kokpit CR-Z, apa yang pantas menarik perhatian ialah rekaan papan pemukanya yang moden. Kualiti plastik yang digunakan juga bagus dan tidak nampak murah. Bahagian tengahnya terletak unit audio dan paparan sistem navigasi, aksesori wajib jika anda memandu di Jepun.

Saya juga mendapati ruang kabin hot-hatch itu agak sempit. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang bertubuh besar. Tempat duduk belakang, hanya sesuai untuk kanak-kanak atau sekadar meletak barang-barang.

CR-Z mempunyai semua sifir untuk menjadikannya sebuah kereta yang sporty dan seronok dipandu. Kawalan stereng tepat, tubuh yang ringan, penukaran gear boleh dibuat dengan pantas, olengan badan minimum, merupakan antara ramuan penting untuk membuatkan proses melayan selekoh ketika menaiki laluan berbukit Irohazaka sangat-sangat menyeronokkan.

Jangan main-main. Jalan berbukit Irohazaka itu sebenarnya laluan popular sehingga ia menjadi salah satu laluan cabaran dalam permainan video Initial D Arcade Stage Version 2. Harus tahu juga bahawa Irohazaka merupakan laluan untuk peringkat expert.

Jadi, tidak boleh salahkan saya jika peluang yang jarang-jarang berlaku itu dimanfaatkan sepenuhnya. Maksudnya, saya tidak memandu dalam keadaan santai sambil melihat pemandangan indah penghujung musim luruh.

Sebagaimana yang diketahui, CR-Z menawarkan tiga mode pemanduan iaitu SPORT, NORMAL dan ECON. Tiga mode itu mengubah maklum balas pendikit, stereng, pemasaan melahu ketika berhenti, kawalan suhu dan tahap bantuan yang disediakan oleh Sistem Hibrid IMA.

Pastinya untuk menaiki Irohazaka, mode SPORT digunakan. Maklum balas yang diterima daripada enjin, stereng, pertukaran gear menerusi paddle shifter dan kerangka CR-Z adalah mengejutkan. Anda mungkin boleh terlupa bahawa anda sedang membawa sebuah kereta hibrid.

Dalam teruja melayan selekoh, saya terlupa kepada wakil syarikat kereta sewa yang terpaksa duduk di belakang. Sudahlah tempat duduknya sangat sempit, dia juga terpaksa berpegang pada pemegang bagi mengelakkan badannya bergolek ke kiri dan ke kanan.

"You are a very good driver," katanya sambil tersenyum kelat, sebaik sahaja sahaja kami tiba di lokasi rehat untuk pertukaran pemandu yang terakhir. Dengan rasa agak bersalah, saya sekadar mengangguk.


PAPARAN meter yang futuristik dan informatif.


Harus saya katakan bahawa varian automatik itu tidak kurang seronoknya untuk dipandu. Sepanjang hampir dua minggu di Tokyo, banyak juga CR-Z yang saya nampak di atas jalan raya. Pemiliknya pula bukan muda belia, tetapi mereka yang muda di hati.

Berdasarkan kepada minat mendalam yang diberikan oleh pengguna Malaysia ke atas CR-Z, tiada salahnya jika Honda Malaysia membawa masuk CR-Z varian automatik dalam masa yang terdekat ini. Saya yakin ramai yang lebih rajin menukar gear menggunakan paddle shifter berbanding menekan klac dan menolak tuil gear.

Full content generated by Get Full RSS.

Enjin boxer, pacuan roda belakang, zenith

Posted:

Enjin boxer, pacuan roda belakang, zenith

Enjin boxer, pacuan roda belakang, zenith

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


PENAMPILAN yang pasti tidak sukar untuk menarik minat penggila kereta berprestasi tinggi.


SUBARU pada Pameran Kereta Tokyo baru-baru ini telah melancarkan model sport yang ditunggu ramai iaitu BRZ. Berkuasa 200PS dan tork maksimum 151lb/ft untuk kereta dengan berat 1,220kg, BRZ, ialah kereta yang direka untuk pemanduan menyeronokkan.

Antara formula keseronokan tersebut ialah dengan capaian graviti serendah mungkin. BRZ sebenarnya adalah projek usaha sama dengan Toyota yang menyaksikan model itu turut dizahirkan dengan dua lagi kembarnya iaitu Toyota GT-86 dan Scion FRS.

Memandangkan projek itu secara langsung melibatkan Toyota yang pakar dalam bisnes kejuruteraan, maka tidak hairanlah ia berkongsi tiga jenama berbeza bagi meraih sekala ekonomi. Sekali pandang, ketiga-tiga model itu seolah-olah hanya melibatkan pertukaran lencana sahaja.

Subaru BRZ direka dan dibangunkan sejak dari awal lagi untuk menjadikannya sebuah kereta yang seronok untuk dipandu dengan pengendalian yang mantap. Di samping ciri-ciri lazim Toyota iaitu boleh dipercayai dan selamat.

Pakej enjin yang dibuat secara berhati-hati membolehkan enjin Boxer yang terkenal sebagai trademark Subaru itu dipasang pada kedudukan rendah.

Rekaan signatur

Enjin aspirasi normal (N/A) itu turut menjadikan kereta nampak rendah dan lebar dengan ukuran tingginya 1,300mm, manakala lebarnya 1,775mm. Walau bagaimanapun, Subaru menyatakan ruang bonetnya masih selesa, memadai untuk pemanduan hujung minggu dan harian.

Dari segi luaran, walaupun berkongsi produk dengan Toyota, BRZ tetap mengekalkan identiti Subaru. Pada bahagian depan, enjin Boxer itu diserlahkan dengan garisan bonet yang rendah dan disertai dengan arca roda yang membonjol.

Ciri rekaan signatur Subaru seperti lencana enam bintang, lampu serta gril heksagon memberikan BRZ imej yang segar dan tajam. Pada bahagian belakang pula, peresap yang dominan dengan ekzos berkembar sangat jelas dipasang bagi menimbulkan efek berprestasi model terbaru daripada Subaru.

Ruang dalaman BRZ direka untuk memastikan pemandu benar-benar menikmati pengalaman ketika memandunya. Roda stereng bersaiz kompak digunakan supaya pemandu dapat bertindak balas dengan respons BRZ yang pantas.

Kluster meternya pula mempunyai takometer dengan meter kelajuan digital yang dipaparkan pada bahagian tengah bagi memastikan data tersebut dapat dibaca dengan cepat supaya tumpuan pemandu pada jalan raya dapat dimaksimumkan. Kerusi BRZ pula direka khas dengan ciri-ciri ergonomik bagi memeluk pemandu dan penumpang dengan selamat dan selesa.

Enjin Boxer Subaru dieksploitasi sepenuhnya untuk projek tiga serangkai itu. Enjin 2.0 liter tersebut dibangunkan semula bersama Toyota. Ia kini mempunyai sistem pancitan terus D-4S dan teknologi liang suntikan bagi meningkatkan kecekapannya.


APLIKASI kerangka dan material binaan ringan membolehkan BRZ memiliki karakter pengendalian yang bagus.


Transmisi BRZ pula dijuruterakan untuk rasa tukaran gear yang mantap. Kotak gear enam kelajuan BRZ adalah jenis tukaran singkat yang dioptimumkan pada ketegaran, ketepatan serta beratnya. Transmisi enam kelajuan automatik mempunyai mode Sports untuk tukaran gear yang cepat.

Mode manualnya pula membolehkan pemandu menggunakan pedal pada stereng dan penurunan gear throttle blipping bagi memastikan pemanduan benar-benar puas menggunakannya.

BRZ mempunyai kerangka yang ringan dan tegar. Ia dibangunkan bagi memaksimumkan kelebihan titik graviti yang rendah. Kerangka BRZ dihasil menggunakan teknologi besi regangan tinggi yang termaju. Selain membantu dalam membentuk karakter kereta, teknologi itu juga berfungsi melindungi penumpang.

Bonet aluminium pula meminimumkan berat badan kereta dengan strukturnya direka untuk melindungi keselamatan pejalan kaki. Harus tahu bahawa semua varian BRZ dilengkapi sistem kawalan kestabilan elektronik bagi memastikan keseronokan pemanduan dipakejkan sekali dengan aspek keselamatan.

Kepada yang berminat, Subaru merancang untuk menjual BRZ pada tahun 2012. Dengar kata, Motor Image yang bertanggungjawab mengedar kenderaan jenama Subaru di Singapura dan Malaysia merancang untuk membawa masuk BRZ ke pasaran tempatan pada tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved