Ahad, 27 November 2011

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Suntikan oriental busana Muslimah

Posted:

Suntikan oriental busana Muslimah

Suntikan oriental busana Muslimah

SUSUK tubuh seorang puteri dari negara China yang melangkah penuh gemalai dalam persalinan diraja telah menjadi imaginasi sekumpulan pereka fesyen muda Malaysia dan Indonesia sejak awal November ini.

Barangkali dalam imaginasi mereka sudah membayangkan seorang puteri berparas rupa menawan tetapi, bagaimanakah agaknya persalinan yang disarung ke tubuh seorang puteri yang disunting menjadi isteri Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1456 hingga 1477 itu?

Akhirnya terjemahan imaginasi itu dipersembahkan di atas satu pentas berprestij yang berlangsung pertengahan bulan ini di JW Marriott Kuala Lumpur.

Ia menjadi satu interpretasi bersifat peribadi bagi setiap pereka fesyen yang tampil dengan idea bernas masing-masing bagi menjelmakan Puteri Hang Li Po dalam persalinan busana Muslimah.

Pereka fesyen muda, Zulfadli Nasir memberitahu, saat dijemput menjadi salah seorang pereka fesyen untuk persembahan The Legacy of Hang Li Po oleh Young Designers Arena (Yoda) Malaysia, dia tercari-cari jelmaan puteri itu dalam rekaan yang ingin dihasilkannya.

Santun dan muslimah

"Saya menggunakan medium internet untuk mencari maklumat mengenai Puteri Hang Li Po dan mengambil kisah perkahwinannya dengan Sultan Mansur Syah untuk menjelmakan keperibadian puteri ini ketika datang ke Melaka untuk bertemu sultan.


FIZA memperincikan rekaannya pada bahagian leher, dada dan tangan yang menonjolkan imej seorang puteri jelita.


"Saya menyiapkan lakaran dengan membayangkan keperibadian Puteri Hang Li Po tetapi dibatasi dengan imej sopan, penuh kelembutan dan muslimah," katanya.

Menurut Zulfadli, dalam menyiapkan rekaan-rekaan untuk koleksi The Legacy of Hang Li Po, dia menghasilkan rekaan yang memenuhi elemen cinta yang sejati dan masyhur saat Puteri Hang Li Po diiringi 500 pengiring ketika dalam perjalanannya menemui sultan Melaka.

"Justeru, saya menggunakan warna-warna lembut terutama merah jambu dan fabrik yang melambangkan langkah sang puteri yang penuh gemalai, hadir dalam persalinan penuh sopan dan tidak keterlaluan.

"Saya juga mencipta tudung yang bukan sahaja unik, malah mencerminkan imej wanita moden tetapi, tidak sukar digayakan. Ia adalah signatur untuk koleksi rekaan kali ini," katanya.

Bercerita lanjut mengenai koleksi berkenaan, Zulfadli memberitahu, dia mementingkan imej kelembutan dengan menggunakan perincian dan fabrik yang halus, memadankan tudung dengan vel serta memastikan rekaannya benar-benar melambangkan imej wanita muslimah.

"Busana dihasilkan menggunakan sifon sutera kerana ia adalah fabrik yang sangat lembut, ia menyerlahkan langkah sang puteri yang penuh gemalai dan beralun mengikut rentak kaki," katanya.

Tambah Zulfadli, dia begitu teliti memastikan rekaannya kali ini tidak terkeluar dari landasan imej muslimah, justeru dia memastikan setiap busana yang dihasilkan tidak melekap ke tubuh, sebaliknya tampil lebih longgar.

"Saya pastikan rekaan kali ini tidak terlalu menyerlahkan susuk tubuh terutama pinggang dan punggung malah, tudung yang dihasilkan juga labuh dan menutup sebahagian tubuh.

"Jika dilihat dari belakang, ia seakan telekung tetapi berbeza apabila dilihat dari arah hadapan kerana tudung kelihatan lebih pendek. Saya mahu tampilkan persalinan yang sopan tetapi masih up to date dan bergaya," katanya yang merupakan salah seorang daripada 14 pereka fesyen Malaysia dan tiga Indonesia dalam persembahan tersebut.


MANIK-MANIK halus serta taburan kristal memberi impak mewah dalam persalinan sederhana ini.


Sementara itu, pereka fesyen Yoda yang baru berusia 24 tahun, Fiza Azulkarnain memberitahu, dia terbabit dengan persembahan The Legacy of Hang Li Po di IFF 2011 selepas menyertai Yoda.

"Saya mengambil masa seminggu untuk menyiapkan koleksi yang menepati tema The Legacy of Hang Li Po. Saya membayangkan Puteri Hang Li Po yang tampil dalam gaya klasik tetapi, mewah sebagai seorang puteri pada zaman itu," katanya yang menghasilkan sebanyak lima pasang busana untuk persembahan berkenaan.

Katanya, walaupun menghasilkan rekaan yang menyerlahkan imej mewah, dia menyesuaikannya dengan penampilan moden hari ini agar sesuai digayakan untuk ke majlis-majlis besar serta ke majlis-majlis perkahwinan.

"Untuk mewujudkan imej mewah dan klasik Puteri Hang Li Po ini juga, saya menggunakan fabrik yang bersesuaian iaitu sifon, sutera dan renda yang halus, lembut dan mewah," katanya.

Menurut Fiza, dia berpuas hati dengan persembahannya pada IFF tahun ini kerana ia diterima oleh penonton dan turut berbangga kerana dapat berkerjasama dengan para pereka fesyen dari Malaysia dan Indonesia yang turut mengambil bahagian.

"Melalui penyertaan kali ini saya juga dapat meluaskan minda dengan melihat hasil rekaan para pereka fesyen yang tampil dengan signatur masing-masing serta mempunyai perancangan untuk membuka butik dalam masa terdekat ini untuk meluaskan hasil rekaan ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Syampu buat wanita bertudung

Posted:

[unable to retrieve full-text content]MASALAH kelemumur bukan lagi asing dengan wanita bertudung terutama sekali bagi mereka yang sentiasa bergerak aktif.

Lambang maskulin Breitling

Posted:

Lambang maskulin Breitling

Lambang maskulin Breitling


JENAMA dari Switzerland ini sinonim dengan imej juruterbang.


JENAMA jam tangan terkemuka dunia, Breitling, telah menjalankan pameran selama tiga hari bermula 3 hingga 6 November lalu di Pavilion, Kuala Lumpur bagi memperkenalkan koleksi jam tangan 2011 kepada orang ramai.

Pameran yang digelar Pure Breitling itu turut memperkenalkan edisi terhad jam tangan Brietling Avenger Seawolf Blacksteel dengan penegasan warna kuning pada reka bentuk aksesori mewah itu.


KUNING menjadi warna dominan pada paparan wajah aksesori mewah ini.


Jenama yang sinonim dengan imej juruterbang lelaki dari Switzerland itu mendedahkan bahawa jam tangan edisi terhad itu hanya dihasilkan sebanyak 100 unit di seluruh dunia.

Menggunakan simulasi berangka bagi membentuk geometri sempurna, Avenger Seawolf Blacksteel direka terperinci bagi menahan tekanan sehingga pada paras 3,000 meter.

Selain itu, ia juga dikatakan istimewa kerana memiliki injap keselamatan yang membolehkannya mengimbangi perbezaan tekanan dalam dan luar jam tangan tersebut.

Apabila tekanan dalaman mencecah hampir tiga bar, injap tersebut akan bertindak secara automatik mengosongkan helium yang terhasil ketika tekanan itu berlaku sekali gus mengelakkannya daripada pecah.

Mereka yang berminat bolehlah berkunjung ke Sincere Watch for Malaysia di Pavilion atau pun Suria KLCC bagi mendapatkan koleksi terbaharu Breitling.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved