Isnin, 14 November 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Paling ramai obes

Posted:

Paling ramai obes

Paling ramai obes

RAMAI rakyat Malaysia mengalami obesiti dan bilangan mereka adalah paling ramai di Asia Tenggara. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk dakwa PKNS tamak

Posted:

Penduduk dakwa PKNS tamak

Penduduk dakwa PKNS tamak

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan MOHD. YUNUS YAKKUB
berita@kosmo.com.my


INILAH padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya yang bakal dimajukan dengan projek komersial.


PETALING JAYA – Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghapuskan Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini dengan menjadikannya tapak tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat mendapat tentangan kuat daripada penduduk setempat.

Mereka menyifatkan PKNS bukan sahaja tamak haloba malah sudah hilang pertimbangan kerana pembangunan di kawasan seluas 7.5 hektar di SS7, Kelana Jaya itu dijangka mengundang pelbagai masalah kelak seperti kesesakan jalan raya, gejala sosial, jenayah dan kesan negatif alam sekitar.

Lebih 10,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut dikatakan sangat kecewa dengan keputusan agensi milik kerajaan negeri Selangor itu dan mahu cadangan tersebut dihentikan.

Seorang penduduk yang sudah menetap di situ sejak 19 tahun lalu, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 40, berkata, PKNS telah diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengurus harta yang dimiliki oleh rakyat.

"Nampaknya PKNS tidak ada integriti langsung kerana sanggup memperdayakan rakyat mengatakan mereka hendak membina sebuah bandar sukan tetapi motif sebenar adalah keuntungan materialistik.

"Saya harap kerajaan negeri menilai semula kedudukan PKNS ini dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengajar mereka pada pilihan raya umum nanti," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kelana Jaya semalam.

Isu projek pembangunan di kawasan tersebut mula mendapat bantahan penduduk pada Oktober lalu kerana kompleks sukan yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi tumpuan orang ramai untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Istana Negara lama ditutup secara rasmi hari ini

Posted:

Istana Negara lama ditutup secara rasmi hari ini

Istana Negara lama ditutup secara rasmi hari ini

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


Istana Negara baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirakamkan dari Menara Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.

Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.

Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.

Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved