Kosmo Online - Negara |
- Pelajar dapat RM100 bulan Disember
- 7,000 pemohon rebut 560 rumah
- Naza sasar jual 16 unit Indian Motorcycle
Pelajar dapat RM100 bulan Disember Posted: Pelajar dapat RM100 bulan Disember
PORT DICKSON – Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula. "Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini. Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Najib berkata, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara. Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Posted: 7,000 pemohon rebut 560 rumahMOHAMAD NORAZAM menunjukkan nombor miliknya 3402 yang dicabut oleh Najib sambil bergambar dengan model rumah Pr1ma di Presint 11, Putrajaya semalam. PUTRAJAYA – Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma) bagi fasa pertama mendapat sambutan di luar dugaan apabila lebih 7,000 orang memohon semata-mata untuk mendapatkan 560 unit rumah. Projek yang akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. itu terdiri daripada 420 unit rumah dengan keluasan binaan 815 kaki persegi berharga RM120,000 manakala 140 unit berkeluasan 1,006 kaki persegi pada harga RM150,000. Pr1ma dalam satu kenyataan di sini berkata, fasa itu mencatatkan lebihan langganan 13 kali dengan lebih 7,000 permohonan diterima, yang mana 84 peratus adalah pembeli rumah kali pertama. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak semalam melancarkan eksesais pengundian pertama Pr1ma di Kompleks Kejiranan, Precinct 11, Putrajaya. Pr1ma menjelaskan, rumah-rumah itu adalah untuk mereka yang tinggal atau bekerja di Putrajaya. "Berikutan kejayaan peruntukan pertama hari ini (semalam), kita akan menyediakan lebih banyak lagi rumah dalam bulan-bulan akan datang," katanya. Pr1ma berkata, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan menerusi e-mel dan dikehendaki menyediakan semua dokumen untuk pengesahan dijalankan. Antara pemohon yang gembira semalam ialah peniaga di Pasar Tani Presint 2, Putrajaya, Mohamad Azman Shah, 25, yang telah berusaha sejak tiga tahun lalu untuk memiliki rumah sendiri. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. | |
Naza sasar jual 16 unit Indian Motorcycle Posted: Naza sasar jual 16 unit Indian MotorcycleMOTOSIKAL model Chief Blackhawk Dark dari Indian Motorcycle. SHAH ALAM – Naza Group berhasrat menjual 16 unit Indian Motocycle tahun ini dan 48 lagi tahun depan. Pengurus Besar Two Wheels Naza Motor Trading Sdn. Bhd., Nik Danial Nik Mahmood berkata, kumpulan itu akan melabur RM5 juta untuk mempromosikan jenama baharu itu termasuk sebuah bilik pameran untuk Harmony Fabulous Sdn. Bhd. di Naza Automall Petaling Jaya. "Kesemua 16 unit jenama legenda Amerika itu akan diedarkan oleh Harmony Fabulous," kata beliau pada majlis pelancaran motosikal berkenaan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim di sini semalam. Harmony Fabulous memeterai hak pengedar tunggal Indian Motorcycle untuk Malaysia dan Singapura dengan syarikat Amerika tahun lepas. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan