Selasa, 6 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki ditemui mati selepas ugut cederakan isteri

Posted:

Lelaki ditemui mati selepas ugut cederakan isteri

Lelaki ditemui mati selepas ugut cederakan isteri

06/09/2011 8:00pm

BESUT — Seorang lelaki ditemui mati tergantung selepas mengugut untuk mencederakan isteri dan anggota keluarganya dalam satu kejadian di Kampung Tembila Besut di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi, mangsa berusia 30-an yang tidak mempunyai pekerjaan itu dilaporkan bergaduh dengan isterinya sebelum bertindak mengambil sebilah parang di dapur untuk mencederakan anggota keluarganya.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, oleh kerana takut dicederakan dan untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, isteri mangsa segera membawa tiga anaknya berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun serta ibu mertuanya keluar dari rumah.

"Kira-kira 15 minit kemudian, isterinya mendengar dentuman kuat dari dalam rumah dan apabila memeriksa mendapati suaminya yang juga seorang penagih dadah sudah tergantung di kawasan ruang tamu rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Polis mengklasifikasikan kes itu itu sebagai kematian mengejut. — Bernama

UMT terima 1,900 penuntut baru

Posted:

UMT terima 1,900 penuntut baru

UMT terima 1,900 penuntut baru

06/09/2011 7:31pm

KUALA TERENGGANU — Seramai 1,900 penuntut hari ini mendaftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini bagi mengikuti 25 program peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi 2011/2012.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman berkata sebanyak 2,382 surat tawaran dikeluarkan bagi sesi kemasukan kali ini dan daripada jumlah itu seramai 1,900 pelajar menerima tawaran itu.

UMT turut menerima 12 penuntut antarabangsa iaitu dari Indonesia, India, Somalia, Uzbekistan, Yaman dan China, katanya ketika ditemui semasa meninjau proses pendaftaran penuntut baru di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini.

Beliau berkata, UMT akan memperkenalkan dua program baru iaitu Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kejuruteraan Infomatik Marin mulai sesi kemasukan tahun depan. — Bernama

Agro industri dan sumber asli tumpuan siswa UMK

Posted:

Agro industri dan sumber asli tumpuan siswa UMK

Agro industri dan sumber asli tumpuan siswa UMK

06/09/2011 7:29pm

KOTA BHARU — Inisiatif kerajaan persekutuan yang menjalankan pelbagai program untuk menyuburkan sektor pertanian semakin membuahkan hasil apabila bidang Agro Industri dan Sumber Asli kini dilihat menjadi tumpuan pelajar-pelajar lepasan sekolah untuk menyambung pengajian dalam bidang itu.

Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Zainai Mohamed berkata, ini kerana daripada 1,291 orang pelajar yang mendaftar masuk ke universiti itu hari ini, seramai 451 daripadanya memilih bidang Agro Industri dan Sumber Asli di universiti itu.

"Seramai 1,291 pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPTM) telah mendaftar untuk kemasukan kali kelima sejak universiti berkenaan mula beroperasi pada tahun 2007 dan kemasukan ini mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada 600 orang kepada 1,291.

"Daripada jumlah itu, Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) merupakan fakulti yang tertinggi menerima kemasukan pelajar baru seramai 451 orang, diikuti dengan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), seramai 439 orang, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) 309 orang dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) 38 orang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. — Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved