Ahad, 4 September 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jaket kalis peluru tak berkesan

Posted:

Jaket kalis peluru tak berkesan

Jaket kalis peluru tak berkesan

04/09/2011 9:57pm

PETALING JAYA — Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia, Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata, peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini hari ini.

Dr. Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu. — Bernama

Lelaki cedera ditembak

Posted:

Lelaki cedera ditembak

Lelaki cedera ditembak

04/09/2011 8:16pm

IPOH - Seorang pekerja kedai telefon bimbit cedera ditembak manakala seorang kelindan lori dilarikan empat lelaki yang sama dalam dua kejadian berasingan di sini awal hari ini.

Dalam kejadian pertama, Goldan Francis, 18, ditembak di depan rumah neneknya di Taman Rishah pada 2.15 pagi, menyebabkan lengan kirinya cedera.

Difahamkan, sebelum itu, keluarga Francis sedang meraikan sambutan ulang tahun neneknya, dan ketika kejadian, mangsa berbual di luar rumah apabila kenderaan yang dinaiki empat suspek berkenaan berhenti di depan rumah berkenaan.

Ibu saudara mangsa, G.Ushanantini, 30, berkata Francis menganggap kumpulan itu ingin bertanyakan arah, namun secara tiba-tiba seorang daripada mereka keluar dari kereta dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Beliau berkata Francis yang duduk di atas motosikal kemudian bergegas ke rumah rakannya dan dibawa ke Hospital Pakar Ipoh.

Selepas itu, dua suspek bersenjatakan parang dan kayu golf, cuba memasuki rumah teres berkenaan, namun gagal kerana ia dikunci dari dalam.

Terdahulu, kumpulan itu dipercayai menculik seorang kelindan lelaki berusia 21 tahun yang sedang berbual dengan dua rakannya di sebuah restoran berhampiran hotel bajet di Menglembu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata dalam insiden 12.30 tengah malam itu, suspek turut melepaskan tembakan sebelum melarikan mangsa.

Beliau berkata mangsa dipercayai dipukul di Bercham sebelum ditinggalkan di Jalan Kuala Kangsar dalam keadaan mata dan kepala ditutup.

Suspek, yang terdiri daripada empat lelaki berusia lingkungan 20-an dan 30-an, dipercayai bersenjatakan parang, kayu golf serta pistol.

Katanya, setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api. - Bernama

10 bas disaman di Kedah

Posted:

10 bas disaman di Kedah

10 bas disaman di Kedah

04/09/2011 5:23pm

ALOR SETAR - Sepuluh kes membabitkan syarikat bas dicatatkan sepanjang tempoh Ops Raya 2011 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah yang dijalankan di terminal Bas Shahab Perdana di sini dan hentian bas di Sungai Petani.

Pengarahnya, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, kes-kes berkenaan termasuk mengenakan kadar tambang yang lebih mahal berbanding kadar biasa, bas lewat sampai dan bas yang disediakan tidak berada dalam keadaan yang baik.

Katanya ia adalah hasil aduan daripada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres di kedua-dua terminal bas itu.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuat pemeriksaan tayar terhadap 23 bas dan mendapati semuanya berada dalam keadaan yang baik.

"Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut melakukan pemeriksaan terhadap pemandu-pemndu bas dan didapati dua pemandu bas positif dadah dan mereka (pemandu bas) tidak dibenarkan memandu dan syarikat perlu menukar pemandu lain bagi meneruskan perjalanan," kata kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Musadad berkata dalam operasi yang dijalankan di kedua-dua terminal bas itu malam tadi, sebanyak 48 buku log pemandu bas diperiksa berbanding hari biasa iaitu hanya sekitar 20 buku log sahaja diperiksa.

"Syarikat-syarikat bas turut diminta agar menyediakan dua pemandu bagi membolehkan mereka bergilir-gilir sewaktu dalam perjalanan," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved