Jumaat, 19 Ogos 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM

Posted:

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM

19/08/2011 9:24pm

SERDANG 19 Ogos — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan untuk berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh bersama kira-kira 1,000 warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penduduk sekitar Serdang di Dataran Masjid UPM di sini.

Pada majlis itu baginda yang juga merupakan Canselor UPM turut menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM300 kepada 32 anak-anak yatim dan asnaf staf UPM, 50 pelajar UPM dari kalangan anak yatim dan saudara baru serta 80 pelajar sekolah di sekitar Serdang dari kalangan anak yatim dan asnaf.

Baginda turut menerima zakat perniagaan bernilai RM87,950 daripada UPMHoldings, syarikat milik penuh UPM yang mula beroperasi Mei 2009, yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UPMHoldings, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pada majlis tersebut, Sultan Sharafuddin turut melancarkan program Dana Wakaf Ilmu UPM, sebuah program yang membolehkan warga UPM, alumni dan masyarakat memberi sumbangan dan aset mengikut kemampuan dan keikhlasan sebagai amalan kebajikan berpandukan konsep wakaf untuk manfaat pelajar dan universiti itu.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Khidmat sosial UniMAP di Padang Besar

Posted:

Khidmat sosial UniMAP di Padang Besar

Khidmat sosial UniMAP di Padang Besar

19/08/2011 5:58pm

PADANG BESAR 19 Ogos — Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), yang bakal memiliki kampus tetap di Sungai Chuchoh, melaksanakan program khidmat sosial universiti di sini.

Program yang diketuai Naib Canselor UniMAP, Profesor Datuk Dr. Kamarudin Hussin itu, antara lain, ialah bertemu penduduk tempatan di Masjid Salahuddin Al Ayubi di sini dan bersolat Jumaat di situ.

Orang ramai juga berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan Pusat Kesihatan UniMAP, selain melawat pameran berkaitan peluang pengajian di universiti itu.

Pada majlis anjuran Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Pusat Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti universiti itu, Kamarudin turut menyampaikan sumbangan periuk dan kewangan untuk kegunaan masjid berkenaan.

Berucap pada majlis itu, Kamarudin berkata, penduduk Padang Besar bakal menikmati tempias berikutan cadangan pembangunan di Sungai Chuchoh oleh UniMAP.

Antara cadangan itu ialah mewujudkan apartmen bagi menempatkan 3,000 pelajar selain 150 unit ruang niaga dan ia bakal mengubah wajah Sungai Chuchoh daripada kawasan kampung kepada sebuah pekan baru.

Selain itu, UniMAP turut menyampaikan sumbangan hamper, pakaian, beras dan duit raya kepada penduduk miskin yang tinggal di sekitar Kampung Melayu, Rancangan Perumahan Awam Padang Besar dan Kampung Kolam. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

14 lokasi kemalangan di Perak dikenal pasti

Posted:

14 lokasi kemalangan di Perak dikenal pasti

14 lokasi kemalangan di Perak dikenal pasti

19/08/2011 5:47pm

IPOH 19 Ogos — Polis Perak mengenal pasti 14 lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata antara laluan itu ialah Jalan Ipoh-Simpang Pulai, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Butterworth, Jalan Sitiawan-Taiping, Ipoh-Lumut, Ipoh-Kuala Lumpur dan Teluk Intan-Hutan Melintang.

Lokasi lain ialah Sri Manjong-Simpang Lekir, Sitiawan-Teluk Intan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli dan Ipoh-Taiping, kata kepada pemberita di sini hari ini.

"Sehubungan itu kita menempatkan seramai 234 anggota polis trafik di lokasi-lokasi strategik mulai minggu depan sempena operasi di musim perayaan bermula 22 Ogos hingga 16 Sept ini," katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen.

Mohd. Shukri berkata, melalui operasi kali ini, pihaknya mensasarkan penurunan kadar kemalangan sekurang-kurangnya lima peratus.

"Pada operasi sebelum ini, kita berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak lima peratus dan pada tahun ini kita optimis sasaran yang sama akan dicapai," katanya.

Katanya operasi tersebut turut membabitkan Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Jabatan Pengangkutan Jalan dan beberapa agensi lain. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved