Selasa, 9 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Maraton ubah gaya hidup dua sahabat

Posted:

Maraton ubah gaya hidup dua sahabat

Maraton ubah gaya hidup dua sahabat

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


KEDUA-DUA mereka berkongsi kisah yang sama pernah dipanggil gemuk semasa zaman remaja tapi hari ini memeiliki berat badan ideal melalui menjaga diet makanan dan aktif bersenam.


SEJAK kecil lagi Azhar Elmiza Ahmad memiliki saiz badan yang besar berbanding kanak-kanak seusianya. Semuanya disebabkan tabiatnya yang menggemari makanan ringan sejak dari kecil lagi.

Setiap kali pulang dari sekolah, kedai runcit milik neneknya yang terletak tidak jauh dari rumahnya merupakan lokasi pertama yang dituju. Sebelum pulang ke rumah, pasti perutnya diisi penuh dengan aneka makanan ringan seperti keropok, coklat, gula-gula dan aiskrim.

Di rumah perutnya tidak pernah kelaparan, minatnya dalam masakan menyebabkan ada sahaja hidangan yang dicuba untuk memenuhi tuntutan seleranya. Menu kegemarannya ialah nasi goreng dan mi goreng.

Pelajar terberat

Pemakanan yang tidak terkawal menyebabkan berat badannya meningkat mendadak. Ketika di sekolah menengah, berat badannya mencecah sehingga 85 kilogram, menjadikannya pelajar bersaiz paling besar di dalam kelas.

"Perasaan malu, rendah diri memang ada di dalam diri saya disebabkan fizikal yang besar. Saya cuba berdiet, tak makan dan sebagainya untuk kurus, namun tidak memberi hasil yang diharapkan," kata lelaki berusia 32 tahun itu.


BERAT badan Azhar pernah mencecah 130 kilogram satu ketika dahulu.


Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, penyakit asma yang dialaminya menyebabkan dia tidak begitu aktif ketika di alam persekolahan. Ia juga dijadikan alasan kuat untuk mengelakkan dirinya daripada terlibat dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Keadaan itu berterusan sehinggalah dia menuntut di peringkat sarjana muda Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 1997. Amalan gaya hidup tidak sihat serta tekanan belajar menyebabkan berat badannya semakin meningkat.

Azhar memberitahu, kehidupan di luar kampus yang dijalaninya menyebabkan dia bebas membeli makanan di sekitar kawasan rumah sewa tanpa mengira waktu.

"Biasanya, selepas penat menelaah pelajaran sehingga ke tengah malam, perut mudah lapar. Apa lagi, hidupkan enjin motor, lepas itu mulalah cari kedai makan untuk isi perut," imbau Azhar.

Selepas menamatkan pengajian di universiti, Azhar nekad menyambung pelajarannya dalam bidang kulinari demi merealisasikan cita-citanya. Dia memilih kursus Diploma Profesional Chef di sebuah kolej swasta di ibu kota.

"Sejak belajar kursus itu, berat badan saya semakin menjadi-jadi sehingga mencecah 130 kilogram. Bayangkan saiz pinggang saja sudah mencecah 40 sentimeter. Setiap hari 'bermain' dengan makanan menyebabkan nafsu makan saya semakin sukar dikawal," ceritanya.

Transformasi gaya hidup


SELAIN dapat mengekalkan kesihatan tubuh, Azhar (dua dari kanan) berpeluang mendapat kenalan baharu dalam sukan maraton.


Kehidupannya berubah tatkala menjalani latihan di sebuah hotel di Pulau Pinang. Seorang rakan, tiba-tiba mengajaknya mendaftar diri di sebuah gimnasium yang baru dibuka ketika itu.

Ceritanya, sejak itu rutin hariannya berubah, selepas pulang dari kerja dia pasti ke gimnasium untuk bersenam.

"Bayangkan dalam sebulan saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Selain senaman berterusan, saya juga mula mengawal pemakanan dan mengira kalori yang diambil setiap hari.

"Paling menggembirakan, semasa bergraduasi, rakan-rakan terkejut melihat perubahan diri saya, ketika itu berat badan saya sekitar 75 kilogram," katanya.

Perubahan gaya hidup yang dijalaninya berterusan sesudah bergelar chef. Pengalaman beberapa tahun menimba pengalaman bekerja di Amerika Syarikat (AS), Macau, Maldives dan Jepun sebelum ini lebih mendisplinkan Azhar untuk meneruskan amalan gaya hidup sihat.

"Di AS, saya berbasikal sejauh 15 kilometer setiap hari dari rumah ke hotel yang terletak di New Orleans. Di Maldives saya lebih selesa berlari di atas treadmill kerana kawasan riadahnya agak terhad," katanya yang masih belum berumah tangga.

Bekerja sebagai sous chef di sebuah syarikat antarabangsa, Azhar mula berjinak-jinak dalam maraton selepas diperkenalkan oleh seorang rakannya. Acara pertama yang disertainya ialah Energizer Night Run yang diadakan di Putrajaya pada April tahun lalu.

"Biarpun baru pertama mencuba, saya berjaya mencatatkan masa yang agak baik iaitu sekitar 44 minit. Sejak itu saya mula ketagih untuk berlari, bukan untuk menjadi juara, tetapi sekadar suka-suka dan mencari kenalan baharu.


AZHAR (kanan) dan Syah kini semakin aktif dalam sukan maraton.


"Antara kejohanan yang pernah disertainya setakat ini ialah KL Maraton, Penang Half Maraton, Standard Chartered Hong Kong Maraton 2011 dan terbaru Standard Chartered KL Marathon 2011 yang berlangsung pada Julai lalu," ujarnya yang baru berhijrah ke Australia baru-baru ini.

Dulu elak bersukan

Salah seorang rakan barunya yang turut mempunyai minat yang sama ialah Syahril Nizam Kamaruddin, 36.

Arkitek yang menetap di Taman Melati, Gombak, Selangor itu juga mengakui perkenalannya dengan Azhar melalui kejohanan maraton sebelum ini menjadikan mereka rapat.

Menariknya, Syahril juga mempunyai kisah yang sama seperti Azhar. Dia mengalami obesiti sejak zaman kanak-kanak lagi akibat kurang bersenam serta sukar mengawal tabiat makannya.

"Tatkala, rakan-rakan lain bermain bola di padang, saya lebih selesa duduk rumah menonton televisyen. Makan juga tidak terkawal, maklumlah sejak kecil lagi saya dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh oleh nenek.

"Walaupun tinggal di asrama ketika di sekolah menegah, berat badan saya pernah mencapai sehingga 115 kilogram. Bukan tidak mahu aktif atau bersukan, tetapi saiz badan besar menyebabkan saya cepat penat," ceritanya yang lebih mesra dengan panggilan Syah.


AKTIVITI kecergasan yang berterusan berjaya mengurangkan berat badan Azhar (kanan) dan Syah pernah melebihi angka 100 kilogram.


Syah berkata, keadaan itu berterusan sehinggalah dia menamatkan pengajiannya di universiti, berkahwin dan bekerja di sebuah firma arkitek di ibu negara.

Katanya, bebanan kerja yang tidak pernah surut menyebabkan masanya untuk bersukan atau aktif semakin terhad, manakala aturan dietnya juga semakin tidak menentu.

"Pantang perut lapar, saya pasti akan makan semahunya tidak kira walaupun sudah lewat malam. Hanya itu sahaja yang mampu mengurangkan tekanan selepas penat bekerja seharian.

"Walaupun mempunyai keahlian di gimnasium, namun ia hanya hangat-hangat tahi ayam, saya seakan tiada motivasi untuk mengubah diri.

"Lagi pun sejak dari kecil saya sudah lali dengan macam-macam panggilan seperti gemuk, debab, shrek dan sebagainya. Sebab itu saya tidak kisah pandangan orang ramai mengenai keadaan saya," jelasnya.

Perubahan dalam dirinya bermula apabila isterinya, Zarina Abdul Aziz, 37, memperkenalkan Syah dengan seorang teman lamanya yang baru membuka sebuah pusat kecergasan.

Program komprehensif yang dirangka ternyata berjaya mendisplinkan Syah untuk terus aktif di samping menitik beratkan amalan pemakanan yang sihat yang selama ini diabaikan.

"Saya akui, mula-mula dulu memang azab, maklumlah selama ini tidak pernah bersenam apatah lagi berlari, rasa nak 'pecah' jantung dibuatnya.

"Akhirnya, setelah beberapa bulan barulah saya dapat menyesuaikan diri. Sejak itu, sekurang-kurangnya sejam sehari, saya pasti akan berjoging di sekitar Taman Tasik Perdana dan Taman KLCC (Menara Berkembar Kuala Lumpur), kadang-kadang saya turut membawa keluarga bersama," ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.

Kini mempunyai purata berat badan sekitar 77 kilogram, Syah memberitahu dia sering membawa bekal dari rumah untuk memastikan diet yang diamalkan lebih teratur berbanding membeli makanan daripada luar.

Selain mengamalkan rejim kecergasan harian dan amalan pemakanan yang sihat, dia juga berjinak-jinak dalam aktiviti maraton, biathlon dan triathlon sejak empat tahun lalu.

"Kini, saya seakan obses untuk berlari, boleh dikatakan setiap tahun ada saja kejohanan yang saya sertai termasuk yang diadakan di luar negara seperti di Singapura.

"Seperti juga Azhar, aktiviti yang saya sertai hanya sekadar untuk bersosial dan menambah kenalan. Jika tiada pertandingan, kami tetap berkumpul atau berjumpa di mana-mana taman rekreasi di ibu negara untuk berlari," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jangan harapkan keputusan segera

Posted:

Jangan harapkan keputusan segera

Jangan harapkan keputusan segera


FATIMAH


PENDEDAHAN Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai penduduk paling ramai yang mengalami obesiti di Asia Tenggara oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu perlu membuka mata banyak pihak untuk menanganinya.

Ketua Dietetik dan Pemakanan Berkhasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, masalah obesiti atau kegemukan mampu untuk diatasi jika masyarakat menyedari puncanya terutama di peringkat kanak-kanak.

Beliau berkata, antara faktor utama yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada masalah itu adalah pengambilan diet yang tidak seimbang seperti makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula serta rendah kandungan zat mineral, vitamin dan nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin A, D, C dan kalsium.

"Pada masa yang sama ia diburukkan lagi dengan pengambilan makanan segera seperti burger, kentang goreng, gula-gula dan sebagainya yang mempunyai kandungan lemak trans yang sukar diurai oleh tubuh," katanya.

Beliau menjelaskan, masalah obesiti juga berlaku disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat kini seperti gaya kerja dan perubahan kemudahan infrastruktur yang semakin maju serta kurangnya aktiviti fizikal seharian.

"Masyarakat dulu, walaupun mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak tetapi, kadar penggunaan tenaga yang diperoleh daripada makanan tersebut adalah seimbang. Berbeza dengan masyarakat hari ini yang hanya duduk dan lebih menggunakan otak dalam kerja seharian mereka.

"Makanan yang berlebihan terutama lemak dalam badan yang tidak ditukar kepada tenaga akan disimpan dalam sel lemak yang menyebabkan obesiti. Kegemukan yang melampau mendedahkan golongan ini terhadap penyakit kronik kardiovaskular, kencing manis dan darah tinggi," jelasnya.

Disebabkan itu, Fatimah berkata, pencegahan dan perawatan perlu dilakukan di peringkat awal melalui pemakanan seimbang selain amalan gaya hidup sihat.

Katanya, disiplin ketika makan atau memilih makanan perlu bermula dari rumah.

"Mengurangkan saiz hidangan, kandungan makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan di samping kandungan bahan perasa, pengawet dan perisa mampu membendung obesiti.

"Sebaiknya lebihkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan," katanya.

Fatimah menjelaskan, di samping aspek pemakanan senaman juga penting untuk memastikan lemak yang terkumpul dapat dibakar.

"Sememangnya, bagi mereka yang mengalami kegemukan sukar bagi mereka memulakan senaman, bagaimanapun selagi mereka tidak mencubanya selagi itulah mereka akan tetap memberikan pelbagai alasan.

"Paling penting mereka tidak boleh mengharapkan keputusan yang segera. Aktiviti kecergasan yang dilakukan perlu dilakukan perlahan-lahan agar ia tidak memudaratkan tubuh atau mengundang kecederaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kemelut sukan renang China

Posted:

Kemelut sukan renang China

Kemelut sukan renang China


KEBANYAKAN rakyat China menganggap kolam renang sebagai tempat untuk menghilangkan kehangatan musim panas, dan bukannya medan untuk bersaing atau melatih diri mereka menjadi perenang.


PADA bahagian paling cetek kolam renang awam terbesar Shanghai, jurulatih renang, Xiong Xi sedang mengajar perenang baharu teknik asas kuak lentang di tengah-tengah kekecohan orang ramai bermain perang air dan bola tampar pantai.

"Tendang! Tendang! Tendang hanya apabila saya beritahu. Tendang!" jerit pengajar berumur 57 tahun sambil memegang seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berlatih tendangan katak.

Kelas itu dijalankan bagi membolehkan anak-anak kecil itu lulus komponen ujian renang 300 meter dalam peperiksaan sekolah menengah.

"Jika kamu boleh melakukan gaya kuak lentang, kamu boleh berenang, gaya lain memerlukan masa yang panjang. Sebagai contoh kuak dada, jika mereka mula belajar dengan gaya itu, budak-budak itu akan tenggelam apabila berhenti," kata Xiong.

Dari Sungai Yangtze ke Stadium Olimpik Kiub Air, Beijing, renang adalah simbol kepada kekuatan fizikal di China sejak zaman dahulu lagi.

Bagaimanapun, di luar sekolah sukan elit negara itu, persaingan dalam renang bukanlah pilihan rakyatnya yang hanya menganggap ia sebagai hobi.

Shanghai telah melaburkan berbillion-bilion yuan bagi menganjurkan kejohanan renang dunia yang akan berlangsung bulan ini termasuk pembinaan Pusat Sukan Oriental.

Pusat sukan baharu yang menelan belanja sebanyak 2 billion yuan (RM926 juta) itu adalah sebahagian daripada usaha mempromosi sukan tersebut.

Namun, kebanyakan penduduk China berpendapat kolam adalah tempat untuk beristirehat bukan untuk berlumba.

'Merebus ladu' adalah slanga popular yang sering diucapkan bagi merujuk kepada kolam awam sangat sesak hinggakan pengunjung terpaksa berdiri tanpa boleh bergerak.

"Di China, kolam renang hanya sebuah tempat untuk menghilangkan kehangatan musim panas. Jika kamu betul-betul minat dengan sukan ini, ia boleh dilakukan sepanjang tahun tetapi segelintir sahaja mampu berbuat begitu," kata Timbalan Ketua Kolam Awam Hongkou, Shanghai, Zhang Yeduan.

Sekolah harian biasa tidak mempunyai pasukan renang sendiri dan tiada sebarang hubungan dengan kelab komuniti renang. Maka, majoriti pertandingan di China dilakukan di sekolah sukan yang melatih kanak-kanak dari usia muda.

Kurang kemudahan


SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang sering hadir bersuka ria di kolam renang awam Hongkou.


Kategori renang pertandingan Ironman China 2011 di Tianjin telah dibatalkan baru-baru ini kerana tiada kemudahan renang dan akhirnya seluruh acara yang telah dirangka pada bulan Mei lalu menjadi sia-sia.

Menurut Zhang, kekurangan kemudahan adalah penyebab utama orang ramai tidak boleh menjadikan renang sebagai hobi. Kebanyakan kerajaan tempatan tidak dapat menjana duit yang cukup bagi membolehkan kolam renang beroperasi sepanjang tahun.

Begitupun, tambah Zhang, bilangan kemudahan renang menunjukkan peningkatan seiring dengan kenaikan pendapatan hasil sukan tersebut. Bilangan gimnasium yang menyediakan kolam renang juga bertambah.

China tidak pernah mengeluarkan statistik bilangan perenang manakala Persatuan Renang China hanya lebih fokus kepada pertandingan antarabangsa berbanding kerja-kerja mempromosi sukan itu.

Ujian kelayakan

Ekoran pertandingan dunia yang akan diadakan di bandar paling membangun di China iaitu Shanghai, galakan untuk semua kanak-kanak belajar berenang semakin mendapat perhatian.

Buat pertama kali, kerajaan Shanghai memperkenalkan subjek renang sebagai alternatif komponen fizikal bagi peperiksaan kemasukan sekolah menengah pada tahun lalu.

Namun begitu, hanya tujuh peratus daripada pelajar-pelajar di Shanghai memilih pilihan tersebut.

Bagi universiti terbaik China, Universiti Peking, pihak pengurusannya mengeluarkan syarat supaya semua pelajar universiti itu lulus ujian berenang 200 meter untuk mendapatkan segulung ijazah.

Selepas penyertaan dalam kejohanan antarabangsa pada tahun 1980-an, perenang China sentiasa dibayangi dengan skandal salah guna dadah pada tahun 1990-an.

Selain itu, usaha syarikat tenusu terbesar menerbitkan iklan komersial yang dilakonkan oleh peserta Olimpik, Zhuang Yong, dilihat sebagai usaha kearah mempromosi sukan itu.

Walaupun hanya memenangi pingat perak, Zhuang Yong ialah rakyat China pertama yang menggondol pingat di Olimpik dalam acara renang di Seoul pada tahun 1988.

Kelebihan


KEKURANGAN prasarana kolam renang di China membuatkan kebanyakan tempat riadah itu sesak dengan pengunjung.


Bagi pihak kerajaan, mereka melihat renang sebagai cara untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak yang banyak mengalami obesiti kesan sosioekonomi keluarga China yang semakin mewah.

Tetapi bagi Xiao Yuli, 13, yang sudah mengikuti tiga kelas bersama Xiong mengakui sukar untuk menguasai gaya kuak lentang dan berkemungkinan akan memilih acara larian untuk peperiksaannya.

"Acara larian lebih senang, saya tidak begitu bagus dalam renang," kata Xiao.

Berbeza pula dengan rakan sekelasnya, Yin Yueqin, 12, berkata, dia mahu menjadi seorang perenang.

"Saya memilih untuk berenang. Ibu bapa saya berkata renang lebih mudah berbanding acara larian jarak jauh. Sepanjang mengikuti kelas ini, saya semakin sukakan renang," ujarnya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved