Selasa, 9 Ogos 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


SIAPA yang tidak kenal dengan ikon rock, Search yang mencipta fenomena sendiri 30 tahun lalu. Bukan sahaja di Malaysia, malah penangan yang dibikin turut terasa hingga ke negara jiran Indonesia.

Sementelah apabila lagu Isabella yang cukup segala rempahnya meletus sehingga dinobatkan sebagai Juara Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989).

Begitu pun, vokalis utamanya Amy atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 53, mengundur diri daripada kumpulan itu sekitar tahun 1996 dan mencipta jenamanya sendiri.

Diam tak diam Amy kini sudah 30 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni dan sudah lima buah album solo berjaya dilahirkan iaitu Magic (1994), Camouflage (1997), Aku (1999), Suatu Masa (2000) dan IKON - A Rockstar Chronicle (2006) sepanjang tempoh itu.

Sinonim dengan aliran rock sejak mula menceburkan diri lagi, bagaimanapun kini Amy buat pertama kalinya cuba beralih angin dengan mendekatkan diri dengan lagu bercorak kerohanian.

Untuk itu dia telah memilih untuk berkolaborasi dengan bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers, Yassin Sulaiman.

Ia nyata sukses direalisasikan menerusi single berjudul Takbir Cinta yang sudah siap dirakam sepenuhnya.

"Mula-mula rancangan untuk berduet dengan Yassin timbul sejak bulan Ramadan tahun lepas tapi tidak berjaya berikutan kesibukan masing-masing.

"Alhamdulillah, tahun ini segalanya berjalan sempurna dan Takbir Cinta siap dirakam dalam masa tiga bulan sahaja," katanya yang ditemui ketika majlis kesyukuran dan doa selamat di Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpir baru-baru ini.

Memuji hasil ketelusan dan kualiti hasil kerja serta bakat Yassin selaku penyanyi nasyid kontemporari dan komposer hebat, ujar Amy, mereka ada persefahaman dan punyai minat yang sama.

"Pertama kali dengar lagu yang dicipta Yassin saya dah berkenan dan saya yakin dengan hasil kerjanya.

"Tambahan pula ini single pertama saya yang bercorak kerohanian dan istimewanya single ini juga merupakan lagu pertama yang saya nyanyikan sempena bulan penuh berkat, bulan Ramadan," bicaranya yang menyasarkan kejayaan lagu duetnya itu untuk didendangkan hingga ke bulan Syawal.

Pemilihan lagu berunsur keagamaan dan didedikasikan sempena bulan Ramadan berbanding lagu raya yang dirasakan lebih berpeluang mendapat sambutan pendengar, Amy ada rasionalnya sendiri.

"Semua orang sibuk untuk membuat lagu raya tapi kita ingin mencari perbezaan dan tidak salah untuk menyeru pendengar ke arah kebaikan sempena bulan mulia ini," katanya.

Dengan lirik yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan dan nazar selain irama balada rock world music iaitu signatur azali Yassin, single itu ibarat suatu percubaan bagi Yassin.

"Kita nak tengok maklum balas daripada pendengar dahulu sebelum membuat album, biar ia menjadi lagu yang mesra pendengar terlebih dahulu," tutur Yassin yang begitu teruja bekerjasama dengan Amy.

Tambah Yassin, Takbir Cinta merupakan projek keduanya tahun ini selepas terlibat dengan penghasilan runut bunyi filem Nur Kasih dan beberapa lagu tema dan lagu korporat syarikat-syarikat ternama tempatan.

"Sepanjang karier saya, untuk menghasilkan muzik yang menarik perlu sentiasa berubah-ubah mengikut citarasa pendengar dan tidak boleh terhad pada satu stail.

"Begitu juga dengan single terbaharu ini, saya cuba sedaya upaya lakukan yang terbaik setelah idea ini datang daripada Amy sendiri selepas menyaksikan Konsert Maher Zain bulan Oktober tahun lepas," jelasnya yang kini juga sedang bekerjasama dengan Noryn Aziz.

Fenomena 30 Tahun Search

Menyentuh perkembangan terkini, Amy memberitahu dia kini sedang giat melakukan persiapan menjelang konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search menjelang bulan Oktober nanti.

Sebanyak enam lokasi dipilih untuk siri jelajah sempena menghargai sokongan peminat tanpa berbelah-bagi sepanjang 30 tahun Search berkecimpung dalam industri muzik iaitu Terengganu, Johor, Sabah, Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.

"Konsert jelajah ini akan bermula di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan akan diteruskan ke enam buah negeri sepanjang bulan Oktober nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Amy juga berkongsi perkembangan lagu duetnya bersama penyanyi dan komposer terkenal dari Indonesia, Ahmad Dhani.

Menerusi single yang diberi judul Jika Syurga Dan Neraka Tak Pernah Ada, lirik dan komposisi lagu sepenuhnya diuruskan oleh Ahmad Dhani.

"Proses rakaman belum lagi dibuat setakat ini tapi lagunya sudah saya dengar, kalau tiada aral melintang lagu ini akan dikeluarkan secepat mungkin menjelang hujung tahun ini," nyata Amy menerangkan proses asal rakaman lagu berentak sederhana itu sepatutnya berlangsung sebelum bermulanya bulan Ramadan di Indonesia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jalinan Muzik Kerohanian Amy & Yassin

Posted:

Jalinan Muzik Kerohanian Amy & Yassin

Jalinan Muzik Kerohanian Amy & Yassin


AMY dan Yassin bergabung bakat dan kreativiti untuk single Takbir Cinta.



AMY dan Yassin bergabung bakat dan kreativiti untuk single Takbir Cinta.

Nasha teruja jadi ibu

Posted:

Nasha teruja jadi ibu

Nasha teruja jadi ibu

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


AMIRUL HADI dan bayinya, Haider Harris turut berlakon di samping Nasha Aziz dalam drama Supermak.


TIDAK dapat membayangkan bagaimana agaknya apabila aktres dan model jelita Nasha Aziz menjadi seorang ibu.

Namun, itulah kelebihan menjadi seorang pelakon seperti Nasha kerana dia boleh menjadi sesiapa sahaja di layar lakonan.

Menerusi siri televisyen yang kini sedang hangat ditayangkan di TV3, Supermak, Nasha berpeluang melakonkan karakter ibu kepada dua orang anak.

Namun, dia bukan sembarangan ibu tetapi ibu yang mempunyai kuasa luar biasa, malah dia boleh dikatakan seorang adiwira.

Naskhah terbitan Filmscape Sdn. Bhd. yang masih menjalani penggambaran pada bulan Ramadan ini mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa lakonan Nasha Aziz yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimemewaan kuasanya diwarisi daripada keturunannya iaitu daripada sebelah nenek moyang Nasha yang berasal dari Kepulauan Riau.

Tampak sopan dan lemah lembut di rumah menjaga kebajikan suami dan dua orang anaknya, tetapi apabila berada di luar rumah Nasha merupakan adiwira yang menghapuskan penjahat.

Bercerita tentang wataknya, Nasha mengakui dia cukup teruja. Malah, Nasha juga dikatakan sanggup menjalani uji bakat kerana menganggap drama tersebut luar biasa.

"Saya sanggup pergi uji bakat untuk drama Supermak. Memang pendirian saya akan terima tawaran drama yang boleh membuatkan saya jatuh cinta dengan jalan cerita dan wataknya.

"Sebelum ini banyak tawaran telefilem dan drama bersiri saya tolak sebab tidak berkenan dengan jalan cerita dan juga watak," katanya menjawab mengenai dirinya yang kurang muncul di dalam drama mahupun telefilem sejak kebelakangan ini.

Tidak gentar melakukan apa jua babak aksi yang dikehendaki pengarah, Nasha bagaimanapun mengakui berdepan dengan cabaran lain semasa penggambaran Supermak.

Satu-satunya pengalaman yang tidak pernah dirasai olehnya iaitu menjadi ibu kepada dua orang anak.

"Saya tidak menghadapi masalah untuk menjayakan babak aksi atau romantis. Yang tidak biasa adalah untuk menjaga anak yang kecil. Jaga baby sangat mencabar,"-katanya.

Tambah Nasha lagi: "Sebabnya kena ikut mood dia. Kita tidak tahu bila dia bersedia, menangis dan mahu ketawa, jadi kami buat macam-macam untuk hasilkan yang terbaik.

Namun, Nasha mengakui menghadapi kesukaran apabila berlakon dengan kanak-kanak, apatah lagi bayi yang baru berumur setahun.

"Namun saya akui juga kesukaran itu adalah disebabkan saya sendiri tiada pengalaman menjaga baby. Pernah terjadi babak bersama adik ini terpaksa ditangguhkan dua hari kerana mood dia yang tidak berapa baik pada hari itu," jelasnya lagi mengenai adik Haider Harris, satu tahun, yang berlakon sebagai anak keduanya dalam Supermak.

Keterujaan Nasha untuk berlakon dalam drama itu juga membuatkan pendiriannya berubah.

"Terus terang, selepas lima tahun tidak ambil job pada bulan puasa, ini kali pertama saya berlakon dalam bulan Ramadan," katanya.

Melihat pada jalan cerita Supermak ia sememangnya berbeza dengan cerita-cerita adiwira yang ada sebelum ini.

Ia ditekankan oleh pengarah Supermak, Prem Anand Pallai yang penuh berkeyakinan drama tersebut mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menarik penonton.

"Drama ini mempunyai kekuatannya sendiri. Supermak bukan sahaja drama aksi tetapi juga drama komedi dan kekeluargaan. Di samping aksi seorang ibu yang cekap menguruskan hal rumah tangga dan masalah jenayah. Saya yakin drama ini akan mempunyai pengikut terutamanya seisi keluarga," tegasnya.

Selain Nasha, drama bersiri 13 episod yang ditayangkan menerusi slot Aksi pada setiap hari Isnin pukul 9 malam itu turut dibintangi oleh Azhan Rani, Zul Yahya, Zara Zya, Amirul Hadi, Rosli Sako, Syawal AF, Henzy Andalas dan Melly Amalin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved