Sabtu, 20 Ogos 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lima maut ribut landa festival rock

Posted:

Lima maut ribut landa festival rock

Lima maut ribut landa festival rock

DUA orang melihat beberapa khemah runtuh akibat ribut hujan batu di festival rock di Kiewit, Belgium kelmarin.


BRUSSELS, Belgium - Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 40 lagi cedera apabila ribut kencang dan hujan batu melanda satu festival muzik rock di sebuah kawasan terbuka di utara Belgium kelmarin, kata beberapa pegawai tempatan semalam.

Dua buah pentas runtuh dengan sebuah pentas menghempap sekumpulan penonton yang hadir pada konsert tahunan Pukkepop yang diadakan di Kiewit, dekat bandar Hasselt.

Agensi berita Belga melaporkan, beberapa skrin gergasi turut roboh dengan banyak pokok tumbang semasa ribut kencang itu manakala banyak kemah turut runtuh.

"Langit tiba-tiba gelap dan kami berlindung untuk menanti hujan turun. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Angin bertiup amat kencang," kata seorang pengunjung festival itu, Catherine Blaise, menurut akhbar tempatan, Le Soir.

Sebanyak 65,000 orang, sebahagian besarnya remaja, dilaporkan hadir pada festival berkenaan.

Sebelum ini empat orang maut apabila bumbung sebuah pentas persembahan pada satu pameran di Indianapolis, Amerika Syarikat runtuh pada 13 Ogos lalu.

Bumbung itu runtuh akibat angin kencang yang melanda lokasi pameran berkenaan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Israel-Palestin saling menyerang

Posted:

Israel-Palestin saling menyerang

Israel-Palestin saling menyerang


TENTERA Israel membedil sebuah terowong penyeludupan di Rafah, selatan Genting Gaza semalam.


BAITULMUQADDIS - Para pejuang Palestin semalam melancarkan satu siri serangan roket ke arah Israel semalam.

Jet-ket tentera Israel turut melancarkan serangan di beberapa wilayah di Palestin.

Kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap beberapa buah kenderaan di sebatang jalan raya di selatan Israel.

Dalam kejadian itu, seramai lapan orang terbunuh iaitu enam orang awam dan dua lagi anggota pasukan keselamatan Israel.

Pihak Israel kemudian melancarkan serangan balas menerusi serangan udara yang menyebabkan lima orang palestin maut.

Lima orang itu merupakan anggota Jawatankuasa Penentangan Popular.

Seorang pemimpin kumpulan itu turut terbunuh.

Semalam, para pejuang Gaza melancarkan 10 serangan roket ke Israel dengan salah satu serangan itu ialah bandar Ashkelon.

Namun salah satu serangan roket itu berjaya dipintas menerusi sistem antipeluru berpandu Israel yang baharu.

Satu lagi serangan roket pejuang Gaza menyebabkan enam penduduk Israel mati di pelabuhan Ashdod. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lapan maut pejabat British Council dibom

Posted:

Lapan maut pejabat British Council dibom

Lapan maut pejabat British Council dibom

KABUL, Afghanistan - Lapan orang maut selepas beberapa serangan bom berani mati menggegarkan pusat kebudayaan Britain, British Council di sini semalam.

Letupan berlaku ketika cuti umum di Afghanistan sempena kemerdekaan negara berkenaan dari Britain.

Afghanistan merdeka dari Britain pada 1919.

Lima letupan mengenai bangunan pejabat British Council di sini diikuti tembakan senjata api pada awal semalam dan berterusan sehingga empat jam kemudian.

Kumpulan Taliban mendakwa bertanggungjawab melakukanserangan itu.

Polis berkata, sekurang-kurangnya dua letupan pertama dilakukan oleh pengebom berani mati.

"Lapan orang, kebanyakannya anggota polis, terbunuh manakala 10 yang lain cedera," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Siddiq Siddiqui.

British Council ialah sebuah organisasi rasmi yang sebahagiannya dibiayai oleh London untuk mempromosikan hubungan kebudayaan di pejabat-pejabat badan tersebut di seluruh dunia. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved