Sabtu, 20 Ogos 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kesungguhan mendalam Emilia Clarke

Posted:

Kesungguhan mendalam Emilia Clarke

Kesungguhan mendalam Emilia Clarke

NAMANYA masih terlalu hijau dalam dunia lakonan jika diukur daripada jumlah produksi lakonannya. Memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2009 menerusi siri televisyen Doctors sebelum setahun kemudian muncul dalam filem untuk siaran TV, Triassic Attack, siapa sangka jelitawan berambut perang bernama Emilia Clarke ini kemudian berjaya merebut salah satu karakter penting siri TV Game of Thrones,

Game of Thrones yang menampilkan lakonan utama aktor British terkenal Sean Bean itu bukan sembarangan siri TV kerana ia merupakan produksi eksklusif untuk siaran HBO yang dihasilkan dengan kos dikatakan mencecah AS$60 juta (RM714 juta) hanya untuk musim pertamanya.

Ketika siri yang diadaptasi daripada siri novel epik fantasi terlaris karya George R. R. Martin, A Song of Ice and Fire itu memulakan tayangan perdananya menerusi HBO di Amerika Syarikat pada 27 April tahun ini, ia telah meraih sambutan dan kritikan memberangsangkan masing-masing daripada penonton dan pengkritik.

Impaknya positif apabila projek untuk musim kedua Game of Thrones telah dimulakan dua hari selepas tayangan perdana musim pertamanya itu.

Justeru, bagaimana Emilia sukses menempatkan dirinya sebagai antara karakter paling menarik dalam Game of Thrones iaitu Daenerys Targaryen, seorang puteri yang hidup dalam buangan bersama abangnya, Viserys tetapi kemudiannya muncul menjadi seorang ratu pahlawan?


JASON MOMOA dan Emilia Clarke diberi peluang melakonkan antara karakter penting Game of Thrones yang merupakan adaptasi novel terlaris karya George R. R. Martin, A Song of Ice and Fire.


Hakikatnya, graduan Drama Centre London ini menghadiri uji bakat Game of Thrones ketika dia masih belajar di situ sebelum pengajiannya tamat pada tahun 2009.

"Tak disangka sama sekali," ungkap Emilia. Tambahnya: "Saya masih belajar di Drama Centre London ketika menghadiri uji bakat untuk Game of Thrones. Dengan sedikit pengalaman (berlakon) di hadapan kamera, saya telah menyertai uji bakat tersebut dan telah berjaya,

Ungkap Emilia lagi, "Jadi, saya masih lagi belum percaya bahawa watak Daenerys itu menjadi kepunyaan saya, ia sesuatu yang amat menakjubkan sekali. Saya berpengalaman (dalam lakonan) sedikit sahaja tetapi minat dan kesungguhan saya mendalam. Saya berasa amat gembira sekali."

Menurut aktres berusia 23 tahun ini, HBO merupakan suatu stesen TV yang sangat dia dihormati dan kagumi sejak pertama kali menonton produksi Band of Brothers.

Diaju persoalan adakah dia berasa tertekan memegang salah satu watak terpenting dalam produksi mega itu, ujar Emilia: "Oleh kerana watak saya begitu istimewa dan menarik, saya dapati bahawa semua yang lain tidak begitu penting lagi. Ini kerana kesemua yang menakutkan (tekanan) itu hilang kerana karakter Daenerys mengambil alih segalanya untuk saya."

Bercerita tentang Daenerys, Emilia menjelaskan karakter itu merupakan seorang puteri yang hidup dalam buangan bersama abangnya dan hubungannya dengan abangnya itu agak aneh.

"Sewaktu remaja, Daenerys seorang yang patuh dan menurut kata abangnya itu. Setelah meningkat matang menjadi wanita, Daenerys berubah menjadi seorang yang istimewa. Setiap cabaran dihadapi dengan tabah, dan dia banyak menghadapi cabaran hebat dalam hidupnya.


BARU berusia 23 tahun, masa depan Emilia dalam bidang lakonan dilihat cerah.


"Pada ketika anda fikir dia telah mengatasi semua cabaran, pada waktu itulah timbul cabaran-cabaran yang baharu. Anda akan fikir dia akan mengalah tetapi tidak. Dia seorang yang tabah yang sentiasa belajar daripada pengalaman hidup untuk menjadi lebih baik.

"Sebagai seorang gadis muda, peluang memegang watak ini amat menakjubkan. Saya berharap ia akan memberi semangat kepada gadis-gadis lain yang menonton siri ini," ujar.

Bahasa Dothraki

Apa yang membuatkan Emilia cukup teruja dengan karakter Daenerys adalah ia sesuatu yang cukup istimewa kerana tidak pernah ada sebarang watak epik seperti Daenerys untuk gadis seperti dirinya.

"Sebagai seorang gadis yang baru sahaja tamat sekolah drama, saya amat berbesar hati untuk memegang watak Daenerys kerana saya juga sedang mengalami perjalanan (kehidupan) yang sama dalam diri saya. Jadi, saya amat gembira sekali dapat memegang watak ini," akuinya.

Paling unik, Game Of Thrones menampilkan karakter-karakter yang saling berkomunikasi menerusi apa yang dikenali sebagai bahasa Dothraki dan karakter Daenerys juga tidak terkecuali perlu bertutur dengan bahasa tersebut.


EMILIA harus berani berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk merealisasikan watak Daenerys Targaryen dengan baik.


Kata Emilia dia tidak terlepas daripada perlu mempelajari bahasa Dothraki itu. "Kami mempunyai seorang pelatih suara, Brennan Gun dan dia begitu bagus sekali. Ini kerana Dothraki adalah bahasa baharu yang belum pernah didengar oleh sesiapa pun. Kalau bahasa Perancis atau Itali, kita boleh mempelajari kosa kata dan tatabahasa.

"Tetapi dengan bahasa Dothraki, ia amat sukar kerana kita tidak faham apa yang disebutkan sama sekali. Mujurlah, akhirnya semua berjalan dengan lancar," jelasnya bersunguh-sungguh.

Namun, Emilia bagaimanapun mengakui dia tidak pula boleh bertutur bahasa tersebut dengan baik. "Saya hanya belajar ayat-ayat yang perlu saya hafal," ujarnya.

Dia dalam pada itu mengakui Daenerys merupakan seorang wanita yang agak kejam dan tahan lasak. Katanya: "Daenerys bertukar menjadi seorang ratu pahlawan seperti yang ditulis dalam siri novel A Song of Ice and Fire . Dia mampu menunggang naga dan hebat di medan perang."

"Saya juga menjalani latihan kick boxing di gim dan amat meminatinya. Saya telah memberitahu jurulatih saya bahawa besar kemungkinan watak saya akan menggunakan senjata. Jadi dia memberi saya latihan sambil menggunakan pedang."

Selain membuat persediaan untuk watak Daenerys dengan latihan fizikal, Emilia tidak melupakan juga persediaan daripada sudut minda. Untuk itu demi dapat menjiwai watak itu dengan sempurna, dia mengakui membaca siri buku A Song of Ice and Fire.

"Sejurus selepas uji bakat, saya telah habis membaca siri pertama buku A Song of Ice and Fire. Ketika penggambaran bermula pula, saya telah habis membaca kesemua lima siri karya buku itu. Kesemua yang saya baca tentang Daenerys adalah dari pandangannya (Daenerys) sendiri. Ia sangat membantu saya kerana saya dapat tahu apa yang sedang difikir, dirasai oleh watak lakonan saya itu. Ia sungguh menakjubkan," ungkapnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Variasi program KLfm

Posted:

Variasi program KLfm

Variasi program KLfm

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


YAZER merupakan salah seorang daripada sembilan artis yang terlibat dengan program Syoknya Raya@KL FM.


SEMPENA bulan Ramadan dan menunggu ketibaan Syawal, sememangnya ia merupakan bulan berkongsi rezeki bersama insan yang kurang bernasib baik. Dengan itu, kemeriahan Aidilfitri turut sama dirasai walau ada kekurangan dalam hidup dengan sumbangan dan jemputan berbuka puasa bersama selebriti.

Baru-baru ini stesen radio KL FM juga tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama berkongsi kenikmatan Ramadan bersama golongan yang kurang bernasib baik ini dengan mengadakan majlis berbuka puasa dan rakaman program Syoknya Raya @ KL FM dengan kerjasama Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

Program Syoknya Raya @ KL FM merupakan salah satu program hiburan raya terbitan KLfm setiap tahun dan kali ini Syoknya Raya @ KL FM menampilkan sembilan artis iaitu Alyah, Yazer, Shila Amzah, Ajai, Awi Rafael, Iqwan, Dewi, Aby Norlela dan Amanda Imani serta persembahan daripada penyampai radio KL FM sendiri.

Pada majlis tersebut juga KL FM turut meraikan seramai 60 orang anak yatim dari Rumah Bakti Nur Syahirah, Cheras dan Rumah Anak-anak Yatim Al-Taqwa dari Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian duit raya oleh Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhayati Ismail yang disumbangkan oleh Inter Orient Travel and Tours dan Cycus Engineering Sdn. Bhd.

"Selain Syoknya Raya, KL FM turut menyajikan beberapa program menarik lain sepanjang Aidilfitri nanti antaranya Stanza Merdeka-Raya, drama khas Sinar Di Hujung Ramadan, Raya Sakan dan Salam Perantau.


SHILA AMZAH


"Program terbitan Mohd. Ekramie Mohd. Zain @ Paparay ini bakal disiarkan di KL FM pada hari raya pertama jam 9.30 malam. Stesen KL FM yang akan berusia 38 tahun pada 5 November ini, tidak pernah jemu mengatur pelbagai rancangan menarik khususnya sambutan berganda Merdeka dan Hari Raya yang bakal disambut selang sehari," menurut Pengurus Radio Malaysia KL FM, Normah Abdul Aziz.

Selain itu, dua penyanyi muda yang kian meningkat nama iaitu Shila Amzah dan Awi Rafael yang hadir ke sana turut menyatakan keterujaan mereka dapat berbuka di samping anak-anak yatim.

"Shila banyak dijemput untuk menghadiri undangan berbuka puasa begini dan Shila gembira dapat berbuka di samping berhibur bersama adik-adik ini.

"Berbanding tahun lepas, tahun ini Shila sengaja mengurangkan aktiviti pada bulan puasa kerana ingin memberi konsentrasi kepada aktiviti yang akan dilakukan selepas raya kelak," ujar Shila yang telah 11 tahun berada di dalam industri.

Sementara itu, bagi Awi pula yang sibuk mempromosikan single terbaharunya, Bila Aku Jatuh Cinta masih sempat lagi memenuhi undangan untuk bersama golongan yang kurang bernasib baik ini.

Ujarnya, sebagai artis baharu, undangan pada bulan Ramadan dipenuhi dengan jemputan dan majlis berbuka puasa dan mengakui dirinya seronok dan teruja menerima jemputan ke majlis seperti ini.

Syoknya Raya turut menampilkan barisan penyampai KL FM seperti Sonic, Zullastree, Julia, Hezry, Mimie, MK, Pool, Nik Aida, Kzie, Aenraen, Leez, Yatt, Imey Marjina dan Salma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bunga belum mahu tambah anak

Posted:

Bunga belum mahu tambah anak

Bunga belum mahu tambah anak

PASANGAN Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair sedang menikmati masa-masa indah mengurus putera sulung mereka, Noah. Justeru, saat ditanya adakah mereka kini sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga, penyanyi dan pelakon tersebut memberitahu keinginan menambah anak ada, namun bukan sekarang.

"Ya, memang ada perancangan ke arah itu, (tambah anak) tapi bukan sekarang. Berat badan saya baru ingin turun dan perjuangan membesarkan Noah masih panjang lagi," kata Bunga tanpa berselindung.

Tak hanya itu, dia juga mengaku masih belajar cara mengurus anak yang baik.

Hal tersebut yang menjadi pertimbangannya untuk menambah anak.

Katanya: "Kami ingin menikmati setiap detik perkembangan Noah, jadi buat masa sekarang, fokus kami hanya untuk dia. Mungkin apabila dia sudah sedikit besar, baru kami merancang untuk tambah anak."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved