Khamis, 21 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua beradik cedera disimbah cuka getah

Posted:

Dua beradik cedera disimbah cuka getah

Dua beradik cedera disimbah cuka getah

21/07/2011 10:14pm

KUANTAN – Dua beradik lelaki cedera parah dipercayai terkena simbahan cuka getah di Felda Kesumba Jengka 9 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, 10, sedang menaiki basikal ke rumah kawan untuk belajar secara berkumpulan.

"Tiba-tiba seorang lelaki, dipercayai jiran mangsa di Blok 8 felda berkenaan, bertindak menyimbah cuka getah ke arah kedua-dua beradik itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, Shafiq Haikal cedera parah di badan dan sebelah muka kiri, manakala adiknya cedera di seluruh muka serta mata, dan mereka dihantar ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, suspek yang berusia lingkungan 30-an, ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Video bukti tidak guna kekerasan ditayang

Posted:

Video bukti tidak guna kekerasan ditayang

Video bukti tidak guna kekerasan ditayang

21/07/2011 10:12pm

KUALA LUMPUR – Tiada kekerasan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika meleraikan perhimpunan haram 9 Julai lepas berdasarkan rakaman video yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada wakil media dan awam di Bukit Aman di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata, selain tiada babak-babak kekerasan yang didakwa dilakukan PDRM ketika menyuraikan perhimpunan tersebut, rakaman video itu juga membuktikan beberapa tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak mengenai perhimpunan itu juga tidak benar.

Rakaman video selama kira-kira satu jam yang disaksikan kira-kira 200 orang termasuk wakil media dan awam di Bukit Aman di sini, dimulakan dengan penjelasan slaid mengenai tohmahan beberapa pihak terhadap polis, seterusnya penayangan beberapa babak perhimpunan itu dan berakhir dengan sidang media.

"Terdapat enam tohmahan yang dilemparkan beberapa pihak antaranya berkisar kepada isu semburan gas pemedih mata di KLCC, sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad," katanya.

Rakaman CCTV yang ditayangkan kepada media jelas membuktikan tiada semburan pemedih mata yang mengenai Burhanuddin ketika Allahyarham berada di dalam Avenue K.

"Hasil siasatan kita, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam Avenue K dan ia membuktikan tidak ada langsung gas pemedih mata dikeluarkan polis, ia sekali gus menepis dakwaan itu.

"Allahyarham rebah selepas berlari bersama orang ramai di dalam Avenue K, dan kenyataan itu juga disokong oleh beberapa saksi awam yang telah diambil keterangan," katanya.

Beliau berkata, dakwaan bahawa Burhanuddin telah dipukul serta cedera dengan patah tiga batang tulang rusuk dan luka di bibir juga tidak benar kerana hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuhnya dan Burhanuddin disahkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Dakwaan bahawa ambulans tiba lewat, sehingga sejam untuk menyelamatkan Burhanuddin juga tidak benar kerana jangka masa yang terdapat di CCTV itu menunjukkan bahawa ambulans tiba kira-kira 17 minit kemudian selepas menerima panggilan 999," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Syabu, pistol: Sepasang kekasih diberkas

Posted:

Syabu, pistol: Sepasang kekasih diberkas

Syabu, pistol: Sepasang kekasih diberkas

21/07/2011 8:42pm

SHAH ALAM – Polis memberkas seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai pasangan kekasih dan merampas empat kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM800,000 serta satu pistol Glock dengan 80 butir peluru dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Petaling Jaya petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Supt Abdul Razak Md Zin berkata, lelaki itu berusia 28 tahun, manakala perempuan berumur 24 tahun merupakan rakyat tempatan dan kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

"Mereka kini ditahan reman sehingga 27 Julai ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kedua-dua suspek yang merupakan penganggur didapati positif dadah di dalam ujian air kencing yang dijalankan, manakala lelaki berkenaan mempunyai rekod terlibat dalam satu kemalangan maut pada tahun 2005, katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya juga masih menyiasat kemungkinan unit kondominium itu disewa bagi tujuan pengedaran dadah. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved