Khamis, 21 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kawasan operasi markas diperluas

Posted:

Kawasan operasi markas diperluas

Kawasan operasi markas diperluas

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


AHMAD ZAHID (dua dari kanan) berbual dengan petugas ketika meninjau bilik operasi pangkalan Operasi Hadapan Op Pasir di Kem Kukusan, Tawau semalam.


TAWAU - Kementerian Pertahanan akan memperluaskan kawasan operasi dan keupayaan Markas Angkatan Bersama (MAB) bagi menjamin keselamatan perairan dan kepulauan negara meliputi pantai timur Sabah dan Laut China Selatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini kawasan operasi di bawah kawal selia MAB Angkatan Tentera Malaysia meliputi 22 pulau dan 11 kawasan pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau sehingga Kudat.

Ketika memberi taklimat kepada wartawan sempena lawatan ke Pangkalan Operasi Hadapan Op Pasir di Kem Kukusan di sini semalam, Ahmad Zahid membayangkan tanggungjawab lebih luas kepada MAB sehingga ke Laut China Selatan kerana kemungkinan konflik tuntutan bertindih.

"Op Pasir bukan sahaja menjaga aset negara tetapi dalam masa lima tahun atau sedekad akan datang, MAB akan menjadi lebih penting kerana kawasan-kawasan konflik dijangka timbul di Laut China Selatan.

"Operasi MAB ketika ini menjamin keselamatan negara terutama di kawasan berpulau Laut Sulu. Jika tiada MAB, kawasan ini memang kawasan sensitif khususnya aktiviti lanun," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Minuman malta Barbican bukan arak

Posted:

Minuman malta Barbican bukan arak

Minuman malta Barbican bukan arak


AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Beng Hock didapati bunuh diri

Posted:

Beng Hock didapati bunuh diri

Beng Hock didapati bunuh diri

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mendapati kematian pembantu khas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor itu pada 16 Julai 2009 adalah akibat membunuh diri.

Keputusan itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat suruhanjaya tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sidang akhbar di Lobi Parlimen semalam.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja yang terdiri daripada lima anggota panel dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Beng Hock selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya itu telah bersidang selama 50 hari mulai 14 Februari sehingga 10 Mei dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu di Kompleks Mahkamah di sini.

Suruhanjaya itu dalam laporannya mendapati Beng Hock membunuh diri berikutan sesi soal siasat yang agresif, berlarutan, menindas dan keterlaluan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved