Ahad, 3 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

Posted:

Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

Titah khas Agong mengenai perhimpunan haram 9 Julai

03/07/2011 8:39pm

KUALA LUMPUR — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli Parlimen bakri ditahan promosi Bersih

Posted:

Ahli Parlimen bakri ditahan promosi Bersih

Ahli Parlimen bakri ditahan promosi Bersih

03/07/2011 8:00pm

JOHOR BAHRU — Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dari parti DAP dan lima anggota parti itu ditahan oleh polis hari ini kerana dipercayai mempromosi perhimpunan haram 9 Julai ini.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 9.40 pagi di Pasar Awam, Taman Sri Tebrau, di sini ketika mengadakan kempen kebersihan gotong-royong sambil mengedarkan risalah antara lain tertera 'Membersihkan sampah-sarap negara'.

Kumpulan itu memakai baju-T berwarna kuning dengan perkataan 'Negara BERSIH Rakyat Bertuah' serta gambar penyapu dan penyodok.

Turut tertera dalam risalah itu ialah 'aktiviti ini tiada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai jam 2 petang di KL' dan mengajak orang ramai membersih rumah dengan semua perkataan bersih dicetak dengan huruf besar.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lima pelumba basikal jalani latihan pusat

Posted:

Lima pelumba basikal jalani latihan pusat

Lima pelumba basikal jalani latihan pusat

03/07/2011 7:53pm

KUALA TERENGGANU — Lima atlet lumba basikal Terengganu disenaraikan untuk mengikuti latihan pusat bagi menghadapi Sukan SEA di Indonesia pada November ini.

Jurulatih Terengganu, Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka ialah Mohd. Shahrul Mat Amin, Mohd. Saufi Mat Senan, Hariss Salleh, Adiq Husainie Othman dan Amir Mustafa Rosli.

"Kita baru menerima maklumat daripada Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengenai pemilihan pelumba-pelumba ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini hari ini.

Selain itu katanya, atlet lumba basikal wanita Suriani Mohamad juga dipertimbangkan untuk disenarai dalam skuad kebangsaan ke temasya berkenaan.

Beliau berkata, Mohd. Shahrul dan Mohd. Saufi akan menjalani latihan di Palembang, Indonesia bermula 8 hingga 13 Julai ini, manakala latihan seterusnya dijadualkan di Chiang Mai, Thailand, dari 30 Julai hingga 28 Ogos.

Kemudian kesemua atlet terbabit akan berlepas ke Melbourne, Australia bagi mengikuti latihan pusat, katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved