Ahad, 3 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ambil amah terus dari Indonesia

Posted:

Ambil amah terus dari Indonesia

Ambil amah terus dari Indonesia

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


PARA majikan kini boleh mengambil pembantu rumah secara terus dari Indonesia tanpa perlu berurusan dengan ejen. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Majikan di negara ini tidak lama lagi boleh memilih sama ada untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia secara terus tanpa perlu menerusi ejen.

Bagaimanapun, urusan itu perlu mematuhi garis panduan dan prosedur mengikut memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui antara Malaysia dan Indonesia pada Mei lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi oleh majikan bagi memudahkan urusan itu kelak.

"Sebagai contoh, jika ada pembantu rumah sudah tamat tempoh permit dan ingin pulang ke Indonesia dan ada ahli keluarga pembantu rumah itu yang ingin ambil alih tugas itu, majikan boleh urus sendiri urusan ambil pembantu baru berkenaan.

"Dengan mengikut syarat dan prosedur yang akan ditetapkan nanti, majikan tidak perlu lagi melalui kerenah ejen dan boleh terus bawa pembantu rumah dari Indonesia itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Subramaniam memberitahu, sebelum ini memang ada dalam kalangan majikan yang mencari sendiri pembantu rumah di Indonesia tetapi selepas ini mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan.

"Sebelum ini tiada garis panduan. Apabila ia sudah lengkap nanti, semua majikan perlu ikut syarat kerajaan bagi mengelak penipuan dan sebagainya," ujar beliau.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih: Titah khas Agong

Posted:

Bersih: Titah khas Agong

Bersih: Titah khas Agong


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin


KUALA LUMPUR – Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cegah perkara buruk berlaku – PM

Posted:

Cegah perkara buruk berlaku – PM

Cegah perkara buruk berlaku – PM


NAJIB (tengah) bersalam dengan beberapa perwakilan pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, Pahang semalam.


PEKAN – Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelak perkara lebih serius daripada berlaku, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

"Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat adalah sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penahanan enam individu termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Najib berkata, beliau yakin polis memahami segala implikasi dalam mengambil sebarang tindakan terhadap penyokong perhimpunan itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved